Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 April 2022:

Kes sembuh: 14,346 kes [4,238,471 kes kumulatif (96.7%)];
Kes baharu: 9,705 kes (4,382,402 kes kumulatif);
Kes import: 30 kes [25 warganegara (83.3%); 5 bukan warganegara (16.7%)];
Kes tempatan: 9,675 kes [9,294 warganegara (96.1%); 381 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 134 kes (72 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes (44 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan pada 16 April 2022:

Kategori 1: 4,653 kes (47.95%);
Kategori 2: 5,003 kes (51.55%);
Kategori 3: 16 kes (0.16%);
Kategori 4: 15 kes (0.15%); dan
Kategori 5: 18 kes (0.19%).

Daripada 49 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

17 kes (34.69%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
15 kes (30.61%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
17 kes (34.69%) telah menerima dos penggalak (booster);
29 kes (59.18%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
27 kes (55.10%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (2.04%) adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Hemofilia adalah penyakit yang ada sejak dilahirkan. Ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang.

Bagi pesakit Hemofilia, mereka mengalami kekurangan faktor pembekuan darah. Jadi, penghidap Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun jika mengalami luka kecil.

Tahap keterukan penyakit ini bergantung kepada peratus faktor pembekuan yang berfungsi di dalam darah pesakit.

👉Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

✔️ Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.
Kadar kematian per 100,000 penduduk dewasa mengikut status vaksinisasi jelas membuktikan keberkesanan vaksin dalam mencegah dan menurunkan kadar kematian.

- KPK KKM -
Jika kurang sihat dan bergejala ringan, anda masih perlu asingkan diri. Pantau gejala anda dan dapatkan rawatan jika bertambah teruk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ubat Antiviral Terkini untuk Rawatan COVID-19.

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 7.50 pagi bersama En. Muhammad Faiz Akmal Abdul Ghani, Pegawai Farmasi dari Klinik Kesihatan Air Tawar 2.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Ubat Antiviral Terkini untuk Rawatan COVID-19.

Saksikan di astro AWANI esok pada pukul 8.00 malam bersama En. Fahmi Hassan, Pegawai Farmasi, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pastikan semua ahli keluarga mendapat suntikan dos penggalak terutamanya mereka yang berisiko tinggi bagi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19 yang teruk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
#LindungDiriLindungSemua
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pesakit kronik yang dijangkiti COVID-19 perlu memastikan

☑️ Ubat-ubatan mencukupi dan diambil mengikut saranan Doktor
☑️ Mempunyai kit ujian kendiri COVID-19
☑️ Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, lakukan senaman dan amalkan kesihatan mental yang baik.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 April 2022:

Kes sembuh: 11,233 kes [4,249,704 kes kumulatif (96.8%)];
Kes baharu: 6,623 kes (4,389,025 kes kumulatif);
Kes import: 13 kes [11 warganegara (84.6%); 2 bukan warganegara (15.4%)];
Kes tempatan: 6,610 kes [6,351 warganegara (96.1%); 259 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 126 kes (66 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (43 kes disahkan COVID-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022:

Kategori 1: 2,768 kes (41.79%);
Kategori 2: 3,813 kes (57.58%);
Kategori 3: 15 kes (0.23%);
Kategori 4: 8 kes (0.12%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.28%).

Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

11 kes (26.19%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
17 kes (40.48%) telah menerima dos penggalak (booster);
25 kes (59.52%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Masih ramai keliru dengan hukum pendermaan organ dan tisu selepas kematian sehingga menyebabkan proses menyelamatkan nyawa ini mendapat pelbagai pertikaian dan perselisihan faham.

Fatwa Kebangsaan pada tahun 1970 telah menetapkan bahawa Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah meninggal dunia.

Berikut adalah asas keharusan pendermaan organ:

🔹SEGALA URUSAN ITU MENGIKUT TUJUANNYA
Pemindahan organ dilakukan bagi tujuan menyelamatkan nyawa dan tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat.

🔹KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah.

Pemindahan organ ialah ikhtiar yang diilhamkan oleh Allah kepada manusia sebagai suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran.
"....Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." Al-Baqarah (185)

🔹KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
"...maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah (173)

Ayuh semua usah keliru lagi berkaitan pendermaan organ selepas kematian dan bersama kita memberi harapan kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian melalui pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣, 𝘼𝙣𝙪𝙜𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease 🫀 dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 🧒🏻👧🏻

🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini.
Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda.
Bulan puasa ni macam-macam juadah terhidang di atas meja sama ada kita beli di bazar ramadan atau ada yang memasak.

Rata-rata daripada kita beli atau akan masak lauk berbuka dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lauk ini dapat dibawa untuk dimakan ketika bersahur. Kadangkala lauk yang di beli atau dimasak menjadi basi sebelum tibanya waktu bersahur.

Jom lihat tips yang berguna untuk elakkan makanan anda daripada mudah menjadi basi.

Sumber: BKKM
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗕𝗔𝗥

Apa-apa bahan bercetak tidak boleh digunakan sebagai pembungkus makanan atau sebagai alas (pelapik) yang bersentuhan secara langsung dengan makanan.

Risiko: bahan kimia akan mencemarkan makanan seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan

'Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama'

'Elakkan Keracunan dan Pencemaran Makanan'

Sumber: BKKM, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya yang kebanyakannya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Antara gejala klinikal penyakit ini termasuk:

👉 demam berlarutan lima hari atau lebih
👉 ruam kemerahan pada mata, tangan, kaki, mulut, dan lidah
👉 bengkak kelenjar di leher

Walaupun penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya, namun risiko komplikasi jantung dapat dikurangkan dengan ketara dengan rawatan awal. Dianggarkan, 15-25% daripada mereka yang mengalami penyakit Kawasaki yang tidak dirawat akan mendapat komplikasi jantung.🫀

🏥Oleh itu, segera dapatkan rawatan susulan sekiranya anak anda mengalami gejala penyakit Kawasaki.
18 APRIL 2022 - TAMAN MELATI, KL

Selamat malam, Keluarga Malaysia!

Wah wah, dah kedengaran lagu raya di corong-corong radio. Makin bersemangat nak berpuasa dan menghitung hari untuk sambut raya.

Tapi.. segelintir daripada kita masih belum ambil dos penggalak. Macam mana kita nak menyambut raya dengan yang tersayang kalau kita tidak meletakkan perlindungan optima terhadap COVID-19?

Jom ambil dos penggalak!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat