Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Ketahui alternatif bagi garam yang boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan anda dan masih mengekalkan hidangan yang sihat dan bernutrisi 😋

Kesedaran terhadap tabiat pemakanan yang berkhasiat, bermula daripada rumah.

Jom, kita mulakan!
Bahaya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Norita binti Shamsudin, Pakat Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan. Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda.

Sumber: MySejahtera
Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Jom sertai *Program Take Care..Ur Health!* anjuran Hospital Ampang & Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah & Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

*MEI 2023*
*JOM KETAHUI: TALASEMIA*
*23 MEI 2023 SELASA*
*10.00 PAGI*

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/vep-itfd-jkw

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama
Asing dan elak anak anda bergaul dengan anak yang lain jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser.
Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berhenti merokok adalah satu proses bermula daripada menetapkan tarikh berhenti sehingga berjaya mengekalkan tingkah laku tidak merokok.

Dapatkan senarai hospital yang menyediakan bantuan berhenti merokok di laman sesawang Infosihat (www.infosihat.gov.my)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dapatkan maklumat kesihatan yang tepat, sahih dan terkini melalui laman sesawang Infosihat.
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Thiyagu B

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mission 1,000,000kM

Gamuda Cove, 21st May 2023 - Ride With Hope, a movement initiated by passionate local cyclists, proudly launches its latest campaign with an audacious goal: achieving a distance of 1,000,000 kilometers per week through cycling. This campaign aims to make a positive impact on vulnerable patients suffering from Lysosomal Storage Diseases (LSD) by raising awareness and providing financial support through the Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA).

https://www.facebook.com/ridewithhope/posts/pfbid02K3PSJDXpKWp4vyZXvSMERCNruVne6wMundGjxsppKoMeohSC6aW8UUUgivhR4uRXl?__cft__[0]=AZV3tuEY6Mcgab4MJe1ObvWvSC4Zb5s4w7DvF2KYzbTP0uyx8K4ohEA2CiKuhwdb2-X-0-V6yKeuuUi5E4fcH9aapqYbxUafeZm5p86ZdHnA2X71Zsmfk5Bj4Q56OL7E_gQ&__tn__=%2CO%2CP-R
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cuaca panas akan mengaktifkan hipotalamus yang akan menyebabkan badan berpeluh. Hipotalamus juga akan menjejaskan fungsi asas seperti lapar dan dahaga.

Apabila kurang tidur, mood terganggu dan akan menjejaskan produktiviti.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
*FIRST ANNOUNCEMENT : JEMPUTAN MENGHADIRI CONFERENCE iPREMIUM 5.0 / 2023*

Melaka Emergency Medicine Society (MEMS) dengan kerjasama College Of Emergency Physician (CEP), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Kelab Perubatan Hospital Melaka dan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka (ETDHM) ingin menjemput para paramedik dan seluruh anggota kesihatan seluruh negara untuk menyertai Program *“PARAMEDIC EMERGENCY UPDATES MELAKA (iPREMIUM) 5.0 / 2023”*

Program iPREMIUM siri ke 5 ini akan diadakan di ENCORE Melaka pada tarikh 12-13 Julai 2023; Program *“NATIONAL EMERGENCY MEDICINE MOULAGE CHAMPIONSHIP (NAEMEC)* 2.0 / 2023 pula akan diadakan sehari sebelum itu (11hb Julai 2023) di tempat yang sama.

Untuk pendaftaran dan maklumat terperinci program, anda boleh imbas QR Code seperti di dalam Poster / ataupun melalui capaian link yang berikut :

https://forms.gle/Xaaauz3xaiv2VW2Q8

_Untuk sebarang permasalahan/kesulitan/pertanyaan dan maklumat lengkap, anda boleh berhubung dengan Sekretariat kami iaitu En Andy (0107082287) Atau Pn Atikah (014-3321156)_

See You Soon !
😉
Bantuan penurunan berat badan juga disediakan oleh Unit Pendidikan Kesihatan di hospital.

Dapatkan senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan ini di laman sesawang Infosihat (www.infosihat.gov.my)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.

Sebagai pengguna, amalkan budaya 3M.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Santiana Ramli

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun dan sehingga kini sudah 28 kematian akibat denggi. Kalau Disember nanti berapa pula kematian.

Ayuhlah kawan-kawan kita banteras Aedes agar kematian akibat denggi ini dapat kita kurangkan.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📞𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆
Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia?

Ayuh hubungi talian 1800-88-9080 bagi mendapatkan pencerahan segala persoalan yang ada daripada pegawai kami yang berpengalaman.

Derma Organ: Anugerah Kehidupan

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tip dan perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan ketika musim panas

Rancang perjalanan, elak keluar pada waktu panas puncak
Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah sekiranya perlu keluar
Banyakkan minum air kosong

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jika anda digigit, dicakar atau terkena air liur haiwan, cuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit.

Pastikan vaksin anti-rabies lengkap berdasarkan jadual janji temu yang diberi oleh doktor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Tempe merupakan makanan yang tidak asing dalam hidangan harian masyarakat Nusantara.

Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.

Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.
Penjagaan Kesihatan Bakal Haji

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku