Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda sudah makan sayur hari ini

📌Antara pilihan sayuran dalam menu adalah sayur peria.Rendah kalori dan kaya dengan vitamin dan mineral.

Bersama ikuti saranan
#SukuSukuSeparuh, dengan mengambil separuh sajian adalah buah dan sayur.
Elakkan tabiat makan lewat malam bagi mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan ideal.Waktu yang sesuai untuk makan malam adalah antara pukul 6 petang sehingga 8 malam.

✔️Amalkan pengambilan makanan mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum.

❤️ Jom, hentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini.
Dr. Putri Shameen binti Hashim percaya dengan tren Instagram reels dan TikTok sekarang ini, lebih ramai para doktor dapat berkecimpung dalam mencipta content dan menyampaikan maklumat yang betul, tepat dan sahih.

Sebagai doktor gigi, beliau juga turut mengingatkan kepentingan penjagaan gigi dan mulut serta jangan abaikan rutin pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah ANMS Sabah telah diadakan di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada 10 September 2022.

Majlis pelancaran jelajah ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang jelajah ini berlangsung.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊Uʙᴀᴛ Aᴊᴀɪʙ??

Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat di pasaran

📌Tujuan kawalan iklan perubatan adalah untuk:
✔️ Mengawal selia kandungan pengiklanan
✔️ Melindungi kesihatan awam dengan mengalakkan pengunaan ubat-ubatan yang selamat.

🔎 Pastikan ubat adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.Contohnya: MAL20011234T (ubat)/ NOT123456789K (kosmetik)
🤔 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧.
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐢𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧

Semua iklan ubat mestilah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).

👉 Dikongsikan tip untuk mengenali iklan tiada kelulusan daripada LIU.Jangan mudah terpengaruh
Influenza-Like Illness adalah suatu diagnosis awal kumpulan gejala yang terdiri daripada demam melebihi 38ᵒC, batuk, selesema, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang muntah dan cirit-birit pada kanak-kanak.

Jangkitan Influenza pula adalah sejenis penyakit berjangkit yang berlaku di saluran pernafasan.

Antara golongan berisiko tinggi dijangkiti Influenza adalah individu dengan daya tahan tubuh rendah, warga emas dan wanita hamil.

Amalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan mengamalkan adab batuk yang baik.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangmya sekali setahun.

Ingat hari jadi, ingat doktor gigi.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.

Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media social MYhealthKKM untuk maklumat lanjut .
( @myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 September 2022 (ME 38/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,830,214;
Kumulatif kes sembuh: 4,768,604 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,348 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,079 kluster (kluster aktif: 14 kluster).

Perbandingan antara ME 37/2022 dan ME 38/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 38/2022 menurun sebanyak 5.8 peratus (14,513 kes kepada 13,677 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 38/2022 menurun sebanyak4.9 peratus (13,627 kes kepada 12,963 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 4.8 peratus (13,585 kes kepada 12,934 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 31.0 peratus (42 kes kepada 29 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 38/2022 meningkat sebanyak 29.0 peratus (31 kes kepada 40 kes).
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 38/2022 adalah 25,325 iaitu terdapat penurunan sebanyak 4.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/09/26/kenyataan-media-kpk-26-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-38-18-24-september-2022/
Cacar Monyet menular melalui sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek seperti tuala dan pakaian yang tercemar.

Gejala akan bermula antara 5 hingga 21 hari selepas jangkitan.

Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita☹️

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Diseases (NCDs).

Layari laman sesawang & ikuti media sosial @myhealthkkm untuk maklumat lanjut.

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
BERITA BAIK untuk warga Negeri Sembilan📣📣

Pihak kami sudah buka pendaftaran awal untuk
Fun Ride di Bandar Seri Jempol.

Sila tekan link dibawah untuk
PENDAFTARAN SEKARANG!! ⤵️

https://www.racexasia.com/event/jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia-fun-ride-jakr22

Sila tag rakan2 anda …🚴🏻🚴‍♀️

Terima kasih semua… see you there😉

#funridenegerisembilan
#funride2022
#funridejelajahaspirasikeluargamalaysia
#AspirasiKeluargaMalaysia
#funridejempol
#KeluargaMalaysia
#negerisembilan
#jempoln9
Demensia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakkan otak secara berperingkat.

Pengurusan penjagaan pesakit Demensia adalah paling mencabar. Setiap pesakit demensia mempunyai gejala utama yang berbeza dari pesakit yang lain. Secara berperingkat, mereka memerlukan bantuan dalam aktiviti asas kehidupan seharian.

Dikongsikan peranan yang perlu dimainkan oleh penjaga.