Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Kita tak nak generasi kita terus terpengaruh dengan rokok, jadi kita harus memberi sokongan kepada GEG.”

Hayati dan fahami pesanan yang dinyatakan oleh Mawi, penerbit dan penyanyi popular di Malaysia berkenaan kemudaratan merokok. 🚭

#SayaSokongGEG
Ibu bapa yang prihatin sentiasa melindungi anak daripada pengaruh rokok dan vape.

Bersama kita lindungi generasi muda daripada sebarang bentuk tabiat merokok.

Malaysia ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah diusahakan sejak 2003 lagi. Dikongsikan kronologi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Atlet negara juga menyatakan sokongan penuh mereka terhadap #GEG

Jangan sia-siakan peluang ini dengan menzahirkan sokongan anda terhadap KKM melalui pembentukan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan dibentangkan pada hari ini untuk bacaan kali ke-3

#SayaSokongGEG
KBSMalaysia
Masalah merokok telah semakin terbeban dengan masalah merokok alaf baharu termasuk rokok elektronik dan vape.

Sehingga kini jumlah pengguna rokok elektronik dan vape semakin meningkat termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kawalan berkaitan rokok elektronik dan vape
PERLU DILAKSANAKAN.

INI MASANYA!

#SayaSokongGEG
Beri sokongan bagi melindungi kesihatan generasi akan datang daripada masalah ketagihan nikotin serta bahan kimia berbahaya akibat daripada produk merokok.

#SayaSokongGEG
MEROKOK adalah TIDAK SELAMAT dan ia membahayakan alam sekitar dan orang yang tidak bersalah di sekitarnya.

Tujuan utama RUU Kawalan Produk Tembakau dan
Merokok 2022 adalah untuk mengawal penggunaan
kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape.

Ayuh beri sokongan bagi mewujudkan generasi 'bebas rokok' di Malaysia.

#SayaSokongGEG
Fasal 3, 4, 5 & 6 iaitu peruntukan-peruntukan berkaitan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau merupakan peruntukan baharu yang telah dicadangkan dalam RUU Kawalan Produk
Tembakau dan Merokok 2022.

Peruntukan-peruntukan in penting bagi
membolehkan pendaftaran, penguatkuasaan dan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau secara sah.
BERIKAN SOKONGAN KEPADA RUU INI!

#SayaSokongGEG
Kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi
merawat pesakit merokok pada tahun 2020
berbanding kutipan cukai produk tembakau
RM2.67 bilion.

Peruntukan RUU Kawalan Produk Tembakau
dan Merokok 2022 dapat:

▶️ menurunkan peratusan perokok di Malaysia
▶️ menurunkan beban yang ditanggung oleh
kerajaan dalam merawat penyakit yang
disebabkan oleh tabiat merokok.

#SayaSokongGEG
Keluarga Malaysia pemangkin kemakmuran.
Lindungi Generasi Muda daripada sebarang bentuk tabit merokok.

Bersama ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan Laporan Khas Sempena Perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Buletin Utama, TV3 yang telah disiarkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin) untuk peringatan bersama.

Sayangi diri anda

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dato' Jamal Abdillah turut menyokong penuh GEG demi masa depan anak-anak.

Jom dengarkan apa yang beliau katakan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip untuk TIDAK mula merokok

▶️ JANGAN mencuba
▶️ JANGAN terikut-ikut
▶️ JANGAN benarkan sesiapa merokok berhampiran anda dan keluarga.

Katakan TIDAK kepada sebarang bentuk tabiat merokok.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara kebaikan tidak merokok
🫁 Tahap kesihatan yang baik
👃 Meningkatkan deria bau dan rasa
💪 Meningkatkan tahap kecergasan
📈 Meningkatkan produktiviti
💰 Tidak membazir wang

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelakon Zulkifli Ismail pernah menjadi perokok tegar dan kini telah hampir 12 tahun bebas rokok.

Beliau tidak mahu generasi muda mengalami kesan buruk merokok yang pernah dialaminya. Oleh itu beliau menyokong penuh GEG untuk melindungi serta menyelamatkan generasi masa depan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rokok mengandungi lebih 4,000 bahan beracun yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

Jika anda merokok, tindakan tepat adalah berhenti merokok!

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Suarakan hak anda untuk persekitaran bebas asap rokok.

3 langkah untuk menegur perokok.

➡️ Mulakan niat yang baik untuk menegur
➡️ Gunakan perkataan yang baik
➡️ Luahkan dengan sopan dan berhemah

Percayalah bahawa anda telah melakukan yang terbaik sekalipun mereka tidak memberikan respon positif.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara amalan yang boleh dilakukan untuk berhenti merokok

➡️ Minum air masak
➡️ Sibukkan diri
➡️ Jauhkan diri daripada orang yang sedang merokok
➡️ Mandi dengan kerap
➡️ Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan
➡️ Memohon doa

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🔥 Merokok memberikan kesan mudarat kepada kesihatan.

Penggunaan rokok elektronik atau vape pula meningkatkan risiko kecederaan paru-paru atau penyakit EVALI.

Sekiranya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 beserta peruntukan Generasi Penamat atau Generational EndGame (GEG) diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas pada 1 Januari 2007 dan seterusnya (GEG) akan dilindungi daripada sebarang produk Tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Ini bermakna:

✔️ Kurang kesan kesihatan akibat daripada tabiat merokok,
✔️ Meningkatkan produktiviti
✔️ Membina komuniti yang lebih sihat dan Bahagia
✔️ Menjadikan bumi yang lebih bersih dan hijau.

Sokong GEG bagi melahirkan negara Malaysia yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.

#SayaSokongGEG