Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,607 kes (2,340,390 kes kumulatif, 95.8%);
• Kes baharu : 5,726 kes (2,442,224 kes kumulatif);
• Kes import : 15 kes (9 warganegara; 6 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 5,711 kes [5,489 warganegara (96.1%); 222 bukan warganegara (3.9%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 598 kes (512 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 308 kes (219 kes disahkan COVID-19 ; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
• Jumlah kluster : 5,735 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,229 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 506 kluster.

Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/10/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tolong patuhi arahan larangan merokok di tempat awam

Berikutan arahan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan merokok di tempat awam, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dipatuhi orang ramai.

Sejak Januari lalu sehingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan melibatkan perokok dan pemilik premis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

KKM memberi jaminan bahawa lebih banyak operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas ini di seluruh negara agar pematuhan terhadap undang-undang merokok di tempat awam sentiasa dipatuhi.

Di sini saya juga ingin berkongsikan beberapa gambar aktiviti penguatkuasaan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong di Wilayah Persekutuan pada 23 Oktober lalu dan PKD Johor Bahru di Johor, semalam.

Untuk operasi di sekitar Kepong Sabtu lalu, sebanyak 20 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan lima ke atas pemilik kedai yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

Bagi operasi di Johor Bahru semalam pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas pemilik.
Selain itu, sebanyak empat notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat-tempat lain.

Saya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan larangan merokok di tempat awam bukan sahaja demi keselesaan bersama, tetapi lebih penting demi kesejahteraan dan kesihatan semua pihak.

- YB Menteri Kesihatan -
Kepentingan Imunisasi Kanak-kanak

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 27 Oktober 2021
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
COVID-19 : Vaksin Percubaan Klinikal

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Encik Chew Chun Keat, Pegawai Farmasi dari Institut Penyelidikan Klinikal, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
Kesihatan Yang Sihat Bermula dengan Pemakanan

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Encik Mohammad Affendy Mhd Akhir, Pegawai Pemakanan dari Klinik Kesihatan Lojing.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Walaupun telah lama tidak berjumpa dengan rakan baik, kekal patuh dengan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka dan jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐊𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐋𝐎𝐓 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄

Vaksin COVID-19 digunakan untuk merangsang sistem imun tubuh supaya boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19 apabila terdedah kepada koronavirus. Vaksin COVID-19 mengandungi antigen, contohnya jujukan genetik mRNA, viral vektor dan virus nyahaktif.

Di Malaysia, lima jenis vaksin COVID-19 keluaran lima syarikat telah didaftarkan secara bersyarat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Vaksin tersebut ialah Pfizer BioNTech (Comirnaty), Sinovac Life Sciences dan Pharmaniaga Life Sciences (CoronaVax), AstraZeneca (Vaxzevria), CanSino Biologics Inc. (Convidecia) dan Janssen-Cilag International (Janssen COVID-19 Vaccine).

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Bermula 14 Disember 2020, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah melaksanakan laluan pendaftaran fast-tract bersyarat untuk vaksin COVID-19. Bagi membolehkan akses segera kepada vaksin ini. Mekanisme pendaftaran priority review diperkenalkan untuk tujuan ini. Langkah ini dapat mempercepat kelulusan vaksin COVID-19 di negara ini secara risk-based approach tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Sebelum didaftarkan, vaksin perlu dipastikan mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa. Proses pendaftaran vaksin melibatkan saringan permohonan, penerimaan pendaftaran, penilaian produk, pembentangan penilaian produk dan penjanaan nombor pendaftaran.

Tempoh penilaian permohonan lengkap bagi pendaftaran vaksin COVID-19 telah dipendekkan daripada 245 hari bekerja kepada 120 hari bekerja. Tempoh ini dikira bermula dari tarikh priority review dimohon hingga tarikh kelulusan pendaftaran bersyarat.

Penilaian dossier vaksin COVID-19 yang hendak didaftarkan adalah berdasarkan garis panduan daripada Pihak Berkuasa Regulatori Kebangsaan negara-negara lain. Antaranya seperti World Health Organization (WHO), European Medicines Agency (EMA), US Food and Drug Administration (FDA) dan International Council for Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH).

𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧

Tujuan utama pendaftaran ubat-ubatan dan vaksin di Malaysia adalah untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Vaksin yang berkualiti dihasilkan di fasiliti yang mematuhi keperluan aspek Amalan Pengilangan Baik. Pemegang pendaftaran vaksin juga perlu memastikan terdapat kawalan bagi bahan mentah dan proses pengilangan yang menepati spesifikasi.

Selain itu, aspek keselamatan juga menjadi elemen utama penilaian pendaftaran. Manfaat daripada penggunaan vaksin yang didaftarkan hendaklah melebihi risiko yang dijangka serta disokong oleh data keselamatan. Pemegang pendaftaran dikehendaki merangka pelan pengurusan risiko bagi setiap vaksin tersebut. Vaksin yang dinilai juga perlu dibuktikan dapat menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan dan memberi perlindungan daripada penyakit.

𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐭 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞

Lot release ialah proses yang dijalankan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA) bagi setiap kelompok vaksin COVID-19 yang telah berdaftar sebelum vaksin tersebut boleh digunakan di Malaysia. Lot release penting untuk memastikan vaksin dihasilkan secara konsisten serta mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan semasa pendaftaran.

Lot release melibatkan penilaian dokumen Lot Summary Protocol (LSP), pemeriksaan rangkaian sejuk dan pengeluaran Sijil Lot Release. LSP adalah dokumen yang mengandungi ringkasan proses pembuatan dan keputusan ujian bagi setiap lot vaksin. Sebelum vaksin tersebut diimport, pemegang pendaftaran perlu mengemukakan LSP kepada NPRA.

Pemeriksaan rangkaian sejuk dilakukan di lokasi pertama penerimaan vaksin, sama ada di gudang pengimport atau di fasiliti kesihatan yang menerima vaksin COVID-19 terus daripada pemegang pendaftaran.
Sekiranya keperluan lot release dipenuhi, NPRA akan mengeluarkan Sijil Lot Release bagi kelompok vaksin tersebut. Kelompok vaksin yang belum menerima Sijil Lot Release akan disimpan atau dikuarantin sementara sehingga mendapat kelulusan NPRA.

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦

NPRA sentiasa memastikan maklumat yang lengkap dikemukakan bagi setiap permohonan pendaftaran vaksin COVID-19. Data dan maklumat ini dapat memastikan hanya vaksin yang berkualiti, berkesan dan selamat akan diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat. Orang ramai tidak perlu bimbang atau meragui status keselamatan vaksin memandangkan vaksin tersebut telah dinilai dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya oleh NPRA.

Maklumat berkaitan vaksin COVID-19 boleh diperoleh daripada laman web [email protected]. Sebarang pertanyaan lanjut tentang ubat-ubatan boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian 1800-88-6722, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Disediakan oleh :
𝘚𝘪𝘵𝘪 𝘕𝘶𝘳𝘶𝘭 𝘍𝘢𝘵𝘩𝘪𝘩𝘢𝘩 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶𝘥𝘪𝘯
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘯𝘢𝘯
𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪,
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
Speak Out : Katakan TIDAK kepada penjual rokok dan perokok
Katakan TIDAK kepada penjual rokok dan perokok yang bangga menunjukkan mereka merokok di media sosial.
Speak out, suarakan hak anda.

https://www.youtube.com/watch?v=5I0v3BnZMCU&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=2

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ikut langkah berikut untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital dalam MySejahtera bagi mereka yang mempunyai kad/dokumen vaksinasi luar negara.

Pastikan anda memuat naik kad/dokumen vaksinasi luar negara yang lengkap.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Adakalanya apabila kita jatuh sakit, Doktor akan berikan ubat Antibiotik sebagai rawatan. Apabila di kaunter farmasi pula kita akan diarahkan untuk mengambil ubat Antibiotik ini sehingga habis walaupun kesihatan kita telah kembali pulih.

Apakah antibiotik ini sebenarnya? dan mengapa kita perlu habiskan pengambilan antibiotik walaupun kita telah sihat semula? Jom bersama-sama kami di PKD Klang dalam slot "Bual Bicara Farmasi" pada 27 November (Rabu) jam 11.00 Pagi secara Facebook LIve untuk mendengar kupasan isu ini oleh dua orang ahli panel iaitu Dr. Norasnita Nordin (Pakar Perubatan Keluarga-FMS) & Pn. Michelle Cheang Ching Ye (Pegawai Farmasi) daripada Klinik Kesihatan Kapar. Sesi ini akan dikendalikan oleh Tn. Hj. Sulaiman Mahbob yang merupakan lantikan "Duta Kenali Ubat Anda" bagi PKD Klang.

Orang awam dijemput untuk berikteraksi bersama-sama ahli panel dengan bertanyakan soalan berkaitan antibiotik semasa sesi live ini. Semoga bermanfaat buat semua.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=205678791686178&id=100067321754775