Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
💪 Pemakanan yang baik dan gaya hidup sihat adalah sangat penting semasa proses pemulihan selepas sembuh daripada jangkitan COVID-19 kerana badan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dengan baik.

Pemakanan sihat dengan seimbang dan pelbagai amatlah penting bagi mendapatkan kembali nutrien-nutrien yang diperlukan badan bagi proses pemulihan ini.

Dikongsikan langkah-langkah yang boleh diambil semasa proses pemulihan dalam menyokong sistem imuniti dan terus kekal bertenaga.

Dapatkan bantuan daripada pakar perubatan dan pemakanan sekiranya perlu.
Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:

30 kes (20.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
79 kes (54.1%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
1 (0.7%) kes adalah kes ibu mengandung
58 kes (39.7%) berumur 60 tahun dan ke atas;
46 (31.5%) kes mempunyai penyakit komorbid; dan
15 (10.3%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (1.4%) adalah kes BID

- KPK KKM -
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi (atau sebaliknya) lalu dimasukkan ke hospital.

Sehingga 15 Februari 2022, kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,432 kes. Daripada 1,432 kes ini:

505 kes ( 35.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
927 kes ( 64.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
25 kes baharu telah dimasukkan ke ICU dan 1407 kes baharu telah ditempatkan di katil biasa.
Pada yang sama, 984 kes COVID-19 telah didiscaj daripada ICU dan katil biasa di hospital.

Antara sebab-sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospitaladalah:

Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);
Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
Kes-kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi;
Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);
Kemasukan melalui wad kecemasan;
Keadaan rumah yang kurang bersesuaian;
Kes kanak-kanak;
Dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
Demam berpanjangan dan kelesuan
Mempunyai penyakit kronik
Tiada penjaga

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 7,584 kes (2,868,538 kes kumulatif, 93.0%)
Kes baharu : 22,133 (3,083,683 kes kumulatif);
Kes import : 80 kes [30 warganegara (37.5%); 50 bukan warganegara (62.5%)];
Kes tempatan : 22,053 kes [21,604 warganegara (98.0%); 449 bukan warganegara (2.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 194 kes (103 kes disahkan COVID-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 120 kes (55 kes disahkan COVID-19; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kepentingan Menjaga Buku Rekod Bayi & Kanak-kanak

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Puan Rohaya Ramli dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Lawan COVID-19 : Kekal Aktif Semasa Pandemik

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 11.15 pagi bersama En. Mohd Akram Ahmad Sabri dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya..

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
PICKids : Perlindungan Kepada Anak Anda

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Thiyagar Nadarajaw dari Hospital Sultanah Bahiyah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Sehingga 15 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,133 kes (3,083,683 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 3,862 (863,381)
Johor - 2,780 (288,007)
Sabah - 4,374 (282,669)
Sarawak - 284 (254,717)
W.P. KL - 1,215 (232,334)
Kedah - 2,649 (198,514)
Kelantan - 1,598 (192,407)
Pulau Pinang - 1,681 (182,354)
Perak - 558 (138,504)
Negeri Sembilan - 684 (128,024)
Pahang - 836 (111,749)
Terengganu - 453 (88,944)
Melaka - 546 (88,848)
W.P. Labuan - 311 (12,194)
WP Putrajaya - 108 (11,932)
Perlis - 194 (9,105)

- KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.33. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kesihatan Mental : Post-traumatic Stress Disorder (PTSD), pencegahan dan rawatan

Jangan lupa saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang nanti bersama Puan Masyitah Minhad, Pegawai Psikologi (Klinikal) dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
📈 Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) bagi tahun 2011, 2015 dan 2019 menunjukkan beban penyakit tidak berjangkit (NCD) bagi penyakit Diabetes menunjukkan tren peningkatan yang membimbangkan.

Pada tahun 2019, dianggarkan 3.9 juta atau 1 daripada 5 orang berumur 18 tahun ke atas menghidap Diabetes dan dalam kalangan jumlah tersebut, satu daripada dua pesakit tidak mengetahui bahawa mereka menghidap Diabetes.

Pengesanan awal Diabetes amat penting bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan optimum secepat mungkin.
Jadikan saringan kesihatan sebagai satu rutin setiap tahun.

🩸JADI, JANGAN BERLENGAH. LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN HARI INI.

@ Wellness Hub KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terus amalkan norma baharu seperti pakai pelitup muka, jaga jarak dan cuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer walaupun telah mengambil vaksin COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 11 FEBRUARI 2022