Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia (ANMS) Perlis 2022.

25 - 27 Jun 2022
Dataran Dato' Sheikh Ahmad
9.00 pagi hingga 7.00 petang

Karnival yang menggabungkan pelbagai agensi yang terlibat dalam ANMS dengan tawaran perkhidmatan dan demonstrasi berkaitan.

Jemput hadir yaaa semua .... pakat bawa adik beradik, jiran dan kawan kawan mai memeriahkan Karnival ANMS pada tahun ini.

#ANMS #anmsperlis #perlisjomsihat #budayahidupsihat #MalaysiaSihatSejahtera #karnivalanmsperlis2022


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3158266217757982&id=117031961705162

Sumber: FB Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lakukan 150 hingga 300 minit aktiviti fizikal seminggu untuk kekal sihat

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya seperti berbasikal, pergi ke gimnasium, panjat gunung dan joging.

Jom ikut Makcik Kiah dan Gayah kekal sihat!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Aerobik sempena Hari Bapa

Sesi FB Live anjuran Wellness Hub Telok Datok jam 10 pagi tadi bersama Coach Faizal!

Hari Bapa : Kasih Bapa Pelindung Keluarga

https://www.facebook.com/WellnessHubTelokDatok/videos/720408729251826/

#sihatmilikku
#budayahidupsihat
#bapakusado
#ANMS
#SihatMilikSelangor
Majlis Perasmian Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Perlis

https://fb.watch/dSeoxBEpi_/
Hai hampa semua 👋🏼

Jom lah, kalau tengah free and bosan dekat rumah tu boleh datang ke Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - Perlis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kesihatan. Anjuran di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jom datang dan semak kelayakan #PeKaB40 🎉

📍Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
🗓25 & 26 Jun 2022 (Sabtu & Ahad)
8 pagi - 6 petang
🟡 Vitiligo atau sopak merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

🏥 Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya.
Mereka yang menghidap penyakit ini digalakkan bertemu dengan pakar kulit untuk mendapatkan jenis rawatan yang sesuai.

Rawatan yang diberi bertujuan untuk menghasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi.
Bola sepak. Sukan dan aktiviti riadah pilihan ramai termasuk di Malaysia.

⚠️ Namun, ianya juga boleh menyebabkan kecederaan.Seperti kata pepatah “mencegah lebih baik dari merawat”.

Dikongsikan langkah yang boleh diikuti bagi memastikan keselamatan semasa bermain.

Tip ini boleh digunakan setiap kali anda bermain bola sepak samada semasa perlawanan atau bermain santai bersama rakan dan keluarga.
💥 Perut boroi berlaku apabila lemak berkumpul di bahagian abdomen atau perut.

Dikongsikan langkah yang boleh kita lakukan untuk menghapuskan perut boroi.

❤️Selain membantu mendapatkan tubuh badan ideal, ia juga mengurangkan risiko penyakit berjangkit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Fitness Zone @ Jelajah ANMS Negeri Perlis

➡️ Body Composition
➡️ Fitness Assessment
➡️ Bosu Challenge
➡️ Rowing Challenge
➡️ Dance Challenge
➡️ Virtual Bike Challenge

Turut berkolaborasi bersama ialah mahasiswa UiTM Arau, Perlis bagi memeriahkan aktiviti kecergasan bersama masyarakat Perlis dalam usaha pembudayaan hidup sihat.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02a3PRLf1XH4EvrE3Nho2tV27ELgGiQ4EjgJi7b1YFuXhiYW5D3XV4BenKaYQ3vNsql&id=100068159346549

#ANMS
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatsepanjanghayat
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Jelajah ANMS Perlis disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis bersama DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Tuanku Raja Puan Muda Perlis dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

Jemput hadir yaaa semua .... pakat bawa adik beradik, jiran dan kawan kawan mai memeriahkan Karnival ANMS pada tahun ini.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid027QwMiXYkGmAx2fmrRfcrYmGouo8Dv9P1bmZqQpuRCFTuUHezg5wLFgrWChcB1Hdtl&id=100068159346549

#ANMS
#anmsperlis
#perlisjomsihat
#budayahidupsihat
#MalaysiaSihatSejahtera #karnivalanmsperlis2022
Waspada Iklan Ubat Steroid Anabolik Dalam Talian.

Hanya percaya pada iklan-iklan ubat yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.

Penyalahgunaan steroid anabolik dan penggunaan ubat tidak berdaftar boleh memudaratkan kesihatan anda.

Dapatkan nasihat dari pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOk

Sumber: Program Perkhidmatan Farmas, KKM
Jangan menggunakan produk kosmetik yang tidak mempunyai kelulusan

⚠️ Ia dikhuatiri mengandungi bahan terlarang yang berbahaya kepada kulit.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://www.npra.gov.my
Kanser Ovari

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Semua iklan ubat berdaftar mestilah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) sebelum disiarkan.

Kawalan terhadap iklan ubat dibuat untuk memastikan maklumat dalam iklan adalah sahih dan tidak memperdayakan pengguna.
Kenal pasti iklan ubat yang telah mendapat kelulusan melalui nombor KKLIU yang dipaparkan pada iklan.

Contoh nombor kelulusan ialah: KKLIU 1234/2022.

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOk

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Sesetengah individu beranggapan bahawa pengambilan ubat tahan sakit hanya akan membawa mudarat. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat tahan sakit mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi boleh membantu mengawal kesakitan yang dialami.

Lazimnya, pesakit akan dimulakan dengan pilihan ubat tahan sakit yang paling selamat, bersesuaian dengan tahap kesakitan, pada dos yang paling rendah dan untuk jangka masa yang paling singkat.

https://www.facebook.com/100005293095285/videos/1084476415757922

#wawancaratv
#kenaliubatanda

Sumber: Duta Kenali Ubat Anda & Selamat Pagi Malaysia
Aktiviti Pemasangan dan Edaran 'Table Talk' Kempen Speak Out sempena Jelajah ANMS Perlis di Medan Selera Sena, Kangar anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama JKN Perlis dan Majlis Pembandaran Kangar.

Program turut dihadiri Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM bersama dengan 25 Orang MYCHAMPION terdiri daripada sukarelawan COMBI Perlis PEMADAM dan Majlis Belia.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02cvG78oXMW74TPRt863fMyZRHPtfkEJQPYYSpRN5MJJb73ExPXQ9eFhyqWHmV2BYtl&id=100068159346549

#ANMS
#anmsperlis
#perlisjomsihat
#budayahidupsihat
#MalaysiaSihatSejahtera
#karnivalanmsperlis2022
KKM ingin memaklumkan bahawa, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 24/2022 dan ME 25/2022.
Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0%;
Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5%; dan
Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9%.

Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan ke PKRC atau hospital dari ME 8/2022 hingga ME 25/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 (dari 27,247 kes kepada 34,639 kes)

https://kpkesihatan.com/2022/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-25-19-25-jun-2022
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti
❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama