Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sekalung penghargaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia buat COMBI PASDEC Makmur, Pahang atas pelaksanaan program untuk komuniti.

PROGRAM PEMERKASAAAN PEMBUDAYAAAN NORMA BAHARU OLEH MYCHAMPION EKK COMBI
PASDEC MAKMUR


Tarikh : 17/10/2021
Masa. : 8.30 AM - 12.00 PM
Tempat : Taman Perumahan Pasdec Makmur,Indera Mahkota 2, Kuantan Pahang

Pengisian :
1. Edaran Pamplet
2. Menampal sticker MyChampion - Amalan Norma Baharu di Premis perniagaan
3. Pemasangan bunting / banner
4. Hebahan Norma Baharu

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EKK COMBI MyCHAMPION atas kerjasama dan sentiasa menyahut seruan KKM memberi khidmat terbaik untuk kesedaran masyarakat dalam menghadapi COVID-19.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Baru diimunisasi dan berasa tidak sihat? Ia mungkin kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI). Pastikan anda melaporkannya.

Maklumkan ahli profesional kesihatan di fasiliti kesihatan anda untuk membuat laporan AEFI bagi pihak anda;

ATAU

Anda juga boleh ke laman sesawang NPRA www.npra.gov.my untuk melaporkan kesan sampingan sendiri menggunakan borang yang disediakan secara atas talian atau menghantar borang laporan melalui emel, pos atau faks. Anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan ahli profesional kesihatan tentang kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

#ReportSideEffects
#MedSafetyWeek

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
𝐔𝐒𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐊𝐒𝐈𝐍 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat dalam Talian untuk mendidik orang awam tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian. Melalui tag line #biarbetuliklanni!, pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya akan iklan-iklan ubat dan pelbagai testimoni yang meragukan di internet.

Kini, terdapat segelintir individu yang menjual produk kesihatan dikatakan dapat merawat jangkitan COVID-19. Malah, produk yang didakwa sebagai vaksin COVID-19 juga didapati telah dijual melalui platform e-dagang dan media sosial.

𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫

Semua produk farmaseutikal termasuk vaksin di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM sebelum dipasarkan kepada pengguna. Sehingga 2 Mac 2021, KKM telah meluluskan pendaftaran bersyarat kepada tiga produk vaksin COVID-19. Produk-produk ini ialah COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection, CoronaVac Suspension for Injection (Sinovac) dan COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection.

Kesemua vaksin ini akan digunakan bagi proses vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sepanjang program ini, proses penerimaan, agihan, simpanan dan pemberian vaksin dijalankan di fasiliti yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya termasuklah fasiliti kesihatan kerajaan dan beberapa fasiliti kesihatan swasta yang terpilih. Akses kepada vaksin dikawal oleh petugas kesihatan yang diberi kuasa dengan bantuan pasukan keselamatan.

Tiada vaksin COVID-19 lain yang diluluskan pendaftaran untuk dijual kepada orang awam. Produk yang dijual sebagai vaksin COVID-19 dalam internet berkemungkinan besar adalah palsu. Orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah peniaga yang mengambil kesempatan.

𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧

Vaksin COVID-19 tergolong dalam kategori Ubat Terkawal. Secara umumnya, Ubat Terkawal tidak dibenarkan untuk dijual secara dalam talian. Pembekalan Ubat Terkawal kepada pesakit memerlukan preskripsi yang sah daripada doktor yang merawat. Ubat Terkawal boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad A.

Hanya produk daripada kategori ubat am (over the counter), sediaan tradisional dan produk kesihatan tambahan sahaja yang boleh dijual secara dalam talian. Produk-produk ini pula boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad X bagi ubat am, T bagi sediaan tradisional dan N untuk produk kesihatan tambahan.

𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦

Orang awam disarankan untuk menyemak status produk sebelum membeli produk-produk yang dijual dalam talian. Status pendaftaran produk boleh disemak melalui laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA) di alamat www.npra.gov.my, dengan menggunakan fungsi Carian Produk (Product Search). Semakan juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar NPRA Product Status. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple App Store.

Selain itu, orang awam hendaklah mengenal pasti premis fizikal penjual dalam talian. Syarikat yang membuat jualan produk kesihatan perlu dipastikan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial atau penjual dari luar negara.

Usah terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis termasuklah yang melibatkan jangkitan COVID-19, penyakit kronik serta peningkatan fungsi seksual. Orang awam perlu berwaspada dengan iklan yang mengandungi kenyataan seperti ‘terbaik’, ‘berkesan’, ‘dijamin selamat’ dan ‘mujarab’.
Sekiranya mengetahui sebarang penjualan produk kesihatan secara dalam talian yang menyalahi undang-undang, orang awam digalakkan membuat aduan melalui Portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my/.
𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧

Membeli atau menggunakan produk palsu yang dijual sebagai vaksin COVID-19 berisiko menyebabkan kesan serius kepada kesihatan. Orang awam hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih produk kesihatan yang dijual dalam talian.
Oleh yang demikian, bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, orang awam yang menepati kriteria digalakkan mendaftar sebagai penerima vaksin. Dapatkan maklumat lanjut tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan daripada laman web www.vaksincovid.gov.my.

Disediakan oleh:
𝘕𝘶𝘳 𝘈𝘵𝘪𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘠𝘢𝘢𝘬𝘶𝘣
𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
&
𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘚𝘩𝘢𝘩𝘪𝘳𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘈𝘣𝘥 𝘎𝘩𝘢𝘱𝘢𝘳
𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
Sehingga 1 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes (2,476,268 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Dos penggalak diberikan secara sukarela kepada penerima vaksin sinovac dan pfizer yang layak bermula 22 Oktober 2021.

Individu akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Mengapa anda perlu mengambil suntikan dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19?

Disediakan juga versi bahasa Mandarin dan bahasa Iban.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Tip mengurangkan acrylamide di dalam makanan.

Sumber: BKKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,299 kes (2,380,060 kes kumulatif, 96.1%);
Kes baharu : 4,626 kes (2,476,268 kes kumulatif);
Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 4,620 kes [4,440 warganegara (96.1%); 180 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 301 kes (220 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,776 kluster;
Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,365 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 411 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
94 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Golongan yang diberi keutamaan untuk mendapat suntikan dos penggalak :

Petugas barisan hadapan
Individu berumur 60 tahun ke atas
Individu dengan komorbid tanpa mengira peringkat umur

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Speak Out : COVID-19 dan Perokok
Jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 dalam kalangan perokok lebih tinggi berbanding bukan perokok.
Do the right thing, quit smoking.
Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan.

https://www.youtube.com/watch?v=DiEn0zMln28&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=8

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu (3 November 2021) sehingga Mac tahun depan.

Ini persiapan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir.

#banjir
#sihatmiliķku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)