Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 7,912 kes (2,876,450 kes kumulatif, 92.5%)
Kes baharu : 27,831 (3,111,514 kes kumulatif);
Kes import : 118 kes [60 warganegara (50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)];
Kes tempatan : 27,713 kes [27,049 warganegara (97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (105 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 116 kes (53 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sehingga 16 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes (3,111,514 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,647 (870,028)
Johor - 2,606 (290,613)
Sabah - 5,082 (287,751)
Sarawak - 307 (255,024)
W.P. KL - 1,726 (234,060)
Kedah - 2,961 (201,475)
Kelantan - 1,914 (194,321)
Pulau Pinang - 2,142 (184,496)
Perak - 423 (138,927)
Negeri Sembilan - 1,460 (129,484)
Pahang - 948 (112,697)
Terengganu - 465 (89,409)
Melaka - 596 (89,444)
W.P. Labuan - 297 (12,491)
WP Putrajaya - 143 (12,075)
Perlis - 114 (9,219)

- KKM -
Lonjakkan Kes COVID-19 : Perkukuh SOP dan Kawalan Diri

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.30 pagi di TV1 bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Hak Masyarakat untuk Udara Bersih

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 17 Februari 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku
Kepentingan Menjaga Buku Rekod Bayi & Kanak-kanak

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 17 Februari 2022
Masa : 10.30 pagi

Panel :
Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasri
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.32. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan inisiatif daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan khususnya untuk menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan yang sihat.

Ketahui langkah-langkah gaya hidup sihat lebih lanjut di FB Wellness Hub KKM.
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 - Majlis Perasmian Oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan yang dipancarkan secara langsung dari Institut Kanser Negara.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/521403925939124
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tegur rakan anda sekiranya berlaku pelanggaran SOP.

Terus amalkan norma baharu demi melindungi rakan-rakan dan komuniti kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Sehingga 7 Feb 2022 336,848 warga emas (11.5%) telah dijangkiti wabak Covid-19. Seramai 32,034 kematian telah dilaporkan di mana sebanyak 19,646 (61.3%) kes kematian Covid-19 adalah melibatkan warga emas. Lindungi warga emas daripada jangkitan Covid-19.

Sehingga 7 Feb 2022 seramai 3,335,309 (96%) warga emas telah lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19 dan 2,258,521. (67.7%) warga emas telah menerima dos penggalak. Lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak.

- KPK KKM -
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM.
VOC Omicron telah mengakibatkan peningkatan kes harian COVID-19 di banyak negara, bukan sahaja di Malaysia. Setakat 15 Februari 2022:
- Malaysia mencatatkan kes sebanyak 629.75 kes per satu juta penduduk.
- Singapura ( 2,078.76 kes/ 1 juta penduduk)
- Korea Selatan (1,173.96 kes/ 1 juta penduduk)
- UK (970.95 kes/ 1 juta penduduk)
- Japan (663 kes/ 1 juta penduduk)
- Thailand ( 220.59 kes/ 1 juta penduduk)

Jumlah dos penggalak per 100 penduduk

Seperti di Malaysia, negara-negara lain seperti Singapura, Korea Selatan, UK, Australia, Thailand, Japan, dan Indonesia juga mengalami peningkatan kes COVID-19 walaupun terdapat peningkatan juga pada jumlah dos vaksinasi penggalak yang diberikan.

Situasi ini dilihat berkemungkinan disebabkan oleh penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkiti berbanding varian-varian yang lain, pergerakan penduduk yang kian meningkat susulan pemulihan kegiatan sosial dan ekonomi dan juga pematuhan kepada kawalan kendiri (termasuk pemakaian pelitup muka)

- KPK KKM -
- Setakat ini, kes COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan harian yang dicatatkan adalah jauh lebih rendah berbanding kes harian COVID-19

- Ini sangat berbeza dengan sewaktu kemuncak gelombang varian Delta

- Sebanyak 116 kes harian dicatatkan pada 15 Februari 2022 (gelombang Omicron) berbanding 934 kes dicatatkan pada 6 Ogos 2021 (gelombang Delta).

- KPK KKM -
Siasatan terperinci yang dijalankan oleh Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 daripada 42 kes kematian yang dikaitkan dengan pemberian dos penggalak yang diterima Kementerian Kesihatan tidak mempunyai sebab musabab bersabit dengan vaksin berkenaan. 20 kes lagi masih dalam siasatan dan menunggu laporan lengkap.

- KPK KKM -
Pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 kebiasaannya hanya perlu kuarantin di rumah. Namun, terdapat juga mereka yang dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu.