Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hari Kanser Sedunia

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Punitha Arinima dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Hari Kanser Sedunia

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 3 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Selamat Hari Kanser Sedunia 2022.

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

#WorldCancerDay
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dos penggalak diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Ia bertujuan untuk memastikan imuniti yang telah dibentuk semasa menerima dos lengkap dapat dikekalkan pada tahap optimum daripada risiko jangkitan COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hai kawan-kawan, siapa dekat sini berumur 5 hingga 11 tahun?

Pssst, jangan takut tau untuk ambil Vaksin Covid-19.

Kalau dah ambil, barulah badan jadi lebih sihat dan boleh bermain bersama kawan-kawan yang lain 🥳

#DidiandFriends
#DidixHePiLi
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HARI KANSER SEDUNIA
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kanser adalah penyebab keempat kematian tertinggi yang dilaporkan di hospital kerajaan dan penyebab utama kematian di hospital swasta.

Menurut laporan The Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016, tiga kanser tertinggi di Malaysia tanpa mengira jantina adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal / usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2022.
Tema: Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia.

Mari berganding bahu dan bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah dan mengawal beban yang dihadapi akibat kanser serta mengurangkan jurang penjagaan yang wujud.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pada 4 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,234 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Terima kasih kepada pesakit positif COVID-19 yang kekal mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin.

Melindungi keluarga dan komuniti anda daripada COVID-19 adalah tindakan yang bijak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan. Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital.
Kanak-kanak terlantar di rumah boleh mendapatkan vaksin COVID-19 di rumah. Sila hubungi klinik kesihatan terdekat dan berikan butiran kanak-kanak OKU tersebut.

Children who are bedridden can get their COVID-19 vaccine at home. Please contact the nearest health clinic and provide details of the disabled or special needs children.

#PICKids
#LindungDiriLindungSemua
Although the number of cases is expected to rise in next couple of days and weeks, due to the high transmisibility of Omicron variant, It causes a less severe form of the disease in those who had full vaccination and taken their booster shot.

Our high vaccination and booster rates have resulted in less patients in category 3,4 and 5. Today of 7.234 cases reported only 73 patients (or 1%) in category 3,4 and 5. More importantly 7,161 (99%) of the patients were in category 1 and 2. It shows that vaccine works.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 5,254 kes (2,799,608 kes kumulatif, 96.7%)
Kes baharu : 7,234 kes (2,895,014 kes kumulatif);
Kes import : 234 kes [92 warganegara (39.3%);142 bukan warganegara (60.7%)];
Kes tempatan : 7,000 kes [6,754 warganegara (96.5%); 246 bukan warganegara (3.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 118 kes (81 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 57 kes (34 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,478 kluster;
Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,132 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 346 kluster.

Daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
73 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,161 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/