Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenapa ILI Test-Kit kurang dan hampir tiada di pasaran?

📌Dikongsikan JAWAPAN terhadap PERSOALAN ini yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia.

Sehingga kini, pengujian bagi Influenza A/B perlu dilakukan dan pengesahan daripada Pegawai Kesihatan!
🟢𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈🟢
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian otak adalah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Seorang yang telah disahkan mati otak bermakna sudah meninggal dunia. Ini adalah pendirian saintifik perubatan antarabangsa dan juga telah diterima oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣: 𝘾𝙖𝙠𝙣𝙖 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sihatmilikku
Demam Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

Antara gejala demam denggi

👉 Demam tinggi yang berlarutan
👉 Loya dan muntah
👉 Sakit otot, sendi badan dan di belakang mata

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara kebaikan tidak merokok
🫁 Tahap kesihatan yang baik
👃 Meningkatkan deria bau dan rasa
💪 Meningkatkan tahap kecergasan
📈 Meningkatkan produktiviti
💰 Tidak membazir wang

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🟢𝟗 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈🟢
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian jantung terhenti adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.
Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.
Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Pendermaan tisu dari individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti perlu diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas disahkan kematian.

Pendermaan tisu selepas kematian mampu meningkatkan kualiti kehidupan kepada pesakit yang memerlukannya.

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣: 𝘾𝙖𝙠𝙣𝙖 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#caknademikehidupan
#mkpo2022
#sayanakikrar
#OrganDonation
#sihatmilikku
Merujuk kepada kenyataan media YB Menteri Kesihatan pada 30 Julai 2022, pemansuhan keperluan untuk mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Kad Pengembara (Traveller’s Card) dalam aplikasi MySejahtera adalah terpakai kepada semua pengembara warganegara dan bukan warganegara yang akan memasuki Malaysia tanpa mengira status vaksinasi berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022. Keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

Pemansuhan ini juga bermaksud tiada lagi keperluan untuk menjalani ujian saringan pra-perlepasan, ujian saringan COVID-19 sewaktu ketibaan dan perintah kuarantin. Walau bagaimanapun, aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia masih akan diteruskan dan dipertingkatkan.

Semasa ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan mengalami demam melalui pengimbas suhu (thermal scanner) ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan. Selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain-lain penyakit berkaitan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sehubungan itu, semua pengembara yang baru tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi SOP ditetapkan dan dinasihatkan untuk pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan sekiranya didapati tidak sihat.

Jika terdapat sebarang permasalahan, sila rujuk laman sesawang MySejahtera https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/ atau hubungi meja bantuan interaktif kami.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang pada hari ini, telah bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Spikevax sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Sehingga kini, PBKD telah memberi kelulusan kepada vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer-BioNTech) dan CoronoVac (keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia) untuk digunakan dalam kalangan individu yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
4 OGOS 2022

https://kpkesihatan.com/2022/08/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-ogos-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-375-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelakon Zulkifli Ismail pernah menjadi perokok tegar dan kini telah hampir 12 tahun bebas rokok.

Beliau tidak mahu generasi muda mengalami kesan buruk merokok yang pernah dialaminya. Oleh itu beliau menyokong penuh GEG untuk melindungi serta menyelamatkan generasi masa depan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan jika anda mengalami simptom Demam Denggi.

👉 Demam dan sakit kepala
👉 Sakit otot dan sendi
👉 Ruam merah di kulit
👉 Loya dan muntah
👉 Sakit perut dan cirit-birit

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apa itu Generational End Game (GEG)?

Jom tonton video pendek ini untuk mengetahui cerita di sebalik perkataan GEG dan pendapat orang ramai mengenai GEG.

Anda sokong GEG? Kongsi video ini!

Sumber: JKN Pulau Pinang
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya terutamanya yang berkaitan dengan Penyelidikan, Pengurusan Data, Statistik dan Analisis Maklumat.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah ANMS Perak telah diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak pada 16 & 17 Julai 2022.

Majlis pelancaran jelajah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

Pada hari kedua, Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan turut diadakan dan dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang dua hari jelajah ini berlangsung.

Tanda kalendar anda dan nantikan ketibaan kami pada 12 & 13 Ogos 2022 di Tebing Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Sokongan berterusan daripada orang sekeliling amat penting bagi memotivasikan ibu yang menyusukan bayi.

Pemakanan sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak terutama dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan mereka.

Oleh itu, berikan permulaan yang terbaik kepada bayi anda. Susui bayi dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kehidupan mereka.

Seterusnya, lengkapkan pemberian susu ibu dengan memberi bayi makan pelbagai makanan segar setiap hari apabila bayi berumur 6 bulan,
supaya mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Kami kongsikan 9 tip penyusuan susu ibu sebagai panduan para ibu.
🩺 Nak saring kesihatan secara percuma?
📋 Nak daftar jadi ahli MyChampion?
🤸🏻 Nak cuba cabar diri dengan cabaran di zon aktif?

Jom hadirkan diri ke Jelajah ANMS @ Johor pada 12 & 13 Ogos 2022 di Tebing Bandar Dato' Onn, Johor Bahru bermula dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 6 Ogos 2022 (ME 31/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,705,824;
- Kumulatif kes sembuh: 4,622,915 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,020 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,047 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 30/2022 dan ME 31/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus (30,837 kes kepada 28,604 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 31/2022 meningkat sebanyak 0.8 peratus (28,339 kes kepada 28,554 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,286 kes kepada 28,499 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 3.8 peratus (53 kes kepada 55 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus (49 kes kepada 60 kes) berbanding ME 30/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/08/08/kenyataan-media-kpk-8-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-30-31-julai-6-ogos-2022/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📢 Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) kini kembali di Selatan Tanah Air. Kami datang kepada anda!

📌12 Ogos & 13 Ogos 2022 (Jumaat & Sabtu)
7:30 pagi - 7:00 malam
🗺 Tebing Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

Jom beramai-ramai memeriahkan jelajah ini.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil bahagian dalam Forum Transformasi Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: “Satu Pengalaman Kolektif, Tanggungjawab Bersama” anjuran Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 8 Ogos 2022 bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. Forum ini dirasmikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato’ Dr Mah Hang Soon.

Ini merupakan salah satu platform dalam mempromosikan Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) kepada rakan strategik seperti Microsoft Malaysia, Digi, Google for Education, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Apple Malaysia dalam usaha memantapkan pelaksanaan HePiLI ke arah membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan generasi muda.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02JqKf6akoNPUV3kRMPh64xrq439z9nVuPWwowkGYxQyt5ujyAErmbz64XTCq8Whkzl
Monkeypox

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nur Syafinaz Muhammad dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Yuk ke Jelajah ANMS @ Johor.

Kat mana? Tebing Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.

Bila tu? 12 & 13 Ogos 2022, 7.30 pagi hingga 7.00 petang.

Jom ramai-ramai memeriahkan jelajah ini!

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama