Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 7th July 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 7 Julai 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,481 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 7 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 72 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, di mana semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dua (2) kes penularan di dalam negara juga melibatkan warganegara Malaysia yang merupakan kes saringan di tempat kerja, di mana satu (1) kes adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes dari Selangor. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/07/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kekal aktif di mana-mana sahaja!

Ikuti sesi Live Workout bersama Coach Wan dan Coach Arijan pada pukul 11.00 pagi nanti dengan aktiviti Relax n Stretch.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/337665003914188/

#sihatmilikku
#kekalaktif
#walkthetalk
Amalkan pembacaan label makanan berkenaan kandungan garam.

🧂 Dikurangkan Natrium
🧂 Rendah Natrium
🧂 Sangat Rendah Natrium
🧂 Bebas Natrium

#SedapTakSemestinyaMasin
Antara masalah yang dikenal pasti dialami oleh pengguna aplikasi MySejahtera adalah

⚠️ Paparan check-in beku di halaman check-in
⚠️ Tidak dapat menjalankan penilaian lokasi
⚠️ Tiada SIM kad atau nombor telefon yang aktif
⚠️ Tiada akses Internet
⚠️ Kemaskini status risiko COVID-19

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/2693526800859745/
Kes positif mengikut negeri (setakat 08/07/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 08/07/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 8th July 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 8 Julai 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
KLUSTER COVID-19 TERBESAR DI MALAYSIA TAMAT PADA HARI INI (KLUSTER SERI PETALING)

KKM dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa, kluster COVID-19 terbesar di Malaysia, iaitu Kluster Perhimpunan Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini. 4 bulan telah berlalu sejak kluster ini mula dikesan dan hari ini tamatlah tempoh 28 hari sejak kes terakhir kluster ini dilaporkan (iaitu kes ke-8367) pada 11 Jun 2020 yang lalu. Hari ini sememangnya merupakan hari yang amat bermakna bagi Negara yang telah kita mengharunginya bersama.

Berikut adalah ringkasan Kluster Seri Petaling:

• Kluster ini telah dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di sebuah masjid di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut telah berlangsung dari 27 Februari sehingga 3 Mac 2020 dan telah dihadiri seramai 16,000 orang (iaitu 14,500 warganegara Malaysia dan 1,500 bukan warganegara dari pelbagai negara lain).

• Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 (iaitu seminggu selepas perhimpunan berakhir), iaitu kes ke-131 dan kes ke-136. Mereka adalah warganegara Malaysia dari negeri Pahang dan Negeri Sembilan yang telah hadir perhimpunan tersebut.

• Kluster ini besar kemungkinan berpunca dari luar negara dan kemudiannya tular melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran dan kontak kepada kes yang positif.

Sehingga 8 Julai 2020:

• 42,023 individu telah disaring, 3,375 kes positif COVID-19 (iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia)
• Kluster dan sub-kluster di bawahnya dikesan di 7 buah negeri
• Melibatkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara (28 buah negara)
• Kes tidak bergejala: 2,187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif kluster ini
• 87 pesakit telah dirawat di ICU. Daripada jumlah ini, 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
• Seramai 3,341 individu telah sembuh (kadar sembuh 98.9 peratus
• 34 kematian telah dilaporkan dalam kluster ini (iaitu 28.1 peratus daripada kes kematian COVID-19 di Malaysia).
• KKM telah mengesan sebanyak 17 subkluster dalam kluster ini

Pencapaian ini merupakan kejayaan bersama bagi KKM dan agensi-agensi lain yang telah bekerjasama melalui tindakan bersepadu dalam segala pendekatan bagi mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster ini. Pihak media juga telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh Negara.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Seri Petaling dan para jemaah atas sokongan padu serta bantuan rapat yang telah mereka berikan, yang banyak membantu dalam tindakan mengesan, membendung dan merawat kes-kes COVID-19 terutama bagi kluster ini. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, atas sumbangan dan perkhidmatan yang komited dalam pencapaian ini.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,486 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 8 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat ­­­tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 70 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini. Ketiga-tiga kes baharu yang dilaporkan adalah kes import di kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/07/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Akhirnya secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita, iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pengawasan hari ini, setelah tiada kes baru dilaporkan dlm tempoh 28 hari

Tahniah dan terima kasih kpd semua. Alhamdulilah & syukur kepada Allah SWT

- KPK KKM -