Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
1 Hour Johor Clean Up merupakan satu daripada agenda Kempen Johor Perangi Denggi, di mana aktiviti selama sejam ini bermula seawal 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hari ini 25 September 2021 aktiviti 1 Hour terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di negeri Johor. Gambar aktiviti menunjukkan penyertaan masyarakat dari beberapa daerah seperti Mersing, Tangkak, Pontian, Segamat, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Kulai. Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti 1 hour pada kali ini. Semoga aktiviti ini memberi inspirasi kepada kita semua dalam usaha berterusan melawan denggi.

#johorperangidenggi

Sumber: JKN Johor
[14 November 2021] Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan Kursus Kepimpinan COMBI Negeri Johor 2021. Peserta seramai 60 orang terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi COMBI Daerah, Timbalan Pengerusi COMBI Daerah, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari COMBI Daerah. Kursus bertujuan memperkasakan peranan para Pemimpin COMBI dalam pengurusan dan pelaksanaan Program COMBI di peringkat daerah. Selain daripada sesi informatif berkaitan isu-isu denggi, kepimpinan dan best practise aktiviti COMBI. Mesyuarat Khas Pengerusi-Pengerusi dan Perbincangan Panel bersama para ahli jawatakuasa COMBI Daerah turut diadakan bagi merencana aktiviti COMBI tahun 2022.

#johorperangidenggi
#combijohor

Sumber: JKN Johor
Jika kita bercerita tentang role-model atau suri teladan menjaga kesejahteraan persekitaran, maka Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Tangkak layak mendapat gelaran tersebut dan wajar diberi pengiktirafan. Apa yang mereka lakukan? Selain aktif melaksanakan Program COMBI, KRT di kawasan ini sentiasa aktif dan tidak ketinggalan melaksanakan Program 1 Hour Johor Clean Up pada Sabtu minggu ke-3 setiap bulan, di mana 22 daripada 36 KRT Zon Tangkak melaksanakan Program 1 Hour Johor Clean Up pada 20 November 2021 yang lalu. Muafakat itu berkat, syabas dan terima kasih kepada semua KRT yang terlibat kerana Program 1 Hour Johor Clean Up telah menjadi budaya sihat kepada para penghuni di KRT masing-masing. Semoga memberi inspirasi kepada semua !

1. KRT Kg Gelugor
2. KRT Kg Felda Sri Ledang
3. KRT Kesang
4. KRT Taman Pelangi
5. KRT Kebun Baru
6. KRT Taman Sagil Jaya
7. KRT Kg Solok
8. KRT Bukit Kangkar
9. KRT Parit Bunga
10. KRT Sg Mati
11. KRT Serom 6 Luar
12. KRT Taman Syed Nasir
13. KRT Kg. Felda Sri Jaya
14. KRT Kg Serom 2
15. KRT Serom
16. KRT Tangkak D
17. KRT Bukit Gambir A
18. KRT Sagil
19. KRT Sengkang Bt 19
20. KRT Tangkak A
21. KRT Grisek
22. KRT Bandar Baru Tangkak

#1hourjohorcleanup
#johorperangidenggi

Sumber: JKN Johor
Program 1 Hour Johor Clean Up yang diadakan pada hari Sabtu minggu Ke-3 pada setiap bulan, jam 9-10 pagi berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Johor. Syabas kepada semua! Semoga program ini terus mendapat sambutan pada tahun 2022.

Foto: Aktiviti 1 Hour Johor Clean Up pada 18 Disember 2021 di 24 Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tangkak.

#1hourjohorcleanup
#johorperangidenggi
[24 Mac 2022] Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kolaborasi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Sukarelawan COMBI Daerah Johor Bahru dan Pengurusan PPR Kempas Permai mengadakan Sesi Taklimat Program Kawalan Denggi Melalui Pelepasan Nyamuk BerWolbachia. Taklimat dihadiri oleh Ketua-Ketua Blok dan beberapa orang wakil. Projek Pelepasan Nyamuk BerWolbachia akan diadakan di PPR Kempas Permai pada tahun ini. Justeru itu, beberapa siri taklimat kepada penduduk mengikut blok akan diadakan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

#10minithapuskanaedes
#johorperangidenggi

https://www.facebook.com/100069889014251/posts/264339039239061/?d=n