Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 April 2022:

Kes sembuh: 23,302 kes [4,041,723 kes kumulatif (95.0%)];
Kes baharu: 10,002 kes (4,256,469 kes kumulatif);
Kes import: 98 kes [94 warganegara (95.9%); 4 bukan warganegara (4.1%)];
Kes tempatan: 9,904 kes [9,588 warganegara (96.8%); 316 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 236 kes (103 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 140 kes (55 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 10,002 kes harian yang dilaporkan pada 4 April 2022:

Kategori 1: 5,495 kes (54.94%);
Kategori 2: 4,418 kes (44.17%);
Kategori 3: 30 kes (0.30%);
Kategori 4: 33 kes (0.33%); dan
Kategori 5: 26 kes (0.26%).

Daripada 89 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 April 2022:

31 kes (34.83%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
34 kes (38.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
24 kes (26.97%) telah menerima dos penggalak (booster);
51 kes (57.30%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
60 kes (67.42%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketahui cara-cara menangani hidung berdarah (epistaksis) dalam kalangan kanak-kanak terbitan Jabatan Otolaringologi (ORL) Hospital Serdang.

Sumber: FB Hospital Serdang KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Ramadan.

Amalkan gaya hidup sihat di bulan Ramadan. Salah satu amalan yang mudah dilaksanakan adalah minum air kosong.

Budayakan minum air kosong dalam kehidupan seharian.

Minum air kosong yang secukupnya boleh melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit di bulan Ramadan, membantu dalam menurunkan berat badan, boleh meningkatkan kadar metabolisma badan, mengawal atur suhu badan serta menjadikan badan kekal hidrat dan segar.

Tonton video ini untuk dapatkan tip minum air secukupnya di bulan Ramadan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikkuSalam Ramadan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cadangan untuk berhenti merokok

5 M
Mengukuhkan niat
Menetapkan matlamat
Mengetahui kaedah berhenti merokok
Mendapatkan sokongan
Memohon doa kepada Allah supaya istiqamah dalam tindakan

Panel :
Ustaz Baharuddin Idris
Pegawai Hal Ehwal Islam
Kementerian Sains dan Teknologi

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Seronoknya dapat pergi bazar Ramadan kan...min pun teruja pergi ke bazar Ramadan...macam2 min nak beli hahahaha...tapi min nak pesan antaranya
1) Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah
2) Gunakan repelan
3)Patuhi SOP

Semoga kita tidak dijangkiti demam denggi dan COVID-19...😉😉😉

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minit
#CaridanMusnah

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Dalam Fasa Peralihan Ke Endemik ini, kita semua perlu beralih dari segi pengurusan pandemik COVID-19 ini daripada banyak bergantung kepada intervensi kerajaan kepada pemerkasaan individu, keluarga dan komuniti.
Sebagai mempermudahkan pelaksanaan ini, Kerajaan telah membentuk 1 SOP sahaja, yang merupakan SOP yang dipermudahkan dari 181 SOP Pelan Pemulihan Negara dan ianya di sokong oleh 9 Garis Panduan. SOP ini adalah sebagai panduan kepada rakyat untuk kekal menjalankan pelbagai aktiviti dengan selamat.
Disamping itu, kerajaan akan terus memberi perlindungan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat melalui:

✔️ Memastikan perlindungan berterusan dengan meneruskan PICK
✔️ Mengawal penyebaran kes dengan memastikan FTTIS terus berjalan
✔️ Pemantauan kes-kes COVID-19 secara digital dengan pelaksanaan MySejahtera dan CAC maya
✔️ Memantapkan perawatan dengan membeli ubatan COVID-19.
✔️ Memastikan sistem kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga menghadapi apa-apa kemungkinan.

Kerajaan akan terus menjalankan tanggungjawab, melalui pemantauan walaupun aktiviti penguatkuasaan dikurangkan.

#ReopeningSafely
⚠️ Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh toksin yang terhasil daripada bakteria, virus, atau parasit.

🚨 Kes keracunan makanan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan seterusnya mengancam nyawa.

KKM memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan ingin mengingatkan masyarakat agar mengamalkan 5️⃣ kunci keselamatan makanan seperti yang dikongsikan. Ini bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat.

Jangan lupa, amalkan juga KONSEP LIHAT, HIDU DAN RASA. Elakkan makan sekiranya makanan telah rosak.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan tinjauan berkenaan penerimaan ibubapa /penjaga terhadap vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah umur 17 tahun di Malaysia.

Maklumat dan data yang diperolehi untuk kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja. Sila klik pautan tinjauan di bawah;

https://s1l.cc/LCK

Terima kasih.
Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan.

Saksikan TikTok Live @myhealthkkm bersama Nutritionist Dinie dan Nutritionist Dahlia esok pada pukul 3.00 petang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adakah vaksin COVID-19 selamat untuk anak saya yang mempunyai sejarah sawan?

Jom dengar penjelasan Dr Nik Khairulddin dan Datuk Dr Zulkifli semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3uMsrWL
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berapa ramai yang dah terima vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak?

Jom dengar penjelasan Dr Saidatul Norbaya semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3NG5bSY
Pastikan Kebersihan Makanan Elak Keracunan Makanan.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 10.30 pagi di TV1 bersama Puan Noorhidayah Md Sahray dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Betul ke COVID-19 kurang merbahaya untuk kanak-kanak?

Jom dengar penjelasan Dr Nik Khairulddin semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/37487rx
Kebersihan Makanan di Bazar Ramadan.

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama En. Mohd Hairal Zainal dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Hari Kesihatan Sedunia 2022.

Planet Kita, Kesihatan Kita : Ke arah Udara, Air dan Makanan yang Bersih

Sertai forum anjuran bersama KKM dan WHO bermula 4 petang esok. Imbas kod QR untuk mendaftar.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Apa saja yang mendorong ANDA untuk membantu orang lain, daftar sebagai Juara Menentang COVID-19 dan sertai individu dari seluruh negara membantu sahabat dan keluarga mereka menangani COVID-19. Sepanjang enam minggu, anda akan melakukan 6 misi ringkas yang pantas bersama-sama untuk mendorong perubahan sebenar. Mahu ketahui lebih lanjut? Layari: https://bit.ly/3tSfbk9

#ChampionAgainstCOVID19
---------------------------------------
Whatever motivates YOU to help others, sign up as a #ChampionAgainstCOVID19 and join people across the country helping their friends and family cope with #COVID19. Over 6 weeks, you will take on 6️⃣ quick, simple missions together to drive real change. Want to find out more? Visit: https://bit.ly/3JVuDkQ

#ChampionAgainstCOVID19

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)