Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda tidak bersendirian!

Suarakan niat anda. Talian ini akan membantu anda berhenti merokok.

#speakout
#expressyourright
#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Keperluan Asas Ketika Kecemasan.
Ketahui keperluan asas sebagai persediaan untuk menghadapi Banjir.
Penyakit Polio.

Saksikan dalam rancangan Selamat Malam Malaysia pada pukul 11.00 malam nanti di TV1.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penting menjaga keselamatan dan kesihatan diri ketika musim banjir yang sedang melanda negara ini. Ikuti langkah-langkah pencegahan semasa banjir.
Polio.

In Malaysia again after 27 years.

Tune in to traxxfm at 11.15 a.m.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Penyakit Polio.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita di Astro Prima 105 / Astro Prima HD 121 pada pukul 12.00 tengah hari nanti.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Musim cuti sekolah ni anak-anak di rumah banyak minum air manis atau air kosong?🤔

Jangan lupa ingatkan anak-anak untuk lebihkan minum air kosong tau..

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Dengarkan sesi wawancara "Rawatan HIV Memberi Sinar Baharu Kepada Pesakit" di Radio Selangor Fm petang nanti jam 3.15 petang, 100.9fm (Lembah Klang) atau secara online menerusi applikasi "RTM Mobile" . Saudari Aliza Bt Alias (Pegawai Farmasi) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua

#kenaliubatanda
Jangkitan leptospirosis bergantung kepada pendedahan yang berlaku antara manusia dengan haiwan atau persekitaran yang tercemar dengan bakteria Leptospira sama ada melalui aktiviti harian, pekerjaan atau rekreasi.

Oleh itu, semasa musim tengkujuh ini, anda tidak digalakkan bermain air banjir. Tutup bekas makanan dan cuci tangan sebelum menjamah makanan.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini rupanya maksud pelekat tag warna di buku pink mengandung.

Putih - tiada risiko. Boleh bersalin di Hospital kecil/daerah. Follow-up mengandung dengan jururawat

Hijau, Kuning, dan Merah perlu bersalin di Hospital yang mempunyai pakar. Perlu followup dengan doktor dan/atau doktor pakar.
Dr Hanif Zailani akan ke udara di Nasional FM pada 17 Disember 2019, Selasa jam 10.15 pagi dan akan membicarakan Penyakit Polio. Jangan lupa mendengar rancangan ini.
Saksikan Dr Maria Suleiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit KKM di rancangan Malaysia Hari Ini pada 17 Disember 2019, Selasa jam 8.30 pagi dimana beliau akan membicarakan mengenai Penyakit Polio.
Tepat jam 12 malam pada 31 Disember 2019, maka berakhirlah tempoh Penguatkuasaan Pendidikan bagi larangan merokok di premis makanan terbuka.

Sejak peraturan baharu itu dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, KKM telah memberi tempoh setahun bagi mendidik orang ramai terutama perokok mematuhi dan membiasakan diri dengan larangan itu.

Bermula 1 Jan 2020, peraturan larangan merokok di premis makanan terbuka itu berkuatkuasa sepenuhnya. Perokok yang ingkar arahan boleh dikenakan kompaun RM250.

Sekiranya gagal membayar kompaun itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang ini bukan bertujuan menghukum apatah lagi mendikriminasikan golongan perokok, tetapi lebih kepada menjaga kepentingan golongan bukan perokok yang turut terdedah kepada bahaya asap rokok.

Asap rokok mengandungi racun dan menjadi salah satu punca utama kepada 22 penyakit kanser terutama Kanser Paru-paru.

Peraturan baharu itu juga sebagai kesedaran kepada perokok supaya berhenti tabiat merbahaya itu.

Sejak peraturan baharu itu dilaksanakan, bilangan perokok yang mendapatkan bantuan daripada Perkhidmatan Berhenti Merokok yang disediakan di klinik dan hospital kerajaan, hospital swasta dan farmasi terpilih semakin bertambah. (jomquit.moh.gov.my)

Biarpun anda belum berjaya berhenti merokok, tetapi anda perlu ada kesedaran sivik yang tinggi dan sikap tolenrasi untuk tidak merokok di premis terbuka.

Kesedaran dan perubahan sikap adalah kunci utama kepada peraturan baharu ini.

Jika anda ke premis makanan tertutup (berhawa dingin), anda pasti tidak akan merokok. Amalkan juga kesedaran sebegini di premis terbuka.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tahukah anda, semua premis makanan perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983 telah memperuntukkan bahawa semua premis makanan WAJIB DIDAFTARKAN dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pendaftaran adalah percuma. Jom lawati laman web fosimdomestic.moh.gov.my untuk pendaftaran.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan