Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 45 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,231 kes (95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 24 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,596 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.
https://kpkesihatan.com/2020/06/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) bertujuan untuk melindungi daerah hijau bebas dari kes jangkitan COVID-19 dan menukar daerah kuning kepada daerah hijau dalam tempoh 14 hari.

3 Tonggak utama adalah

Lindungi keluarga
Lindungi komuniti
Lindungi daerah

DRRP boleh dicapai melalui kepatuhan individu, keluarga dan komuniti kepada amalan CAPP.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Selamat Pagi Malaysia : 10 Minit Hapuskan Aedes
Tarikh : 23 Jun 2020
Panel :
En. Azman Abdul Rashid
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

https://m.youtube.com/watch?v=Q3rXpzUseBk
Deadly Vector-Borne Disease

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 a.m with Dr. Rose Nani Mudin, Public Health Specialist from Disease Control Division, MOH.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Imunisasi Bayi dan Kanak-kanak semasa PKP

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Amy Nur Diana Mohamed Nasir dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mr Bean is following WHO's advice on how to stay safe from COVID19. This is how you can Be Safe too:

👉 Keep your 🤲 clean & don't touch your face
👉 Keep a physical distance of at least 1m
👉 Keep in touch with your loved ones
👉 If you have any symptoms, call your healthcare provider

Credit: World Health Organization (WHO)
Mitos COVID-19

Minum alkohol untuk mematikan virus COVID-19
Air rebusan ketum sebagai ubat alternatif pesakit COVID-19
Sekali terjangkit COVID-19, selamanya akan ada virus dalam badan bekas pesakit
Cuaca sejuk atau panas boleh membunuh virus COVID-19
Bungkusan / parcel boleh menyebabkan jangkitan COVID-19
COVID-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 8

Boleh ke beli ubat penyakit kronik secara online?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
KKM menggalakkan rakyat Malaysia memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala.

Pelitup muka fabrik adalah antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada yang disediakan dalam pelbagai corak menarik.

Berikut adalah cara memakai dan guna semula pelitup muka fabrik secara selamat.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Nasihat kepada pemakai pelitup muka.

Jangan sentuh bahagian dalam dan luar pelitup muka
Jangan berkongsi dengan orang lain
Jangan pakai di bawah dagu
Jangan letak merata-rata
Jangan pakai pelitup muka yang rosak, longgar, kotor dan basah

Ingat!!

❗️ Pelitup muka 3 lapis hanya boleh pakai sekali sahaja dan tidak melebihi 8 jam sekiranya tidak bergejala.
❗️ Pelitup muka fabrik perlu dicuci dengan cara yang betul sebelum diguna semula.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Durian..serawa durian..pengat durian..tempoyak..

Segalanya tentang durian🤩

Durian yang ditambah gula dan santan akan meningkatkan lagi jumlah kalori!

Durian mengandungi kandungan nutrisi tersendiri..
Namun bersederhanalah..
Berlebihan membawa mudarat..

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Tahukah anda sekiranya bacaan tekanan darah anda ≥ 140 mmHg / ≥ 90 mmHg, anda menghidap Hipertensi.

#SedapTakSemestinyaMasin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesiapsiagaan dan Respon Kuala Muda menangani wabak COVID-19

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda Rasmi
Kes Positif mengikut Negeri (setakat 25/06/2020, 12 pm)

Confirmed Cases by State (as of 25/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk