Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PROTOKOL AM PENGEMBARA UMUM PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA MENGGANTIKAN INISIATIF LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE -VTL) MELALUI PENGANGKUTAN UDARA ANTARA MALAYSIA DENGAN KEMBOJA, SINGAPURA DAN THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
BORDER OPENING GENERAL PROTOCOL FOR COMMON TRAVELLERS TO REPLACE VACCINATED TRAVEL LANE (VTL) BY AIR INITIATIVE BETWEEN MALAYSIA AND CAMBODIA, SINGAPORE AND THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
Adakah kanak-kanak di bawah umur 6 tahun perlu mengisi Borang Pra Pelepasan sebelum melawat Malaysia? Jawapannya ialah ya!

Sila rujuk infografik ini.

----------------------------

Do children under the age of 6 need to fill in the Pre-Departure Form before visiting Malaysia? The answer is yes!
Please refer to this infographic.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Perniaga di Bazar Ramadan pastikan perkara berikut di lakukan sebelum dan semasa berniaga di lakukan bagi memastikan makanan yang di sediakan bersih dan selamat.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara Jemaah.

Namun, adalah diingatkan bahawa Jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan COVID-19 dalam kalangan Jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama.

#ReopeningSafely
Pada 1 April 2022, Malaysia akan membuka semula sempadan negara. Pengembara perlu mematuhi semua tatacara pra-pelepasan dan selepas ketibaan. Pengembara yang lengkap vaksin akan menerima Kad Pengembara biru sementara pengembara yang tidak lengkap atau tidak divaksin akan menerima Kad Pengembara merah.
On 1st April 2022, Malaysia will reopen its borders. Travellers should adhere to all pre-departure and on arrival procedures. Travellers who are fully vaccinated will receive blue Traveller Card while travellers who are partially or not vaccinated will receive red Traveller Card.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 31 Mac 2022:

- Kes sembuh: 18,253 kes [3,960,082 kes kumulatif (94.2%)];
- Kes baharu: 18,560 kes (4,201,919 kes kumulatif);
- Kes import: 187 kes [175 warganegara (93.6%); 12 bukan warganegara (6.4%)];
- Kes tempatan: 18,373 kes [17,550 warganegara (95.5%); 823 bukan warganegara (4.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 267 kes (128 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 164 kes (79 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 18,560 kes harian yang dilaporkan pada 31 Mac 2022:

Kategori 1: 9,473 kes (51.04%);
Kategori 2: 8,962 kes (48.29%);
Kategori 3: 47 kes (0.25%);
Kategori 4: 37 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 41 kes (0.22%).

Daripada 125 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 31 Mac 2022:

- 34 kes (27.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 50 kes (40.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 41 kes (32.80%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 67 kes (53.60%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 66 kes (52.80%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Tabata at Home

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Tandek esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Trisha dan Coach Fitri.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyV + IFitEr 1.0) telah dianjurkan secara maya tahun ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Program ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bermula 22 Januari 2022 selama 10 minggu.

Petikan Berita : Buletin TV3

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, terus pakai pelitup muka, amalkan TRIIS dan ambil dos penggalak dan vaksin kanak-kanak untuk terus melindungi diri, keluarga dan komuniti.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia is open for international travellers again today. Find out what you need to do when you arrive in Malaysia. This applies to all travellers except those travelling from Singapore who are exempted from on-arrival testing. Visit mysafetravel.gov.my for more info.

#ReopeningSafely