Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
25 Mei 2022 - Batu 11, Cheras

Salam Sejahtera Keluarga Malaysia!

Apa khabar semua?
Pastinya semua masyarakt terutamanya yang bergelar ibubapa semakin berhati-hati dalam memantau anak daripada terkena jangkitan HFMD bukan?
Kes yang kian meningkat ini tentunya menjadi kerisauan bagi ibubapa.

Oleh itu, ayuh kita mengamalkan Teras ke-3 dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat yang sedang gamat berlangsung kini, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. Pastikan keluarga anda sentiasa dalam perlindungan yang maksima, kerana selain wabak COVID-19.. wabak berjangkit yang lain juga perlu dititik beratkan.

Mantapkan kebersihan kendiri untuk hidup yang lebih ceria!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Program Info On Wheels anjuran Jabatan Penerangan Jelebu bersama Pejabat Kesihatan Jelebu berkenaan Penyakit HFMD di Balai Raya Kg Putra pada hari ini.

Sumber: Pejabat Kesihatan Jelebu
HFMD- PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN OLEH PENGUSAHA PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN TADIKA
PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT. NASIHAT KEPADA IBU BAPA AGAR SENTIASA PEKA DENGAN PERUBAHAN KESIHATAN ANAK-ANAK.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum makan untuk mengelakkan dari dijangkiti HFMD.

Sekiranya anak anda dijangkiti,

➡️ Pastikan mereka mendapat rehat secukupnya
➡️ Makan ubat seperti yang ditetapkan untuk mengurangkan tanda dan gejala seperti demam
➡️ Minum banyak air supaya kekal terhidrat

Sentiasa tutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan amalkan kebersihan yang baik untuk mencegah HFMD.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bicara DR
Rabu | 25 Mei 2022 |
9:00 Malam

PENYAKIT TANGAN,KAKI & MULUT (HFMD)

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/981185499251118

Bersama

Dr Tan Yuong Chin
Pakar Pediatrik
Hospital Tuanku Azizah

Zuhairulnizal Khidir
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Afiqah Ahmad Hisham
Ibu bekas pesakit HFMD

Sumber: Berita RTM
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini, secara langsung di FB KKM.

Sidang media petang ini adalah berkenaan:

1) Perkembangan terkini dari World Health Assembly, Geneva,

2) Perkembangan penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD),

3) Pemantauan & status terkini penyakit cacar monyet (monkeypox).
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Dimaklumkan bahawa susulan kenyataan KKM mengenai penyakit monkeypox, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei).

Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan Monkeypox.

Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan NEGATIF Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji.

- KPK KKM -
Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di seluruh negeri giat menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, pencegahan dan sanitasi kawasan-kawasan berisiko bagi menangani penularan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

#ANMS
#kawalankendiri
#sabahsihat

https://www.facebook.com/191870418550/posts/10159355930228551/?d=n

Sumber: JKN Sabah
KES HFMD makin meningkat, usaha mencegah perlu lebih 'menyengat'

Sesi Townhall meeting bersama pengusaha taska/tadika/pusat jagaan kanak-kanak yang di adakan di Auditorium Oriental Nilam College of Nursing & Health Sciences , Pusat Perubatan Klebang mELAKA . melibatkan sebanyak
︎ Taska/Tadika Swasta : 468
︎ Taska/Tadika Kemas : 337
︎ Taska/Tadika Perpaduan : 68

Jabatan Kesihatan akan terus memantapkan usaha untuk memberi pendedahan kepada pengendali atau guru-guru tadika/taska kaedah pengawalan dan pencegahan HFMD serta membincangkan isu-isu yang di hadapi oleh pengendali atau guru-guru tadika/taska kaedah pengawalan dan pencegahan HFMD di taska/tadika.

Ibu bapa juga perlu lebih cakna dalam kerjasama mencegah penularan HFMD.
SAMA SAMA JAGA

#MelakaSihat
#MelakaCegahHFMD

https://www.facebook.com/JabatanKesihatanNegeriMelaka/posts/320408006933991

Sumber: JKN Melaka