Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM menggalakkan rakyat Malaysia memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala.

Pelitup muka fabrik adalah antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada yang disediakan dalam pelbagai corak menarik.

Berikut adalah cara memakai dan guna semula pelitup muka fabrik secara selamat.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Nasihat kepada pemakai pelitup muka.

Jangan sentuh bahagian dalam dan luar pelitup muka
Jangan berkongsi dengan orang lain
Jangan pakai di bawah dagu
Jangan letak merata-rata
Jangan pakai pelitup muka yang rosak, longgar, kotor dan basah

Ingat!!

❗️ Pelitup muka 3 lapis hanya boleh pakai sekali sahaja dan tidak melebihi 8 jam sekiranya tidak bergejala.
❗️ Pelitup muka fabrik perlu dicuci dengan cara yang betul sebelum diguna semula.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Durian..serawa durian..pengat durian..tempoyak..

Segalanya tentang durian🤩

Durian yang ditambah gula dan santan akan meningkatkan lagi jumlah kalori!

Durian mengandungi kandungan nutrisi tersendiri..
Namun bersederhanalah..
Berlebihan membawa mudarat..

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Tahukah anda sekiranya bacaan tekanan darah anda ≥ 140 mmHg / ≥ 90 mmHg, anda menghidap Hipertensi.

#SedapTakSemestinyaMasin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesiapsiagaan dan Respon Kuala Muda menangani wabak COVID-19

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda Rasmi
Kes Positif mengikut Negeri (setakat 25/06/2020, 12 pm)

Confirmed Cases by State (as of 25/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 25th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 25 Jun 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 40 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 25 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,600 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 208 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada empat (4) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Satu (1) kes penularan di dalam negara juga merupakan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini.

https://kpkesihatan.com/2020/06/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Amalkan 3W, elakkan 3S/3C.

Amalkan cara hidup sihat.

Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 explainer on masks: who should wear them, when and how.

Credit: World Health Organization (WHO)
Kematian berpunca dari demam denggi setakat ini adalah 84 kes. Selain COVID-19, kes ini juga perlu ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

😣 Demam panas
😣 Sakit kepala
😣 Sakit tulang belakang
😣 Sakit sendi-sendi
😣 Loya dan muntah-muntah
😣 Sakit biji mata
😣 Ruam

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, kami cadangkan segera ke Klinik Kesihatan atau Hospital berdekatan.

Sumber: CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Contoh Menu #SedapTakSemestinyaMasin

Sarapan Pagi : Sandwich Telur
Makan Tengahari : Tomyam Seafood
Makan Malam : Ayam Goreng Kunyit
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 9

Boleh pihak BPFKKM komen berkenaan iklan ubat kuat di Internet?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kenyataan Akhbar KPK 26 Jun 2020 – Situasi Terkini Rabies Di Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu (1) kes baharu disahkan rabies iaitu seorang lelaki berumur 62 tahun dari Sibu, Sarawak. Pesakit telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 jam 7.00 petang semasa dalam perhatian rapi pakar perubatan di Hospital Sibu. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Dengan pengesahan ini, kes rabies pada tahun 2020 adalah dua (2). Jumlah kumulatif kes rabies di Sarawak semenjak wabak penyakit ini diisytiharkan pada 1 Julai 2017 adalah 24 kes termasuk 23 kematian.

https://kpkesihatan.com/2020/06/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-jun-2020-situasi-terkini-rabies-di-sarawak/?fbclid=IwAR3EuUSDOJvgRKplzHxuELZnMtaQw8Prg3rpflfbmYyxTzQ1iHVeURXj-iI
Kes Positif mengikut Negeri (setakat 26/06/2020, 12 pm)

Confirmed Cases by State (as of 26/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk