Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pastikan anda membeli peranti perubatan yang berdaftar dengan MDA.

Jadilah pengguna bijak, ia mampu menyelamatkan nyawa anda!

Sila semak di dalam carian awam MDA di pautan https://mdar.mda.gov.my/
Jadi pengguna bijak.

Semak Peranti Perubatan yang berdaftar di dalam carian awam MDA di pautan https://mdar.mda.gov.my/.

Salurkan aduan anda ke
https://femes.mda.gov.my/ jika terdapat Peranti Perubatan yang tidak berdaftar dijual di dalam pasaran.Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang meletakkan peranti perubatan tidak berdaftar di dalam pasaran.
Aktifkan Diri

Sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal yang digemari mengikut kemampuan.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Differences of RSV and COVID-19

Tune in to Traxxfm at 11.15 am with Dr. Zafri Ismadi Mohd Anis, Pediatric Specialist from Serdang Hospital.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Berkuat kuasa Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Kelonggaran ini bagi memudahkan para warganegara kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Namun, ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Biela Beauty Glowing Night Cream
2. BL Skincare Day Cream 1
3. BL Skincare Day Cream 2
4. BL Skincare Night Cream

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

https://kpkesihatan.com/2022/07/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-julai-2022-makluman-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 2 Julai 2022 (ME 26/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 4,571,355;
Kumulatif kes sembuh: 4,505,200 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,771 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,023 kluster (kluster aktif: 10 kluster).
Perbandingan antara ME 25/2022 dan ME 26/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 1.5 peratus (14,078 kes kepada 14,293 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 6.1 peratus (15,739 kes kepada 16,694 kes);
Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 9.5 peratus (15,201 kes kepada 16,650 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 91.8 peratus(538 kes kepada 44 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 26/2022 menunjukkan peningkatan kepada 100 peratus (13 kes kepada 26 kes) berbanding ME 25/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 26/2022 adalah 28,956 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-26-26-jun-2-julai-2022%ef%bf%bc/
Hai kawan-kawan...

Mesti ramai yang ternanti-nanti senarai pemenang bagi aktiviti pertandingan sempena Minggu Sihat HePiLI 2022.

Jadi berikut dipanjangkan untuk perhatian semua. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa ya.

Team HePiLI akan menghubungi pemenang bagi tujuan hadiah 😍

🥳🥳🥳🥳🥳
#HePiLI #minggusihatHePiLI2022

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahukah anda, sampah mempunyai nilai?

Wahh, menariknya!

Dengan sampah kita boleh menjana pendapatan menerusi kitar semula sisa buangan dengan 3 langkah mudah.

Tonton video ini dan kongsikan untuk memberi manfaat kepada yang lain.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚠️ KKM ingin memberi peringatan dan menggesa orang ramai untuk memberi perhatian serius berhubung penularan sub-varian baru Omicron yang dikenali sebagai Omicron BA.4 dan Omicron BA.5 sedang tersebar di beberapa buah negara.
Kedua-dua sub-varian ini lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron sedia ada.

😷 Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar tidak mengabaikan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan peningkatan semula kes COVID-19. Sentiasa membuat penilaian risiko kendiri dan ambil langkah pencegahan yang bersesuaian
Mulai 3 Julai 2022, KKM telah memulakan pengoperasian Klinik Extended Hours di:
📍Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
📍Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9

📢 Waktu operasi bagi Klinik Extended Hours ini adalah pada setiap hari seperti dikongsikan sehingga tarikh yang ditentukan kelak.

Oleh itu penduduk di sekitar kawasan ini boleh ke klinik kesihatan ini untuk mendapatkan rawatan, terutamanya bagi kes-kes ringan.

Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan dan segera, pesakit boleh terus ke Jabatan Kecemasan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak Kuat? Nak Gagah Perkasa? Nak Bertenaga Sepanjang Malam?

Elakkan terpedaya dengan Iklan Melampau dan tuntutan keberkesanan PALSU seperti ini. Anda terdedah kepada BAHAYA dan RISIKO penggunaan produk tiruan ataupun produk yang dicampur racun berjadual.

Pastikan ubat yang ingin dibeli berdaftar dengan KKM. Rujuk ahli farmasi berlesen atau pengamal perubatan yang sah untuk masalah kesihatan @ penyakit Anda.

Waspada! Penjualan Ubat Dalam Talian!

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOK

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Penguatkuasaan Merokok di Tempat Awam

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3 pada pukul 9.30 pagi bersama En. Mohd Rizal bin Rusuli, Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku
Kanak-kanak Lembam

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Charlotte Jane Joseph, Pakar Perkembangan Kanak-kanak dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku
RSV atau COVID-19?

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.50 pagi bersama Dr. Zafri Ismadi Mohd Anis, Pakar Pediatrik dari Hospital Serdang.

#ANMS
#kekalsihat
#sihatmilikku