Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pertandingan Sitkom AUSSH sudah bermula. Anda sudah sertai ke belum?

Hanya tonton Sitkom AUSSH di Youtube MyHEALTHKKM dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai.

Scan kod QR atau layari https://www.infosihat.gov.my untuk maklumat lanjut penyertaan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sesi Tabata bersama Coach Zarul dari Wellness Hub Jalan Angsana 💪

https://fb.watch/lcPoDn4mV6/?mibextid=qC1gEa
Kertas Putih Kesihatan adalah dokumen pelan reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian bagi memastikan sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

Berikut merupakan empat tonggak utama dan 15 strategi reformasi kesihatan.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengasingan sisa penting kepada kesihatan awam.

Terdapat pelbagai faedah jika sisa diasingkan.

Jom asingkan sisa pepejal di rumah.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gejala batuk sering dialami selepas jangkitan COVID-19.

Amalan umum yang boleh dilakukan :

Minum air suam
Menghidu wap air panas
Berhenti merokok dan vape

Senaman menghentikan batuk boleh membantu menangani keinginan untuk batuk yang berterusan. Tonton video ini untuk mengetahui caranya.

Sekiranya gejala yang dialami tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩸🩸Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.

Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.

💪Walaupun derma darah dapat membakar kalori, hal ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah sebagai langkah utama untuk menurunkan berat badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.

Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.
Wellness Hub merupakan pusat komuniti setempat yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komunitii setempat.

Wellness Hub menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan.

Sehingga kini terdapat 31 Wellness Hub diseluruh negara. Dapatkan senarai penuh Wellness Hub di https://infosihat.gov.my/.../senarai-wellness-hub-seluruh...

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kelesuan kerap terjadi selepas jangkitan COVID-19 sama ada kelesuan fizikal atau mental yang keterlaluan. Ia boleh terjadi walaupun anda hanya melakukan aktiviti fizikal atau tugasan minda yang ringan.

Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat dapat membantu menangani gejala ini.

Strategi 4P mungkin dapat membantu menangani gejala anda. Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai strategi 4P.

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terima kasih Ayah kerana tidak merokok.

Selamat Menyambut Hari Bapa.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perubahan pada deria rasa dan bau mungkin terjadi selepas jangkitan COVID-19.

Antara amalan yang mungkin dapat membantu menangani gejala ini

👍 Menggosok gigi 2-3 kali sehari
👍 Tidak merokok dan tidak menghisap vape
👍 Pelbagaikan jenis, cara dan rasa masakan
👍 Latihan bauan bagi merangsang saraf olfaktori

Sekiranya gejala yang anda alami tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💧💧Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting bagi seorang kanak-kanak bagi mengelakkan dehidrasi berikutan gaya hidup yang aktif.

📌Antara gejala dehidrasi termasuklah dahaga yang melampau, kurang membuang air kecil, kekejangan, sakit kepala dan keletihan.

💧Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk membekalkan air kosong yang mencukupi kepada anak-anak sebelum ke sekolah untuk memudahkan mereka minum air secukupnya semasa di sekolah.💦💦
Anda boleh ikuti langkah langkah yang disediakan di bawah untuk mengaktifkan notifikasi Janji Temu dalam telefon pintar anda:

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
👨👨Selain wanita, kesihatan lelaki juga perlu diberi perhatian agar mereka kekal sihat secara menyeluruh.

🩺🧑‍⚕️Sesetengah lelaki mengabaikan kesihatan mereka secara keseluruhan. Lelaki jarang mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan berbanding wanita dan jarang mengambil tindakan pencegahan penyakit.

♥️‼️lelaki perlu menjalankan saringan kesihatan secara berkala supaya dapat memastikan tahap kesihatan yang optimum bagi memastikan mereka terus dapat menyumbang kepada pembangunan negara
Penyakit Darah Tinggi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Marzilawati binti Abd Rahman
Pakar Perunding Perubatan Dalaman Akut
Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tidak mendapat tidur yang nyenyak atau kerap kali terjaga mungkin terjadi selepas jangkitan COVID-19.

Antara strategi yang mungkin membantu menangani gejala ini

Hentikan penggunaan peralatan elektronik sejam sebelum tidur

Hentikan amalan makan, pengambilan kafein atau alkohol dan merokok atau menghisap vape sebelum tidur

Lakukan teknik relaksasi pernafasan
Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi ProtectHealth Corporation telah melancarkan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi menyemak kelayakan penerima, senarai klinik panel dan cara mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI