Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
It is to informed that
📍PPV Subang Parade
has closed their operation 📢

Kindly head over to the nearest PPV which:

𝗣𝗣𝗩 𝗜𝗗𝗖𝗖 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠:
http://bit.ly/ppvidcc

𝗣𝗣𝗩 𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗮𝗹𝗹:
http://bit.ly/ppvdamen2

⚠️Pay heed if you haven't had your COVID-19 vaccination booster yet.⚠️

Please 𝗰𝗹𝗶𝗰𝗸 𝘁𝗵𝗲 𝗹𝗶𝗻𝗸 above or 𝘀𝗰𝗮𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗰𝗼𝗱𝗲 on the post above to make an appointment for a COVID-19 booster vaccination at 𝗣𝗣𝗩 𝗜𝗗𝗖𝗖 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠 or 𝗣𝗣𝗩 𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗮𝗹𝗹.

We also provide COVID-19 vaccines for kids👧🏻, if your kid has not been vaccinated, please make an appointment now!

Sumber: Protect Health
Pemantauan berterusan penularan Covid-19 menunjukkan perkembangan yang baik dan menyakinkan.

Dapatkan kita rumuskan pada Minggu Epid ke-13 2022;

1. Penurunan kemasukan ke hospital Awam dalam tempoh *ME 13* (pengurangan seramai *2275* pesakit berbanding minggu sebelumnya)

2. Jumlah kemasukan ke hospital menurun. Nisbah cat 1 & 2 turun kepada 10 dari 15 per 100,000 manakala cat 3, 4 & 5 menurun kepada 8 dari 11 per 100,000

3. Dari segi pecahan umur, terdapat penurunan di semua peringkat umur berbanding minggu Epid 12.

4. Kemasukan harian ke ward (cat 3, 4 & 5) turun ke nilai 1.1 per 100,000 berbanding 1.5 di Minggu Epid 12.

- KPK KKM -
Nafas Baru Bermula Ramadan.

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama En. Muzammil Ishak, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
World Health Day : Our Planet Our Health

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Thahiratuhtul Asma' Zakaria from Disease Control Division, MOH

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kekal hidrat di Bulan Ramadan.
Minum air kosong 8 gelas sehari.

1. Selepas bangun tidur
2. Semasa sahur
3. Selepas azan Maghrib
4. Selepas solat Maghrib
5. Semasa mengambil hidangan berat
6. Selepas solat Isyak
7. Selepas solat Terawih
8. Sebelum tidur.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 April 2022:

- Kes sembuh: 20,635 kes [4,018,421 kes kumulatif (94.6%)];
- Kes baharu: 12,380 kes (4,246,467 kes kumulatif);
- Kes import: 462 kes [326 warganegara (70.6%); 136 bukan warganegara (29.4%)];
- Kes tempatan: 11,918 kes [11,408 warganegara (95.7%); 510 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 253 kes (122 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 157 kes (61 kes disahkan COVID-19; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,380 kes harian yang dilaporkan pada 3 April 2022:

Kategori 1: 7,559 kes (61.05%);
Kategori 2: 4,736 kes (38.26%);
Kategori 3: 32 kes (0.26%);
Kategori 4: 20 kes (0.16%); dan
Kategori 5: 33 kes (0.27%).

Daripada 85 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 April 2022:

- 24 kes (28.24%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 33 kes (38.82%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 28 kes (32.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (67.06%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
- 49 kes (57.65%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Dah masuk Ramadhan, ramai yang teruja berbuka puasa dengan membeli makanan secara online.. Namun, jangan lupa tip keselamatan makanan ringkas ni ye.

1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih

2. Amalkan ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan. Jangan makan jika rasa pelik

3. Makan dengan segera. Jangan biarkan makanan lebih dari 4 jam pada suhu bilik

4. Sekiranya hendak makan kemudian, simpan segera ke dalam peti sejuk dalam bekas bertutup

5. Sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit birit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan

Belajar sesuatu hari ini? Jom kongsikan !

