Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pada masa akan datang, Portal #KKMNOW akan dilengkapi pelbagai data lain seperti dikongsikan.

Ini bagi memastikan:
data dan maklumat kesihatan dapat dikongsi secara meluas memberi peluang kepada komuniti professional dan rakyat untuk meningkatkan pemahaman serta peluang menganalisis situasi semasa berkaitan status kesihatan negara.

Layari https://data.moh.gov.my/
Antara cara mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu memerlukan bantuan kesihatan mental adalah

❗️ Individu berasa sedih berpanjangan
❗️ Individu merancang atau cuba
❗️ mencederakan diri atau orang lain
❗️ Corak pemakanan seseorang tidak teratur
❗️ Individu sukar untuk kekal fokus
❗️ Individu mengalami gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐭𝐢𝐭𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐭𝐢𝐤?

Pembentukan darah beku atau trombus boleh menyebabkan pengaliran darah terganggu. Individu yang mempunyai faktor risiko seperti pesakit hiperkolesterolemia atau perokok tegar mungkin diberikan ubat antitrombotik untuk mengelakkan komplikasi seperti sakit jantung atau strok.

Jom kenali dua kelas ubat antitrombotik yang biasa digunakan iaitu ubat antikoagulan dan antiplatelet 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Anda kreatif? Jom aktif dengan cetusan kreativiti! Sertai 𝗟𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗳 dan cipta laluan yang paling menarik! 🏃‍♀️🏃

Ikuti langkah mudah ini:

1️⃣ Tetapkan laluan menarik yang anda ingin cipta melalui aplikasi kecergasan [Strava] (minimum 5KM). Pasang GPS sebelum bermula.

2️⃣ Kongsikan ciptaan jalan laluan terbaik anda di Facebook dan/atau Instagram (tetapkan akaun kepada 'public') berserta #sihatsepanjanghayat #bmss #lariankreatif dan tag @MyHealthyKKM.

Sama-sama kita semarakkan lagi #BulanMalaysiaSihatSejahtera 🤾🚴‍ Tak sabar kami nak lihat laluan-laluan kreatif kalian!

Maklumat lanjut mengenai panduan dan syarat penyertaan, layari 🌐 https://bmss.my/#kalendar.

#LarianKreatif #sihatsepanjanghayat
Stress Management

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai Munusamy dari Bahagian Pengurusan Latihan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Adakah jumlah bilangan derma darah yang tertera di MySejahtera anda berlainan dari jumlah yang terdapat di Kad Penderma Darah fizikal anda?

Sila rujuk infografik ini.

____________________________

Is the total number of blood donation displayed on your MySejahtera different from the actual number of donations stated in the physical Blood Donor Card ?

Please refer to this infographic.

#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera
#KadPendermaDarah

Sumber: MySejahtera
Let's play COVID-19 BINGO! 🙌🏼

How many did you guys get? 🤭 Tag your friends so they can play too!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian pada 6 Oktober 2022 bertajuk “66 kanak-kanak maut di Gambia selepas minum ubat batuk” yang merujuk kepada empat (4) produk yang dikilangkan oleh pengilang Maiden Pharmaceuticals, India iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa keempat-empat produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia.

KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin. KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 OKTOBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/10/07/kenyataan-media-kpk-7-oktober-2022-status-empat-produk-sirap-ubat-batuk-dan-selsema-keluaran-syarikat-maiden-pharmaceuticals-india-di-malaysia/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?😁
Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.
Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media social Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth untuk maklumat lanjut

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Penarikan Semula Produk Mi Sedaap Yang Mengandungi Ethylene Oxide
Anak2 D'plujes merasa bertuah dan bergembira pada hari ini sempena program Heppili go@ Bulan Malaysia Sihat Sejahtera kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih memilih sekolah kami @D'plujes sebagai lokasi program pada hari ini. Diserikan lagi dengan kehadiran Lori Milo yang membekal 800 cawan untuk semua warga D'plujes sementara bagi acara bicycle blender pula melibatkan 300 murid tahap 2. Alhamdulillah terima kasih KPM, KKM, Pegawai dari KKM Putrajaya turut sama, Pegawai dari PPDJJ turut sama dan vendor yang terlibat. Terima kasih juga anak2 dan Guru2 PPKI D'plujes yang mengendali senamrobik@senam sihat bermula pagi tadi. Bangga dengan kalian semua.

#sekolahberadat
#nilaibuditinggi
#semarakjawi
#upD'plujes

https://www.facebook.com/100000572598356/posts/pfbid027HEziSpCk42nmu2xAtH3UqaMTZpRXNj3JXf9QUhubYHh6czJACmQ6E1mqJRkr1QQl/
Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda. Ia boleh menyebabkan kanak kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

🥗 hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda Hari ini

❤️ PILIH UNTUK SIHAT.
Kaedah relaksasi otot.

1️⃣ Duduk selesa di atas kerusi
2️⃣ Pejamkan kedua-dua mata
3️⃣ Kemudian relaks
4️⃣ Regangkan kedua-dua tangan ke hadapan
5️⃣ Kemudian relaks
6️⃣ Regangkan kedua-dua bahu ke atas
7️⃣ Kemudian relaks
8️⃣ Regangkan kedua-dua kaki ke depan
9️⃣ Kemudian relaks
1️⃣0️⃣ Tarik nafas dalam-dalam
1️⃣1️⃣ Hembuskan nafas

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama