Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Derma Organ

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Hasdy Haron dari Pusat Sumber Transplan Nasional

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
❤️ Ayuh, daftar sebagai pengikrar derma organ di klik pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan.

Derma organ/ tisu, selamatkan nyawa.

Selepas transplantasi (pemindahan), seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik.
Derma Organ

Saksikan sekarang di www.tiktok.com/@myhealthkkm

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
CUEPACS KOMITED UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2022 - Delegasi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang diketuai oleh Presiden CUEPACS, YBhg Dato’ Haji Adnan bin Mat bersama dengan tujuh (7) ahli Pengurusan Tertinggi CUEPACS hari ini hadir ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membincangkan bentuk kerjasama dalam bidang promosi kesihatan yang boleh diterokai melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBrs Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM bersama barisan Pegawai Kanan KKM. Hasil daripada sesi libat urus ini, CUEPACS telah bersetuju untuk memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan semua penjawat awam membudayakan hidup sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat

Sebagai permulaan, antara fokus utama CUEPACS ialah memperluaskan hebahan mengenai saringan kesihatan dan menggalakkan penjawat awam yang berumur lebih 40 tahun untuk membuat saringan kesihatan bagi mengenal pasti status kesihatan masing- masing. Di samping itu, CUEPACS bersetuju untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran Jelajah ANMS dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Agenda Nasional ini.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0gDxM1hUqKFbLTbAQVxHhs1BzhP8oTit8jLQWQDpsAtvDiPT7tatMHTorDrzbTfhCl

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pelupa akibat COVID-19

Saksikan dalam rancangan Wanita Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 18 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 12.00 tengah hari

Panel :

Dr. Akmal Hafizah Zamli
Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi
Hospital Sungai Buloh

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Kami mempelawa mana-mana calon yang berminat untuk menyertai team Wellness Hub Kemaman sebagai Personel MySTEP Gred 41, boleh hantar resume ke email berikut :

[email protected]
[email protected]

Syarat utama : Lepasan Ijazah Sains Sukan @ setaraf

Tarikh tutup pada : 24 Ogos 2022 (selasa)

Sumber: Wellness Hub Kemaman
Apakah faktor yang boleh mempengaruhi kadar degupan jantung

🫀Pelbagai faktor boleh mempengaruhi degupan jantung individu.

⬆️ Degupan jantung tinggi boleh berlaku kerana kegelisahan, kesakitan, individu hamil, demam pengambilan minuman berkafein dan ubat-ubatan.

⬇️ Kadar degupan jantung yang rendah boleh berlaku di dalam keadaan rehat dan disebabkan oleh ubatan. Namun begitu jika terlalu rendah dan diikuti oleh symptom seperti pengsan dan pening, perlulah ke fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk rawatan selanjutnya.

Kadar degupan jantung seseorang boleh menjadi berbahaya jika terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Dikongsikan 5️⃣ tip untuk menjaga kesihatan jantung anda.

Senaman, diet seimbang, kurangkan stres dan berat badan ideal menyumbang kepada kesihatan salur darah jantung anda.
🫀 Jom Saring
🔺 Saringan kesihatan membantu anda memahami status kesihatan diri dan mengambil tindakan pembudayaan hidup sihat ke arah jantung yang sihat.
MITOS VS FAKTA?

Terdapat pelbagai pendapat yang sering kita dengar berkaitan dengan kesihatan gigi. 🦷
Tetapi , adakah semuanya benar atau mitos sahaja ? 🤔

Jom kita baca mitos-mitos yang paling popular di kalangan masyarakat kita. 📖

Jangan lupa untuk merujuk kepada pegawai pergigian bertauliah jika terdapat sebarang kemusykilan 👩‍⚕️

Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara guna inhaler dengan betul:

Sila goncang inhaler sebelum digunakan.

Jangan pandang remeh. Kenapa?

Ini kerana kandungan di dalam inhaler memiliki campuran gas dan ubat.

Jika ia tidak digoncang, kemungkinan besar pesakit hanya akan menyedut gas atau sebaliknya apabila digunakan.

#asma
#lelah
#inhaler
#tipsberguna

Kredit: IKIMfm
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah ANMS Johor telah diadakan di Tebing @ Bandar Dato' Onn, Johor Bahru pada 12 & 13 Ogos 2022.

Majlis pelancaran jelajah ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang dua hari jelajah ini berlangsung.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kemeriahan di sekitar Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Kami berada di sini sehingga Ahad, 21 Ogos 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Jom beramai-ramai ke Perkarangan Stadium Shah Alam. Selangor untuk bersama-sama memeriahkan jelajah ini.

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid02xAJtUKwKHHEX2Y2H7FKaXKjzpF7qLK9qD7AiH3Rip5VaH3XSgNpLnwWSQjL4BqdYl/?d=n

#ANMS
#JelajahAKM
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
JOM SARING --> KETAHUI STATUS ANDA
Obesiti dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi adalah antara faktor risiko mendapat Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

50% dari kes-kes NCD dalam kalangan dewasa di Malaysia, tidak disedari. Ini menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan dan berisiko tinggi mendapat komplikasi kerosakan organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, sistem saraf dan mata.

Malahan NCD juga penyebab utama kematian di Malaysia.

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda dan membantu anda mengurus kehidupan yang lebih sihat.

JOM KETAHUI BACAAN INDEKS JISIM TUBUH, TEKANAN DARAH, PARAS GLUKOS DAN KOLESTEROL ANDA.
𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧

📌Anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan KKM, klinik Panel HSP Perkeso, Klinik PekaB40 atau klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN

⚠️Anda juga boleh membuat saringan kesihatan di mana-mana klinik swasta atau di farmasi yang menyediakan perkhidmatan saringan.

✔️Jom semak kelayakan anda.
✔️Jom Saring

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Cacar vs Cacar Monyet

Cacar telah berjaya dibanteras pada tahun 1980 berikutan program vaksinasi cacar.

Cacar monyet kurang berjangkit dan menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding dengan cacar.

#ANMS
#KekalSihat
#Monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Khemah Sihat Keluarga Malaysia mendapat sambutan hangat dari pengunjung di hari kedua Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia sejak 9.00 pagi.

Masih belum terlambat untuk turut sama memeriahkan dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Jom ke perkarangan Stadium Shah Alam.

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid0GBLruLS9Z6gPsQTrgc8x9XaysnHdAv4qfbdjyY6GDcsEUyaC66hpxu3nysuAiDHhl/?d=n

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahAKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas?

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi.

- Meningkatkan status kesihatan
- Mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan kelak
- Kekal sihat mencari nafkah hidup
- Penuaan yang sihat

JOM SARING!

Ketahui senarai perkhidmatan saringan kesihatan di http://www.moh.gov.my/anms
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri atas keprihatinan dan kesudian menyempurnakan perasmian Hospital Bera, Pahang pada pagi ini. Setelah melalui proses pembangunan, Alhamdulillah sesi penyerahan hospital berjaya diadakan antara pihak kontraktor dengan Jabatan Kerja Raya dan KKM pada 27 Mei lalu.

Selaras dengan itu, Hospital Bera telah mula beroperasi secara berperingkat pada 1 Julai 2022 dengan pembukaan 24 jam Unit Kecemasan & dan Trauma serta Patient Assessment Centre. Pada 2 Ogos 2022, Dewan Bersalin dan Unit Pesakit Dalam melibatkan Wad Bersalin dan Wad Kanak-Kanak pula telah dibuka. Wad Dewasa, Klinik Pakar dan perkhidmatan lain pula akan mula beroperasi mulai 1 Oktober 2022.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0roVuMYzrTSsxB1X1t2wsT29WirY4gGK2roPUTKdQxapnjduAmjkDr9GaCxXByaGSl&id=100044314485023

Sumber: KPK KKM