Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Vaksin COVID-19 tidak selamat dan kesan sampingan yang serius kerap berlaku. Mitos atau Fakta?

COVID-19 vaccines are not safe and serious side effects are common. Myths or Facts?

Sumber: JKJAV
Kesihatan Mental : Post-traumatic Stress Disorder (PTSD), pencegahan dan rawatan

Sertai Live TikTok sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Meskipun semasa kes diuji & baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pd kategori yg rendah (e.g hari ini 99.65% kes dilaporkan kategori 1 & 2 semasa diagnosa), namun dlm hari-hari berikutnya ada kes yg boleh merosot ke kategori yg lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke PKRC/hospital.

Sehingga 5PM 16 Februari 2022, kes COVID-19 yang baharu dimasukkan ke hospital adalah 1,269 kes. Daripada 1,269 kes ini:
• 428 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 841 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

- KPK KKM -
Pada 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 16 Februari 2022;
• 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 27,734 kes (99.65 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)
Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)
Kategori 3 : 59 kes (0.21%)
Kategori 4 : 28 kes (0.10%)
Kategori 5 : 10 kes (0.04%)

- KPK KKM -
Sehingga 5 PM 16 Februari 2022:

- Bilangan pesakit COVID-19 katil bukan kritikal dan ICU meningkat manakala pesakit PKRC menurun hari ini berbanding semalam.

- Penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19, 2 negeri iaitu Johor (61%) & W.P Kuala Lumpur (50%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%.

- Manakala penggunaan katil bukan ICU bagi kes COVID-19, 9 negeri iaitu Selangor (97%), Kelantan (88%), Perak (85%), Perlis (84%), Sabah (82%), W.P. Putrajaya (79%), Johor (79%), W.P. Kuala Lumpur (71%) & Pulau Pinang (54%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%.

- Bagi Katil PKRC, 9 negeri iaitu Melaka (100%), Selangor (82%), Negeri Sembilan (79%), Pahang (71%), Kelantan (67%), Sabah (64%), Johor (63%), Kedah (62%) & Perak (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.

- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 109 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator adalah 4.05% bagi pesakit COVID-19 dan 37% jika termasuk kes bukan COVID-19.

Data terkini akan dikemaskini di laman COVIDNOW pada 11.59 malam.

- KPK KKM -
We have prepared for the herd immunity approach following our high vaccination coverage and natural immunity from those recovered from the covid-19 infection. We have to ride on this omicron storm and hopefully the storm will pass soon and we move to endemicity

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 7,912 kes (2,876,450 kes kumulatif, 92.5%)
Kes baharu : 27,831 (3,111,514 kes kumulatif);
Kes import : 118 kes [60 warganegara (50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)];
Kes tempatan : 27,713 kes [27,049 warganegara (97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (105 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 116 kes (53 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sehingga 16 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes (3,111,514 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,647 (870,028)
Johor - 2,606 (290,613)
Sabah - 5,082 (287,751)
Sarawak - 307 (255,024)
W.P. KL - 1,726 (234,060)
Kedah - 2,961 (201,475)
Kelantan - 1,914 (194,321)
Pulau Pinang - 2,142 (184,496)
Perak - 423 (138,927)
Negeri Sembilan - 1,460 (129,484)
Pahang - 948 (112,697)
Terengganu - 465 (89,409)
Melaka - 596 (89,444)
W.P. Labuan - 297 (12,491)
WP Putrajaya - 143 (12,075)
Perlis - 114 (9,219)

- KKM -
Lonjakkan Kes COVID-19 : Perkukuh SOP dan Kawalan Diri

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.30 pagi di TV1 bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Hak Masyarakat untuk Udara Bersih

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 17 Februari 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku
Kepentingan Menjaga Buku Rekod Bayi & Kanak-kanak

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 17 Februari 2022
Masa : 10.30 pagi

Panel :
Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasri
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.32. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan inisiatif daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan khususnya untuk menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan yang sihat.

Ketahui langkah-langkah gaya hidup sihat lebih lanjut di FB Wellness Hub KKM.
Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 - Majlis Perasmian Oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan yang dipancarkan secara langsung dari Institut Kanser Negara.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/521403925939124
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tegur rakan anda sekiranya berlaku pelanggaran SOP.

Terus amalkan norma baharu demi melindungi rakan-rakan dan komuniti kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku