Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan telah dibuka pada 19 Disember 2022 berikutan pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di beberapa buah negeri (Jadual 2). Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Sebanyak 14 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir iaitu Selangor (7 kes), Kelantan (5 kes), dan Melaka (2 kes) dari 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani proses isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing.

Dari 11 Disember 2022 hingga 19 Disember 2022, hanya satu (1) kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu yang telah tamat menjalani isolasi pada 18 Disember 2022. Sehingga kini, tiada kluster COVID-19 dilaporkan di PPS.

Dari 7 November 2022 hingga 19 Disember 2022, sebanyak 301 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), 260 kes penyakit kulit, 14 kes Acute Gastroentritis (AGE), 11 kes Konjuntivitis, dan satu (1) kes Chicken Pox, telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Tiada kes Tifoid, Kolera, Leptospirosis, Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) dan Denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/20/kenyataan-media-kpk-20-disember-2022-situasi-semasa-bencana-banjir-monsun-timur-laut-mtl-di-malaysia-2022-2023/
𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓

Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir agar dapat mengamalkan panduan keselamatan elektrik semasa musim banjir. Antara tempat yang paling merbahaya ketika banjir melanda adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.

Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat.

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita.🥶🥶

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Diseases (NCDs).💪💪❤️

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. (@myhealthkkm)

#kekalsihat #SihatSepanjangHayat #ANMS

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penguatkuasaan penuh larangan merokok ini telah bermula semenjak 1 Januari 2020 dan akan terus dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Penguatkuasaan ini bukan bertujuan sekadar punitif tetapi juga bagi membantu golongan perokok untuk berhenti merokok serta melindungi golongan bukan perokok.

Ayuh, bersama-sama kita membina Malaysia lebih sihat! Layari www.jomquit.com untuk berhenti merokok.
Jaga Diri Semasa Musim Banjir

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) telah dirasmikan pada 21 Oktober 2022 di Cyberjaya, Selangor.

Pusat ini menumpukan perkhidmatannya kepada penyelidikan, intervensi dan penyelarasan dalam kalangan semua pemegang taruh yang terlibat dalam kesihatan mental, selain bertanggungjawab daripada aspek latihan terutama membabitkan kaunselor, komuniti serta pesakit kesihatan mental.

Pusat ini juga turut memainkan peranan sokongan terhadap perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di hospital, klinik kesihatan serta MENTARI.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023.

Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital atau setaraf.
Waspada Banjir.

Sediakan beg kecemasan sebagai persiapan menghadapi banjir.

Ini akan memudahkan anda sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awas Semasa Musim Banjir

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Jaga Diri Semasa Musim Banjir

Jangan lupa sertai TikTok Live di TikTok MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Aedes sangat mudah.
Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan
Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan
Nyamuk Aedes. (#10minit)

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚

Ingat ya semua, ubat supositori diclofenac TIDAK seharusnya digunakan untuk rawatan demam panas yang dialami oleh kanak-kanak.

Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk alternatif lain bagi menurunkan suhu badan kanak-kanak😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Penyakit Tidak Berjangkit adalah merupakan punca kematian utama di seluruh dunia.
Penyakit kronik ini memerlukan tempoh perawatan yang panjang.

Jadi, cegah sebelum terlambat menerusi amalan gaya hidup sihat.
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Lakukan aktiviti fizikal secara konsisten
Tidak merokok
Elakkan pengambilan minuman beralkohol

🩺Jangan lupa, lakukan pemeriksaan secara berkala terutamanya jika anda berusia 40 tahun dan ke atas.

Sumber :
WHO
Jabatan Perangkaan Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Memilih makanan yg selamat penting untuk kita menggelakkan keracunan makanan.

Sebagai pengguna amalkan budaya 3M.

Layari laman sesawang
http://www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS
#MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tips Membersihkan Peti Sejuk

Tahukah anda, bakteria boleh membiak di dalam peti sejuk?

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memastikan peti sejuk di rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat daripada sebarang ancaman dan pembiakan bakteria.

📌 Berikut disertakan panduan untuk membersihkan peti sejuk di rumah anda dengan cara yang betul.

📌 Keluarkan semua makanan daripada peti sejuk
📌 Keluarkan semua rak dan laci
📌 Basuh semua permukaan dengan teliti menggunakan air suam dan bersabun
📌 Bilas menggunakan air
📌 Lap menggunakan tuala yang bersih
📌 Elakkan menggunakan bahan kimia ( pencuci lantai dan peluntur )

Sumber: BKKM KKM
Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku