Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Apa pilihan dan tindakan anda sekiranya anak anda lebih gemar makan snek?

Pengambilan snek yang tidak dikawal ini boleh menjejaskan selera makan anak anda dan membuatkan mereka melangkau pengambilan makanan utama.

Ini juga akan menjadi antara penyebab berlebihan berat badan, obesiti dan penyakit yang berkaitannya.

Jadi ikuti sedikit tip ini agar anda dapat membantu si manja untuk kekal sihat dan kuat, juga membesar dengan ceria. 👨‍👩‍👧‍👦
Pemberian dos 1 #PICKids akan dibuka semula sempena sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan 2022 selama 5️⃣ hari bermula 20 hingga 24 Jun 2022. Ibu bapa boleh hadir secara jumpa terus di klinik-klinik kesihatan KKM.

Pemberian ini adalah PERCUMA! Jom dapatkan vaksinasi untuk anak anda.
6 HARI SAHAJA LAGI ..... 😎🤩🥳

Antara aktiviti dalam Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis 2022 yang menarik buat anda semua ialah

"ANMS Fitness Dance"

Gabungan hebat dan mantap Instruktor / Coach Aerobik dari Negeri Perlis .... pelbagai genre

💚Zumba
💙Aerobic
💜Fitness dance
❤️Fun
🧡Kontemporari Tradisional

Instruktor dari Wellness Hub Perlis, Kelab Kecergasan AURA Perlis dan Team Black Red pasti akan menghangatkan suasana petang anda pada

25 Jun 2022
5.00 petang
Dataran Dato' Sheikh Ahmad

Jom ramai ramai kira aerobik di karnival ANMS Perlis 2022 yaaa .... 💃🕺💃🕺
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 DI BAWAH #PICKids PADA 20 HINGGA 24 JUN 2022 SEMPENA MINGGU IMUNISASI KEBANGSAAN
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat 2022 (ANMS) @ Perlis

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada pukul 9.20 pagi bersama Dr. Sirajuddin Hashim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Makanan terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi.

Ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik.

Pilihlah makanan segar dan kurangkan makanan terproses. Ambillah pemakanan mengikut konsep suku suku separuh.
Jangan lupa untuk mengambil 6-8 gelas air kosong sehari. Bersama kita membina #keluargamalaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apa perasan anda hari ini?

Jika anda stres atau resah, kami ingin berkongsi teknik pernafasan dan relaksasi otot yang boleh membantu menenangkan anda.

Mari saksikan dan amalkan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#letstalk
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Jun 2022 (ME 24/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,538,922;
Kumulatif kes sembuh: 4,476,829 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,732 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,015 kluster (kluster aktif: 4 kluster).

Perbandingan antara ME 23/2022 dan ME 24/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 24/2022 menurun sebanyak 2.6% (10,806 kes kepada 10,524 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 24/2022 meningkat sebanyak 27.9% (11,096 kes kepada 14,195 kes);
Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 28.1% (11,076 kes kepada 14,187 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 60.0% (20 kes kepada 8 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 24/2022 menunjukkan penurunan kepada 16.0 % (25 kes kepada 21 kes) berbanding ME 23/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 24/2022 adalah 24,053 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 9.3 % berbanding minggu sebelumnya.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/06/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-24-12-18-jun-2022/ .
SHAH ALAM – Malaysia buat pertama kalinya pada Ahad mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19 sejak lebih 18 bulan lalu yang menyaksikan kes kematian harian di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kali terakhir negara mencatatkan tiada kematian bagi kes Covid-19 adalah pada 18 Disember 2020.

Khairy turut memberitahu bahawa peralihan kepada transisi endemik juga telah diukur dan dipacu dengan data.

“Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Khairy dalam masa sama turut menyeru orang ramai terus berdoa supaya usaha yang dilakukan khususnya dalam menangani Covid-19 melalui peralihan kepada fasa endemik membuahkan hasil.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/207759/KHAS/Covid-19/Covid-19-Malaysia-kembali-catat-sifar-kematian
Kanser ovari merupakan kanser di ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita.

Faktor risiko bagi kanser ovari adalah:
👉 Umur lanjut
👉 Obesiti
👉 Sejarah keluarga
👉 Penggunaan ubat hormon selepas monopaus
👉Individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil

Dikongsikan tanda-tanda kanser ovari untuk panduan.

Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan proses saringan apabila berlaku perubahan pada diri mereka. Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor pakar bertauliah sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan
This is an achievement to the most severe global crisis in our century. The vaccination & all the life-saving interventions conducted past years proven successful. We must continue to invest in our Healthcare towards a sustainable and equitable future.

Congratulations Malaysia!

https://twitter.com/aafaizli/status/1538731440023535617?s=20t
Risiko mendapat jangkitan Cacar Monyet di Malaysia adalah rendah.

Dapatkan rawatan jika anda mengalami ruam yang kelihatan seperti Cacar Monyet dan berkemungkinan terdedah kepada virus.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Wahhh, Kak Min nak bagi teka teki lah!

Hai kawan-kawan 🥳

Jom sertai kuiz Kak Min bersama Didi & Friends!

Jangan buang masa tau.. Jom daftar sekarang. Imbas QR code yang tertera. Hora Horey! 🎉

#didiandfriends #didiXHePiLi #kuizkakmin
Cabaran menangani denggi.

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 21 Jun 2022
Masa : 9.30 pagi
Panel :
Dr. Norazman Mohd Rosli
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kesihatan Mental : Usah Sakiti Diri

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Mastura Mat Rosly, Pakar Psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Pakai pelitup muka terutamanya di ruangan sempit dan sesak dengan orang ramai. Dapatkan vaksinasi lengkap.

Ingat.. pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nak tahu sama ada sesuatu produk kosmetik adalah selamat digunakan?

Jom download aplikasi NPRA Product Status. Anda boleh semak status notifikasi sesuatu produk dan juga boleh menyemak senarai kosmetik yang telah dibatalkan notifikasi kerana mengandungi bahan terlarang!

Sumber: Sahabat Farmasi
Jika anda kenal sesorang yang:

👉Menghidapi penyakit kanser
👉Berumur 40 tahun dan ke atas
👉Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
👉Daripada kumpulan B40
👉Sudah menerima Manfaat 1 - Saringan Kesihatan yang PERCUMA

Beliau layak untuk mendapatkan Manfaat 3 - Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser melalui skim PeKa B40 sebanyak RM1,000.

Jangan lepaskan peluang inisiatif ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Insentif ini dapat meringankan beban kewangan sebuah keluarga semasa dalam tempoh rawatan. Dengan pematuhan kepada rawatan yang dihadapi, ia mampu meningkatkan kadar survival rate untuk penghidap penyakit kanser.

#PeKaB40
#Kanser

Sumber: Protect Health Corporation
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022, sehingga 18 Jun 2022, hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 24/2022, sejumlah 106,477 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 39 kali ganda berbanding jumlah kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,710 kes. Jika dibandingkan dengan 31,500 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 24/2022 (12 hingga 18 Jun 2022) adalah 10,556; menurun sebanyak 19.3% berbanding ME 23/2022 (5 hingga 11 Jun 2022) iaitu 13,077 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME21/2022.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling banyak mengalami HFMD; iaitu 95,175 (89%) adalah kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 9,183 kes (9%).

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Dua (2) kes HFMD yang disahkan dijangkiti EV71 masih di bawah pemantauan rapi di Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis).

Kenyataan Penuh : https://kpkesihatan.com/2022/06/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-24-2022/