Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dengarkan sesi wawancara "Penyakit Polio & Vaksin" di Radio Sinar Fm padi esok (18 Disember 2019) jam 8.00 am, 96.7fm (Lembah Klang). Saudara Fahmi Hassan (Pegawai Farmasi) & Dr Hazlina Yahaya Aliza (Pegawai Perubatan) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua

#kenaliubatanda
Jadual Kempen Derma Darah
18 Disember 2019 (Rabu)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tun Dr Siti Hasmah, isteri Perdana Menteri Malaysia & penaung Program Immunise4Life, mengimbas kembali zaman di mana ramai kanak-kanak dijangkiti polio. Mujurlah zaman tersebut telah berakhir - sehingga baru-baru ini apabila penyakit tersebut muncul kembali di Tuaran, Sabah. Mari ambil langkah berjaga-jaga dan beri anak kita vaksinasi untuk melindungi mereka.
Saksikan Rancangan "Analisis" di TV Al-Hijrah pada pukul 9.00 malam dengan topik Vaksin 2.0 : Polio Kembali.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Darah Tak Pernah Cuti.

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Luangkan 10 minit Cari dan Musnahkan tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah.

Tiada Aedes, Tiada Denggi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Jadual Kempen Derma Darah
20 Disember 2019 (Jumaat)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
TIPS SEBELUM MENDERMA DARAH?

Kena buat persediaan ke kalau nak derma darah?

Pernah kah anda bertanya soalan ini?

Ya, ada beberapa persediaan yang anda perlu lakukan sebelum menderma darah.

Pastikan check list anda disemak sebelum hadir ke lokasi menderma!

#jomdermadarah
#darahtakpernahcuti
5 GRAM = 1 SUDU TEH = 2000 Mg SODIUM

Saranan pengambilan GARAM sehari

Dalam masakan pagi, petang dan malam dah campur sos tiram, kicap, MSG & garam..

Petang makan keropok lekor cicah sos cili semangkuk...

Makan nasi pulak mesti kena ada sambal belacan & kicap..

Makan buah pun letak serbuk asam/ kicap pedas..

Belum lagi kalau tambah makan kuih-muih, kek & segala jenis pastri ( mengandungi sodium bikarbonate)

Agak-agak berlebihan tak mengambilan garam sehari🤔

#sedaptaksemestinyamasin
#kurangkangaram
Penguatkuasaan penuh larangan merokok di premis makanan akan bermula pada 1 Januari 2020.

Ketahuilah bahawa larangan merokok ini BUKAN bertujuan untuk menghukum perokok, tetapi bertujuan untuk MELINDUNGI masyarakat dari bahaya asap rokok.

Jika ada yang masih berdegil, mahu merokok di kawasan orang ramai sedang makan, tindakan penguatkuasaan akan dilakukan.

#Restart2020

Sumber: Public Health Malaysia
Jom lindungi diri kita dan ahli keluarga kita daripada digigit nyamuk Aedes...

#gigitankecilbawamaut
#TiadaAedesTiadaDenggi
#Caridanmusnah
Suatu perkembangan yang positif untuk melihat lebih ramai doktor dan anggota kesihatan dari golongan muda bangkit dan bersuara bagi membidas pembohongan dari kumpulan antivaksin 💪🏻💪🏻

Berhadapan dengan mereka secara terus akan membantu untuk memahami segala taktik, helah dan perkara perkara yang sering mereka bangkitkan.

Ini juga akan menggalakkan anda untuk mendalami ilmu pengetahuan dan memperincikan fakta berasaskan kajian dan bukti yang sahih.

Apabila berkonfrontasi dengan mereka, anda mungkin dibuli , cuba dimalukan dan diperlekehkan oleh kumpulan antivaksin. Kekalkan prosfesionalisma, keep cool dan jangan takut, jemu untuk terus educate dan membidas antivaksin.

WHO telah meletakkan antivaksin sebagai ancaman kesihatan awam utama setara dengan E Bola, Pencemaran udara dan Keringangan Antibiotik.

Bersama kita menghentikan ancaman ini 💪🏻

Sumber: Public Health Malaysia
Jadual Kempen Derma Darah
23 Disember 2019 (Isnin)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020.

Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.
Water Borne Diseases.

Dengarkan di Traxxfm pada 11.15 pagi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK