Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Morbiditi dan mortaliti akibat jangkitan COVID-19 masih berlaku.

COVID-19 masih merupakan penyakit yang berbahaya bagi sesetengah golongan.

Bersama-sama kita lindungi golongan berisiko tinggi ini dengan memastikan mereka dan orang sekeliling mematuhi SOP dan menerima vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Fasa peralihan ke endemik akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan meningkat terutamanya bagi kumpulan individu dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-kanak yang belum divaksinasi.

Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, bermula 1 April nanti, sempadan negara akan dibuka, kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga lewat malam dan saf solat jemaah juga sudah tidak ada lagi penjarakan.

Bagi memastikan kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan dengan selamat, pastikan anda telah menerima vaksinasi dos penggalak bagi yang layak dan pastikan juga anak-anak anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Data bagi setiap 100,000 populasi menunjukkan kadar kematian warga emas akibat COVID-19, terutamanya bagi yang belum menerima vaksinasi lengkap ataupun yang belum menerima dos penggalak, adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain dan juga berbanding mereka yang telah menerima dos penggalak.

Lindungilah diri sendiri dan lindungilah keluarga serta seluruh komuniti dengan mendapatkan dos penggalak. Vaksinasi mampu melindungi diri dan individu berisiko tinggi termasuk warga emas daripada jangkitan serius COVID-19.
MyV+IFitEr merupakan intervensi menurunkan berat badan secara maya selari dengan norma baharu bermula 22 Januari hingga 1 April 2022.

Hanya 600 peserta yang berjaya melayakkan diri untuk mengikuti program ini.

Sesi latihan dijalankan setiao hari dan dikendalikan oleh 12 orang jurulatih selama 10 minggu intervensi.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 2 – Terus amalkan langkah pencegahan

Virus COVID-19 boleh tersebar apabila aerosol atau titisan yang mengandungi virus disedut atau mencemari mata, hidung atau mulut individu yang merupakan kontak rapat.

Penularan juga boleh berlaku apabila individu menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut.

👉 Dikongsikan langkah kesihatan awam mudah yang perlu terus diamalkan semasa fasa Peralihan ke Endemik. Ia mampu mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.

😷 Jalankan tanggungjawab kita, teruskan amalan ini bagi mencegah jangkitan COVID-19.
FAKTA atau MITOS

Dikongsikan fakta bagi menangani mitos dan salah faham tentang GARAM.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Warga emas masih berisiko tinggi terhadap gejala serius COVID-19 jika tidak menerima dos penggalak. We need to protect our elderly. So please, if you love them, convince them to get boosted.

- YB Khairy Jamaluddin -
Kurangkan Garam Elakkan Penyakit

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 18 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Rosnah Ramly
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ISU KANDUNGAN NITRIT DALAM PRODUK SOSEJ DI THAILAND
Normalisasikan Norma Baharu : Mudah Tapi Selamat

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 18 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi

Panel :
Dr. Yessy Octavia Misdi
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Amalkan langkah-langkah pencegahan yang boleh melindungi anda dari dijangkiti Covid-19. Pastikan anda memakai pelitup muka dengan betul, amalkan penjarakan physical jika boleh, buka tingkap untuk pengudaraan yang baik, cuci tangan dgn sabun atau sanitiser serta dapatkan vaksin & dos penggalak. Buat pilihan tepat untuk lindung diri dan lindung semua.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Endemik bermaksud virus masih wujud tetapi merebak pada tahap yang lebih rendah dan wabak masih boleh berlaku.

Penyakit yang endemik masih memerlukan program kawalan penyakit yang mantap untuk mengurangkan jangkitan, mengurangkan morbiditi dan mengurangkan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Wellness on Wheel merupakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile yang memudahkan keluarga Malaysia akses kepada perkhidmatan ini.

Perkhidmatan WoW digerakkan ke seluruh pelusuk Negara dengan menyediakan perkhidmatan yang interaktif dan menarik.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 Mac 2022:

- Kes sembuh: 29,450 kes [3,596,453 kes kumulatif (91.6%)];
- Kes baharu: 27,004 kes (3,927,437 kes kumulatif);
- Kes import: 719 kes [676 warganegara (94.0%); 43 bukan warganegara (6.0%)];
- Kes tempatan: 26,285 kes [25,196 warganegara (95.9%); 1,089 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 373 kes (152 kes disahkan COVID-19; 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 225 kes (97 kes disahkan COVID-19; 128 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,004 kes harian yang dilaporkan pada 17 Mac 2022:

Kategori 1: 11,163 kes (41.34%);
Kategori 2: 15,642 kes (57.92%);
Kategori 3: 63 kes (0.23%);
Kategori 4: 72 kes (0.27%); dan
Kategori 5: 64 kes (0.24%).

Daripada 199 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 17 Mac 2022:

- 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 82 kes (41.21%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.

😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.

Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.

Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.

#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#ReopeningSafely