Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dos penggalak tidak menjadikan kita kebal terhadap jangkitan Covid-19, tetapi dapat mengurangkan keparahan apabila dijangkiti.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 18 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Februari 2022;

Kes sembuh: 11,744 kes (2,888,194 kes kumulatif, 92.0%)
Kes baharu : 26,701 (3,138,215 kes kumulatif);
Kes import : 132 kes [70 warganegara (53.0%); 62 bukan warganegara (47.0%)];
Kes tempatan : 26,569 kes [25,919 warganegara (97.6%); 650 bukan warganegara (2.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 216 kes (98 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 141 kes (55 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes;

Kategori 1 : 6,103 kes (22.86%);
Kategori 2 : 20,480 kes (76.70%);
Kategori 3 : 77 kes (0.29%);
Kategori 4 : 19 kes (0.07%); dan
Kategori 5 : 22 kes (0.08%).

https://kpkesihatan.com/2022/02/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 17 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 26,701 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,138,215 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,858 (875,886)
Johor - 2,856 (293,469)
Sabah - 4,794 (292,545)
Sarawak - 278 (255,302)
W.P. KL - 1,419 (235,479)
Kedah - 3,243 (204,718)
Kelantan - 1,783 (196,104)
Pulau Pinang - 1,999 (186,495)
Perak - 486 (139,413)
Negeri Sembilan - 739 (130,223)
Pahang - 1,096 (113,793)
Melaka - 720 (90,164)
Terengganu - 515 (89,924)
W.P. Labuan - 447 (12,938)
W.P. Putrajaya - 183 (12,258)
Perlis - 285 (9,504)

Sumber: COVIDNOW
STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN IBU HAMIL DI MALAYSIA

1. Sejak Mac 2020 sehingga Januari 2022, sejumlah 18,277 kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil telah dilaporkan di Malaysia. Bilangan ini merupakan 0.64% daripada jumlah keseluruhan bagi jangkitan COVID-19 yang dilaporkan bagi tempoh yang sama. Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022 (Rujuk Rajah 1).

2. Sejak pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, sejumlah 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19, di mana kesemua kematian dilaporkan berlaku pada tahun 2021. Pada tahun 2022, iaitu sehingga 15 Februari 2022; tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan.

3. Bagi tahun 2021, kemuncak bagi kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan COVID-19 ialah pada bulan Julai (31 kes), Ogos (77 kes), dan September (44 kes). Kes kematian semakin menurun pada bulan Oktober (12 kes), November (3 kes), dan tiada kes kematian bagi Disember 2021 (Rujuk Jadual).

4. Analisa data kematian menunjukkan 79% daripada kes kematian tidak menerima vaksin COVID-19 manakala sebanyak 83% daripada kes kematian mempunyai komorbid. Selain itu, masalah berat badan (berat badan berlebihan atau obesiti) juga merupakan faktor risiko yang kerap dilaporkan.

5. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 ialah liputan vaksinasi yang tinggi (94.7%) dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021. Berdasarkan pencapaian kempen Ibunisasi, data sehingga akhir Oktober 2021 menunjukkan sebanyak 94% daripada ibu hamil yang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan daripada jumlah tersebut, 91% telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

6. Pesanan kepada ibu hamil dalam mencegah jangkitan serta komplikasi COVID-19:

a. Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

b. KKM menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19. Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta yang terpilih bagi mendapatkan janji temu awal.

c. Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi oleh ibu hamil dan ahli keluarga:-
- Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
- Amalkan norma baharu serta mematuhi standard operating procedure (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19; Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
- Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.

d. Sekiranya telah disahkan positif COVID-19, semua ibu hamil perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) untuk menjalani penilaian oleh doktor. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan.

e. Sekiranya ibu hamil dibenarkan menjalani kuarantin dirumah, lakukan pemantauan kendiri. Jika gejala semakin merosot, ibu perlu segera ke CAC atau hospital.

f. Jika berlaku kecemasan, boleh hubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan.

- KPK KKM -
Berhati-hati apabila membeli pensanitasi tangan (hand sanitizer).

🔎 Semak dahulu sebelum beli.

👉 Layari https://www.npra.gov.my/ atau muat turun aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store untuk semakan.

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
National Pharmaceutical Regulatory Agency - NPRA
Tabata.

Well done is better than well said.

Sertai sesi FBLive anjuran wellness hub Alor Setar esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Akram.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
Penyakit Tibi boleh membawa maut.

Sekiranya anda batuk kering secara tiba-tiba, demam, hilang deria rasa dan sukar bernafas, anda mungkin dijangkiti COVID-19.

Ambil perhatian berkenaan tindakan pesakit TB semasa pandemik.

Kontak Tibi perlu membuat pemeriksaan untuk mengesan jangkitan Tibi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#investtoEndTB
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (PDNKKM) dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan layak untuk mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual di atas.
Pengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 19-20 Februari 2022.

Kiosk Bantuan MySejahtera ini menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Pengumuman mengenai Kiosk Bantuan MySejahtera untuk PPV industri akan diumumkan nanti.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022.

Penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 disumbangkan oleh liputan vaksinasi yang tinggi melebihi 90% dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021.

Oleh itu, KKM menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19.

Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta yang terpilih bagi mendapatkan janji temu awal.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati ibu hamil dan ahli keluarga agar terus patuh kepada SOP dan norma baharu bagi mencegah jangkitan COVID-19. 👨‍👩‍👧‍👦

🤰Ini kerana ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

🤰Sekiranya ibu hamil positif COVID-19, sila hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi penilaian risiko kesihatan.
PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA DI WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR.

Bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir ke kiosk bantuan MySejahtera.

Sila rujuk infografik di bawah.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Perhatian kepada pengunjung yang ingin ke Kiosk Bantuan MySejahtera pada hujung minggu ini, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Tabata.

Jangan lupa sertai sesi FBLive anjuran wellness hub Alor Setar pada pukul 10.00 pagi nanti bersama Coach Akram.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku