Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan saringan kanser kolorektal, payudara, serviks (pangkal rahim) dan mulut secara percuma di fasiliti kerajaan.

Ayuh, mari lakukan saringan 🎗️

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa 💜

#supportworldcancerday2022 #closethecaregap #mywcd2022virtualrun
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia
menganjurkan Larian Virtual sepanjang bulan Februari ini.

Mari bersama-sama menyertai acara larian ini untuk kekal aktif dan mengamalkan pembudayaan
gaya hidup sihat serta menunjukkan sokongan anda kepada pesakit dan pejuang kanser.

Klik di sini untuk pendaftaran  https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
#mywcd2022virtualrun
Faktor risiko penyakit kanser yang boleh diubah adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain.

Lima faktor risiko boleh diubah yang utama adalah:

1. Penggunaan tembakau atau merokok 🚬
2. Pengambilan alkohol 🍾
3. Kurang aktiviti fizikal
4. Pemakanan tidak sihat
5. Berat badan berlebihan atau obesiti

Hindari diri anda dari faktor-faktor risiko ini.

Jangan biarkan diri anda mempunyai risiko yang lebih tinggi dari orang lain.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
🎗️ Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia. Menurut World Health Organisation (WHO), 30%-50% penyakit kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.

📢 Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser?
1. Berhenti merokok 🚭
2. Kerap bersenam 🏃🏻
3. Amalkan pemakanan sihat 🥗
4. Kurangkan pengambilan alkohol 🙅🏻‍♂️
5. Ketahui tanda dan gejala kanser 📚
6. Dapatkan vaksinasi 💉:
• Vaksin Hepatitis B untuk mencegah kanser hati
• Vaksin HPV (Human Papilloma virus) untuk mencegah kanser serviks bagi remaja yang berumur 13 tahun

Mari kita sama-sama mengamalkan pembudayaan hidup sihat dan kekal aktif! 💜

#SupportWorldCancerDay2022 #ClosetheCareGap #mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)