Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini.
____________________________

Update the MySejahtera to the latest version (1.1.9) immediately to use the new features of this app.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kenali Talasemia

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Don Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.76. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Resilien ialah keupayaan seseorang untuk menahan atau pulih dengan cepat dari keadaan yang sukar atau mengatasi tekanan perasaan.

Fikir dan bertindak dengan bijak.

Masa depan anda di tangan anda

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#BeResilient
#BerdayaTahan
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Take 5 : Ke Arah Kesejahteraan Mental dan Fizikal

1️⃣ Kekal berhubung
2️⃣ Aktifkan diri
3️⃣ Syukur
4️⃣ Teroka Minat
5️⃣ Beri

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Let's protect our children from the side effects of the COVID-19 virus.

Get vaccinated, kids, it saves lives!

Get your first dose of #PICKids before the final date which is 15 May 2022 (Sunday).

Sumber: Protect Health
Lindungi Kanak-kanak Sebelum PICKids Ditutup, daftarkan anak-anak anda untuk DOS PERTAMA (1'st dose) sebelum dihentikan pada 15 Mei (Ahad) 2022 ini.

Lindung Diri, Lindung Kanak-kanak, Lindung Semua.

Layari laman https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mendapatkan senarai PPV yang menawarkan vaksin untuk #PICKids

Sumber: Protect Health
AWAS dan ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengurangi risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

Ibu-bapa perlu memberikan penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan lima (5) amalan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan HFMD:

1. Penjagaan kebersihan diri.
2. Amalan cuci tangan yang betul.
3. Penjagaan kebersihan.
4. Pemeriksaan/ saringan di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah.
5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.

Semoga bermanfaat.

#SihatSejahteraSyawal
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan. Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau yang setaraf.

Hantarkan permohonan ke [email protected].

Tarikh tutup : 13 Mei 2022 (Jumaat)
10 MEI 2022 - TAMAN SAGA, AMPANG.

Rasanya masih belum terlambat lagi kalau kami nak ucapkan Selamat Hari Raya! 🎉

Rata-rata mesti dah mula bekerja kan? Macam mana momentum lepas raya ni? Hehe..

Walaupun telah banyak SOP yang dilonggarkan bermula 1 Mei yang lepas, kita sebagai rakyat yang prihatin mestilah sentiasa berjaga-jaga agar tidak menjangkiti dan dijangkiti COVID-19. Sentiasa pantau kesihatan kendiri supaya dapat mengelakkan penularan COVID-19.

Kalau dah rasa tak sihat, cepat-cepat lakukan pemeriksaan kesihatan tau! Ingat tuuu..

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Kesihatan Ibu : Kerana Dirimu Begitu Berharga

Sertai sesi TikTok Live esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tuty Aridzan Irdawati dari Sektor Kesihatan Ibu, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Sehingga 21 April 2022, WHO telah menerima 169 kes 'Hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya’ dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 1 bulan hingga 18 tahun.

Sehubungan itu, KKM:

✔️ Telah mempertingkatkan survelan bagi hepatitis akut.
✔️ Protokol rujukan dan pengurusan kes “Hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya” juga sedang dibangunkan.
✔️ Pemantuan situasi kejadian dalam kalangan kanak-kanak akan terus dijalankan
✔️ Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

🚨 Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mengalami gejala berkaitan hepatitis akut seperti yang dikongsikan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERKHIDMATAN PERUBATAN REHABILITASI GEJALA COVID BERPANJANGAN (LONG COVID)