Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM (2 jawatan).

Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan.

Kelayakan akademik Ijazah Sarhana Muda Seni Reka Grafik / Multimedia dan setaraf dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau yang setaraf.
Siri Jelajah ANMS Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 4-5 Jun 2022. Siri ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Jelajah ANMS akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan. Antaranya saringan kesihatan, DJ corner, pameran 4 Teras ANMS, permainan interaktif dan lain-lain.

Siri Jelajah ANMS ini juga diadakan bersama dengan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan rakan-rakan strategik ANMS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION.

Jangan lupa untuk sertai kami di Siri Jelajah ANMS yang seterusnya. Tunggu.....

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02ojfN31qyAFkqENJVfTD5LJqu97ysi8jFFAwDtcvsXup6fWHXEPRCpC5i6QELUeeHl

#ANMS
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Dikongsikan langkah-langkah bagi mengisi maklumat kesihatan untuk pengembara di aplikasi MySejahtera.

• Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan kes Cacar Monyet (Monkeypox) akan menerima notifikasi makluman kesihatan di aplikasi MySejahtera anda selama 21 hari bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri.

• Makluman kesihatan ini hanya akan terpapar sekiranya borang pra pelepasan dihantar.
Asma adalah penyakit kronik akibat penyempitan saluran pernafasan apabila terdedah kepada pencetus asma. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2011, prevalens asma bagi penduduk Malaysia adalah 6.4%.

Asma yang lambat dikesan menyebabkan rawatan awal tertangguh, meningkatkan risiko komplikasi dan risiko dimasukkan ke hospital, malah boleh mengancam nyawa.

Serangan asma boleh dicetuskan oleh perkara berikut:

o Habuk
o Bulu haiwan peliharaan seperti kucing
o Debunga
o Senaman keterlaluan
o Cuaca sejuk/lembap
o Udara tercemar
o Bahan kimia
o Stres

Komplikasi dan Kematian akibat asma boleh dicegah! Kenali tanda-tanda serangan asma dan dapatkan rawatan segera. Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi secara berkala di klinik berdekatan anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cacar Monyet

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 10.00 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat 2022 (ANMS) @ Langkawi

Dengarkan di Langkawifm esok pada pukul 10.15 pagi bersama Puan Nurul Wahida Osman dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#jelajahANMS
#sihatmilikku
Sambutan Hari Tibi Sedunia

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Betul ke COVID-19 tidak bahaya untuk kanak-kanak?

Tonton perkongsian ibu bapa berkenaan anak mereka dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi disebabkan COVID-19.

Pn. Annapurny :https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/315886140693362

En. Hazrul Hisyam : https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/328250139456962

Tonton juga video dari pakar perubatan dan farmasi di https://immunise4life.my/children-kanak-kanak-covid-19-videos/

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Satu pelan strategik telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghadapi risiko kemasukan kes cacar monyet ke Malaysia. Pengembara yang tiba dari negara yang telah melaporkan kes ini akan menerima Health Alert di MySejahtera selama 21 hari untuk pemantauan kesihatan kendiri. - Khairy Jamaluddin
Cegah HFMD dengan amalan

Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun
Mandi dengan membersihkan keseluruhan anggota badan dengan sabun
Membersihkan barang permainan dengan sabun
Membersihkan permukaan lantai, meja, tandas dan tombol pintu.

Elak membawa anak anda ke tempat sesak. Gunakan pelitup muka bagi melindungi anak anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Facebook Live @tvalhijrah bersama DR VICKNESHWARAN MUTHU (Ketua pegawai Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan berkongsikan tentang penyakit yang tular baru-baru ini, iaitu cacar monyet.

Apakah kesanya sekiranya penyakit ini tidak dicegah?

https://www.facebook.com/tvalhijrah/videos/363350585781564
Can you tell if food is safe to eat by its look and smell
Is food dropped on the floor okay to eat if you pick it up within 5 seconds
Is it safe to thaw frozen food at room temperature

Click to get answers to your #FoodSafety questions. 👇🏽

#WorldFoodSafetyDay

Sumber: WHO