Sumber: BKKM
👉 Kita telah pun masuk ke Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022. Marilah kita sama-sama memastikan fasa ini sampai ke penghujungnya dengan selamat.

❤️ Selain dari peranan dan tanggungjawab individu serta keluarga mengamalkan langkah-langkah untuk hidup bersama virus COVID-19, solidariti komuniti merupakan strategi kedua yang perlu ada untuk kita semua melalui fasa ini dengan selamat.

Komuniti perlu menjaga sesama ahli komuniti, sama-sama memastikan langkah pencegahan dipatuhi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada pihak penguatkuasa.

Amalkan #kita jaga kita serta memastikan setiap ahli dilindungi terutamanya golongan rentan, amalkan gaya hidup yang sihat dan pastikan tiada kluster berlaku di komuniti.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Tahun 2022/1443H..

Elakkan keracunan dan pencemaran makanan.Amalkan budaya 3M

1. Mengamalkan M-A-S-A-K
2. Memilih M-B-C
3. Melaksanakan KENDIRI

Elakan keracunan dan Pencemaran Makanan.

Sumber: BKKM
𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Berbincang dan maklumkan hasrat murni kita mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kepada waris supaya mereka maklum.

Perkara ini amat penting dilakukan kerana bagi memastikan waris kita mengetahui dan dapat memenuhi hasrat murni kita dengan memberi kebenaran jika diperlukan pada masa depan.

Pusat Sumber Transplan Nasional mendapati cabaran utama pendermaan organ di Malaysia adalah kebenaran waris.

Majoriti kes rujukan berpotensi pendermaan organ dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran waris untuk pendermaan organ.

Antara sebab utama waris tidak membenarkan pendermaan organ adalah tidak mengetahui hasrat si mati untuk menjadi penderma organ selepas kematian.

Undang-undang di Malaysia telah menetapkan waris perlu memberi kebenaran bertulis sebelum pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan.

Walaupun seseorang telah berikrar sebagai penderma organ selepas kematian tetap perlu mendapatkan kebenaran waris bertulis sebelum perolehan dilaksanakan.

Ayuh semua Keluarga Malaysia kita berbincang dengan waris dan mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

Maklumkan kembali kepada waris setelah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

'𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓 𝑲𝒊𝒕𝒂, 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒏𝒊𝒂'

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 3 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terdapat 4,000 jenis bahan kimia di dalam rokok maka rokok adalah haram kerana kebanyakan para ulama menilai rokok ini daripada sudut berapa banyak kesan mudaratnya kepada manusia.

Rokok boleh membawa kepada 25 jenis penyakit berbahaya seperti kanser.

Jom mulakan berhenti merokok di bulan Ramadan. Kukuhkan niat dan tetapkan matlamat untuk berhenti merokok.

Panel :
Ustaz Baharuddin Idris
Pegawai Hal Ehwal Islam
Kementerian Sains dan Teknologi

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bulan Ramadan kali ini pastinya amat bermakna kepada seluruh warga Malaysia memandangkan negara telah memasuki fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022.

Namun, KKM ingin mengingatkan masyarakat agar sentiasa mengamalkan penilaian risiko kendiri semasa menjalankan aktiviti harian terutamanya yang melibatkan interaksi ramai orang seperti membeli belah dan mengunjungi bazar. 4️⃣ faktor utama apabila membuat penilaian risiko kendiri adalah keadaan lokasi, masa, penjarakan dan pelitup muka

Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesabaran, keikhlasan, ketakwaan, dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

#ReopeningSafely
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[MySJ Video Tutorial Series #7: Traveller Module - Pre-departure]

Want to know how to fill in the Pre-departure Form and get your Travellers Card in MySejahtera App? Follow these simple steps in the video.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
MySejahtera Video Tutorial Series #8: Traveller Module Part 2 (On Arrival)

Watch this video to know more about the on-arrival procedures for travellers entering Malaysia.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
COVID-19 : Dua Juta Vaksin Tidak Lengkap

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 5 April 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Rosnah Ramly
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku