Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sudah bersedia untuk balik kampung menyambut Aidiladha

Microsleep merupakan suatu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat yang terjadi terutamanya sewaktu memandu.

⚠️ Ianya sangat merbahaya kepada anda dan keluarga.Pastikan anda berada dalam keadaan terbaik semasa memandu.

Nyawa anda dan keluarga hanya satu, tiada dua dan tiada ganti. PULANGLAH DENGAN SELAMAT.
Salam Aidiladha.

Hormatilah mereka yang tidak merokok. Jangan jadikan mereka korban kerana rokok.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian 03-8883 3400 atau daftar di http://jomquit.moh.gov.my

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai Jelajah ANMS di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak pada 16 & 17 Julai 2022.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Utamakan kebersihan daging korban sepanjang tempoh sambutan perayaan Aidiladha. Makanan selamat tanggungjawab bersama.

#FoodSafetyTips
#aidiladha2022

Sumber: BKKM
Musim perayaan ni sudah pasti peti sejuk akan dipenuhi dengan bahan mentah untuk masakan. Macam-macam menu yang nak disediakan untuk tetamu mahupun untuk keluarga di hari raya. Situasi ini bukan baru malah berlaku setiap kali tibanya musim perayaan.

Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk. Sebagai pilihan, penggunaan 'cool box' untuk simpanan sementara boleh digunakan.

Namun perlu diingatkan, penggunaan 'cool box' ini mestilah digunakan dengan cara yang betul.

Sumber: BKKM Kelantan
Pastikan daging korban disimpan dengan betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.

Makan dengan selamat. Pastikan hanya daging yang berkualiti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: BKKM
Gout merupakan penyakit artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi terutamanya pada kaki.

Antara punca adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin. Purin terdapat dalam kebanyakan tisu tubuh manusia dan juga daripada makanan. Antara contoh makanan tinggi purin ialah daging merah, organ dalaman (hati, paru, limpa), kerang, udang, ikan bilis, sardin.

Pada keadaan normal asid urik akan melarut dalam darah melalui buah pinggang dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing.Bagi pesakit gout, amalan diet rendah purin boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah.

Diet ini tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.
🚗Memandu merupakan satu aktiviti yang memerlukan koordinasi psikomotor, kognitif dan sensori yang baik.

📉Perubahan fizikal dan mental akan berlaku dengan peningkatan usia.Namun, peningkatan usia tidak semestinya menyebabkan kehilangan keupayaan memandu.

❤️Jalani pemeriksaan kesihatan berkala dan ketahui tahap kesihatan anda. Dapatkan bantuan sekiranya perlu.
Pastikan daging korban diedarkan dengan mengikuti tips2 ini. Elakkan untuk melengah-lengahkan edaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 9 Julai 2022 (ME 27/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,592,710;
Kumulatif kes sembuh: 4,521,579 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,809 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,026 kluster (kluster aktif: 13 kluster).
Perbandingan antara ME 26/2022 dan ME 27/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 14.6 peratus (14,293 kes kepada 16,379 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 27.9 peratus (16,694 kes kepada 21,355 kes) ;
Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 28.1 peratus (16,650 kes kepada 21,325 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 31.8 peratus(44 kes kepada 30 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 27/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 46.2 peratus (26 kes kepada 38 kes) berbanding ME 26/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 27/2022 adalah 32,145 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 11.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-27-3-9-julai-2022%EF%BF%BC/
ASMA DI KALANGAN KANAK KANAK

Asma adalah penyakit yang biasa di kalangan kanak kanak. Kanak kanak dengan kawalan asma yang tidak terkawal menganggu aktiviti harian, persekolahan dan tumbesaran. Namun kanak kanak boleh aktif bermain dan bersukan jika mempunyai kawalan asma yang bagus (sila patuhi langkah langkah yang di sarankan).

Pastikan kanak kanak mendapat pemeriksaan secara berkala. Kenali tanda serangan asma dan ketahui tindakan yang perlu diambil jika serangan asma terjadi mengikut pelan tindakan asma anak anda.

#ANMS
#KekalSihat
#asma
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Moh semua ke Majlis Pelancaran Jelajah ANMS Peringkat Negeri Perak, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 16 Julai - 17 Julai 2022.

Perbagai aktiviti menanti anda.

Sumber: JKN Perak
Moh sertai aktiviti kami di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh

Sumber: JKN Perak
Tentu ramai yang dah terima daging korban bukan? Jadi ikuti langkah selamat dalam nyahbeku (defrost) daging korban yang anda simpan untuk pastikan ianya sentiasa segar.

#FoodSafetyTips
#aidiladha2022

Sumber: BKKM
Bagaimanakah untuk menggunakan pautan janji temu untuk dos penggalak kedua yang telah diberikan?

Sila rujuk langkah di atas 👆

#mysejahtera
#mysejahtertrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 akan dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 pada 17 Julai 2022 bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh, Perak.

Sambutan ini diadakan sempena Jelajah ANMS yang diadakan pada 16-17 Julai 2022.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pocket talk Malaria dan pameran interaktif rumah Malaria.

Jumpa anda di sana!

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan menemui anda di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam usaha merakyatkan aktiviti advokasi kesihatan demi peningkatan kualiti penjagaan kesihatan terus dilestarikan untuk anda.

Kami akan berada di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya, Ipoh pada:

16 Julai - 17 Julai 2022 (Sabtu & Ahad)
7:30 pagi - 6:30 petang

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan dalam siri jelajah ANMS Negeri Perak antaranya:

Saringan kesihatan
Wellness Studio
MyCHAMPION
Pertandingan

Pastikan anda membawa seisi keluarga untuk merebut peluang keemasan ini secara PERCUMA

Jumpa anda di sana!

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Waspada Terhadap Jangkitan Influenza

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 13 Julai 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Aznida Mohamad Zaki
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku