Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang & sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia mengikut konsep #SukuSukuSeparuh.

💪 Ayuh sihat bersama.
Berdasarkan bukti, varian Omicron mempunyai keupayaan kebolehjangkitan yang lebih besar dan penyebaran yang lebih pantas dalam komuniti berbanding varian lain yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Kukuhkan amalan tindakan kesihatan awam kendiri seperti amalkan 3W dan amalkan TRIIS.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝗦𝘁𝗿𝗼𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗮𝗵𝗺𝗮𝗿 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia.

📌Secara purata, 25 orang penduduk Malaysia mati akibat serangan strok setiap hari berbanding dengan hanya 9 kematian sehari akibat kemalangan jalan raya.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

📢Golongan muda dan pertengahan yang masih aktif menyumbang kepada aktiviti ekonomi keluarga dan pembangunan negara juga boleh terkena strok!
Obesiti abdomen melibatkan lebihan lemak di bahagian perut dan organ-organ penting dalam abdomen, sekaligus menyebabkan saiz perut badan seseorang individu lebih besar atau tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh badannya.

Penyakit utama yang dikaitkan dengan obesiti abdomen ialah Diabetes, Penyakit / serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda masih keliru dengan situasi yang memerlukan anda untuk memakai pelitup muka?

Dalam kebanyakan situasi, pemakaian pelitup muka merupakan satu pilihan. Anda boleh membuat penilaian risiko kendiri dan membuat keputusan sendiri samada untuk memakai pelitup muka ataupun tidak.

Dikongsikan jawapan kepada soalan lazim yang telah diterima oleh KKM sejak pengumuman kelonggaran protokol pemakaian pelitup muka pada 7 September 2022.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 September 2022 (ME 37/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,817,251;
Kumulatif kes sembuh: 4,754,927 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,308 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,077 kluster (kluster aktif: 18 kluster).

Perbandingan antara ME 36/2022 dan ME 37/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 37/2022 menurun sebanyak 16.0 peratus (17,286 kes kepada 14,513 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 37/2022 menurun sebanyak3.2 peratus (14,072 kes kepada 13,627 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 3.3 peratus (14,052 kes kepada 13,585 kes); dan
Bilangan kes import meningkatsebanyak 110.0 peratus (20 kes kepada 42 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 37/2022 menurun sebanyak 8.8 peratus (34 kes kepada 31 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 37/2022 adalah 26,378 iaitu terdapat penurunan sebanyak 4.1 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/09/19/kenyataan-media-kpk-19-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-37-11-17-september-2022/ .
Demensia adalah sejenis penyakit otak yang progresif.

Pada masa ini, demensia tidak boleh diubati.

Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti membaca dapat mengurangkan risiko berlakunya demensia.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ketahui faktor risiko kepada strok.

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Ia merupakan:

▶️punca ketiga bagi kematian di Malaysia
▶️penyebab kedua kematian di seluruh dunia
▶️penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa.

Ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.
Dapatkan maklumat kesihatan anda yang terkini dengan menempah janji temu untuk saringan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Kemas kini versi terbaharu aplikasi MySejahtera anda sekarang!

___________________________

Get your latest health information by booking an appointment for health screening at any health facility near you.

Update the latest version of MySejahtera now!

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#JomSaring

Sumber: MySejahtera
"Sibuk lah.. lagipun saya sihat je.. "

Begitulah tanggapan dan alasan ramai antara kita apabila diminta untuk lakukan saringan kesihatan.

Kenyataannya, masa terbaik untuk kita melakukan saringan kesihatan adalah ketika diri masih tampak sihat.

Jom saring kesihatan anda terutamanya jika anda berumur 40 tahun dan ke atas dan belum menjalani sebarang saringan kesihatan dalam tempoh 3 tahun lepas.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama