Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bantuan Awal Kesihatan Psikologi

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Panel :

Puan Norhaida Asma Mohd Hashim
Pegawai Psikologi
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Psychological First Aids for Community

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama En. Lee Boon Hock dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Persediaan Musim Banjir

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Norlen Mohamed dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selain bersenam, pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Pastikan kita makan buah dan sayur-sayuran secara konsisten setiap hari mengikut keperluan dan tahap kesihatan diri kita.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Ig coach_tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

📙 Buku rekod kesihatan
🎒 Keperluan Peribadi
💊 Bekalan ubat

Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar)

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀- 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆

Ayuh kenali fungsi organ utama badan kita iaitu jantung.

Jantung mengepam darah ke organ dan tisu badan manusia.

Seseorang yang meninggal dunia kerana jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja kerana organ memerlukan oksigen melalui pengaliran darah yang dipam oleh jantung.

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#sihatmilikku
🦟 Nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang sedikit untuk bertelur dan telur nyamuk Aedes dapat bertahan selama 8 bulan dalam keadaan kering.

✔️ Dikongsikan langkah pencegahan dan kawalan denggi di musim banjir.

💪 Bersama-sama kita basmi Aedes di persekitaran kita agar demam denggi dapat dicegah.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Tunjukkan keprihatinan anda kepada orang tersayang yang memerlukan bantuan dengan

🥰 Kekal berhubung
🥰 Dengar masalah yang dikongsi
🥰 Hulurkan bantuan
🥰 Bantu dapatkan bantuan profesional kesihatan mental

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Musim hujan bukan alasan untuk anda merokok dalam rumah.

Hormatilah pasangan dan ahli keluarga yang lain.

Tegur demi kebaikan bersama.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua boleh membudayakan hidup sihat dengan menjadi sukarelawan kesihatan untuk komuniti kita.

Layari portal MyChampion sekarang untuk pendaftaran dan dapatkan informasi berkaitan sukarelawan kesihatan.

Layari laman sesawang
www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: QayyumJawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Food Safety Association (MAFSA) akan menganjurkan Ekspo Makanan Selamat Tahun 2022 (eMAS 2022) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26-28 Oktober 2022
Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang
Tempat : Dewan Persidangan Perbadanan
Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Objektif utama eMAS 2022 adalah untuk mempromosikan produk makanan selamat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang awam dan pihak berkepentingan (stakeholders) serta mewujudkan permintaan pasaran ke atas produk makanan selamat.
Saban hari kita dikejutkan dengan berita berkaitan banjir yang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara. Dalam menghadapi suasana banjir yang berlaku, pastikan kesihatan anda serta orang tersayang sentiasa terjamin.

Amalkan 6 perkara ini semasa banjir serta pastikan mendapatkan rawatan secepatnya jika terjadi perkara yang tidak diingini.

#FoodSafetyTips

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Mentari : Perkhidmatan Kepakaran Psikiatri Komuniti

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Hazrah Selamat Din dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Generational Endgame (GEG) perlu dilaksanakan bagi mengurangkan prevalen merokok di negara kita. Ini akan mengurangkan beban penjagaan kesihatan dan melindungi generasi masa depan.

Pelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Lindungi generasi muda daripada sebarang bentuk tabiat merokok.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#KamiSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai 𝗭𝘂𝗺B𝗮𝘁𝗶𝗸 Bersama 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗮💃

Sempena #BulanMalaysiaSihatSejahtera!
Bersama kita berzumba dengan instruktor yang hebat, barisan artis dan juga DJ Suria FM 🤩

Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
📍 𝗟𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗮𝘇𝗮, 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗿𝗮𝗳 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗹𝗮𝘆
📅 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
⏲️ 𝟳.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟮.𝟬𝟬 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶

Untuk mengikuti aktiviti ini, anda 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 berpakaian sukan dan gunakan kain bercorak batik secara kreatif! 🌸🌿 Berminat? Anda boleh mendaftar melalui pautan 🌐 www.suria.my/zumbatik

Pelbagai aktiviti menarik lain juga menanti anda! Zumba Dance Battle, Persembahan Artis, Cabutan Bertuah dan banyak lagi!

Ayuh bersama memeriahkan ZumBatik dengan batik warna-warni! Jumpa di sana 🤗

#ZumBatik #SihatSepanjangHayat #BulanMalaysiaSihatSejahtera
Keluarga adalah segalanya bagi kita semua 👨‍👨‍👧‍👧, jadi, pastikan perlindungan keluarga anda dalam keadaan optimal dengan dos penggalak untuk kekal kuat menentang jangkitan COVID-19! 💪🏼

Buat pilihan yang tepat untuk mereka yang tersayang.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia💪🏻

Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan🙏🏻

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal MyHEALTH untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Naqiuddin Nasri

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Muka tiba-tiba senget sebelah
Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka.
Puncanya tidak diketahui tetapi dikaitkan dengan jangkitan virus dan inflamasi.

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari.

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor dengan segera agar rawatan anda dapat diberikan dengan segera