Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Jun 2022 (ME 23/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,524,727;
Kumulatif kes sembuh: 4,466,305 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,711 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,015 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 22/2022 dan ME 23/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 23/2022 menurun sebanyak 21.7% (13,797 kes kepada 10,806 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 23/2022 meningkat sebanyak 0.4% (11,052 kes kepada 11,096 kes);
Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 0.5% (11,022 kes kepada 11,076 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 33.3% (30 kes kepada 20 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 23/2022 menunjukkan penurunan kepada 3.8 % (26 kes kepada 25 kes) berbanding ME 22/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 23/2022 adalah 22,013 iaitu terdapat penurunan sebanyak 5.5 % berbanding minggu sebelumnya.

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-23-5-11-jun-2022/
Apakah perbezaan Cacar Monyet, Cacar Air dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Di bawah Program #PICKids, kanak-kanak akan diberikan vaksin Comirnaty dos ke-2 mengikut kategori umur penerima dan formulasi dos seperti dikongsikan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tibi merupakan antara penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi namun ia boleh dicegah dan dirawat.

Kelewatan menjalani saringan dan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#investtoEndTB
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ambil Tahu Penyakit Asma

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Azainorsuzila Mohd Ahad dari Klinik Kesihatan Port Dickson.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Bahayakah HFMD?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 14 Jun 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

YBhg. Dato' Dr. Nor Azimi Yunus
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Hari Penderma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun. Tema yang ditetapkan adalah Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan.

Sambutan ini dilaksanakan bagi menghargai dan mengenang jasa baik penderma darah yang telah menderma darah secara sukarela demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Ketahui komponen darah yang ada di Pusat Darah Negara dan komponen-komponen lain yang dihasilkan daripada pendermaan darah utuh.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Wujudkan tempat isolasi di taska / tadika.

Asing anak jagaan anda jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser semasa berada di pusat jagaan.

Hubungi ibu bapa mereka untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan dengan segera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 23/2022 (pada 11 Jun 2022), sejumlah 95,924 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 36 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,654 kes. Jika dibandingkan dengan kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) iaitu sebanyak 30,880 kes, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 23/2022 sahaja adalah 13,080, menurun sebanyak 22.9 % berbanding ME 22/2022 iaitu 16,954 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 86,230 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 7,878 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,816 kes (2%)

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) disahkan dijangkiti EV71 dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-23-2022/
Derma Darah : Selamatkan Nyawa

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Thane Moze Darumalinggam dan Dr. Murni Hayati Baharom dari Pusat Darah Negara.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ucapan Perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin, YB Menteri Kesihatan Malaysia sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022.

Derma darah, kukuhkan perpaduan.

#WBDD2022

Sumber: Pusat Darah Negara, KKM
Ok … dah book date ka masing masing dengan Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis Tahun 2022 🤩🤩🤩

ok kali ni admin nak reveal aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung selama 2 hari iaitu pada

🔵 25 - 26 Jun 2022
🔵 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
🔵 9.00 Pagi hingga 7.00 Petang

Pakat mai ramai ramai tau ….

Banyak aktiviti menarik
🎁 Banyak Hadiah menarik

Semua ada …. siap ada hadiah Wang Tunai lagi untuk beberapa Pertandingan tertentu, mcm Pertandingan Bento Berkhasiat ….. Buat Bento elok2 mai pamer ja kat Karnival dan berpeluang memenangi hadiah 💰💰💰 woooooowwwwww 🤩🤩🤩🤩🤩

Termasuk untuk Pertandingan Gubahan Bahan Kitar Semula, pakat kitar oi barang kitar semula, jangan dok bagi nyamuk Aedes membiak !!! Buat lawa lawa mai masuk bertanding 😁😁😁

2 Hari Karnival ni jugak kami sediakan booth saringan kesihatan untuk semua rakyat Perlis, senang nak tau risiko kesihatan kita …..

Nak kata apa lagi ni …. banyak aih aktiviti menarik menanti anda, Jom Pakat Mai naaa Karnival ANMS Perlis pada 25 - 26 Jun 2022. Boleh rujuk poster kat bawah 👇🏽👇🏽👇🏽

Set dalam fon ampa semua tau tarikh tu ….

Jom semua #perlisjomsihat #perlishidupaktif #karnivalanmsperlis2022 #anms #anmsperlis

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom semua, pakat-pakat mai naaaa ke Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis 2022 ….. 25 - 26 Jun kat Dataran Dato’ Sheikh Ahmad @OhMyPerlis nanti tolong war-war yer 😁 tq

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Kenali Ubat Sedut Asma (Inhaler)

Pelega

🔵 Digunakan ketika mendapat serangan asma
🔵 Mengembangkan saluran pernafasan
🔵 Melegakan serangan asma dengan cepat

Pencegah

🔵 Perlu digunakan dalam jangka masa panjang
🔵 Mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan
🔵 Mencegah serangan asma yang akan datang

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai Kawan-Kawan 🤗

Kak Min nak pesan ni, jangan lupa tau gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

1)Pada waktu pagi (sebelum sarapan pagi)
2)Pada waktu malam sebelum tidur.

Barulah gigi sentiasa bersih dan sihat. Hora Horey! 😁

#didiandfriends #didiXHePiLi #berusgigi #gosokgigi #kesihatangigi