Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/231895824544600/
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 21st April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,349 kes (61.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 21 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,482 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 57 kes, 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 92 kes (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

https://kpkesihatan.com/2020/04/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 : Tekanan Ketika Bekerja Dari Rumah.

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Amalina Zulkefly, Pegawai Psikologi dari Hospital Kajang.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Bagi sesi Home Workout hari ini, kami bawakan Coach Nila Farah bersama anda di rumah.

Aktiviti hari ini adalah Viral vs Tiktok. Nak tahu apa tu? Nantikan pada pukul 11.00 pagi nanti.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Amalkan 3W bagi memutuskan rantaian COVID-19.

1️⃣ 𝐖ash : Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
2️⃣ 𝐖ear : Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala
3️⃣ 𝐖arn : Amalkan perkara seperti tidak bersalaman, etika batuk dan bersin yang betul dan duduk rumah.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 21 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Elakkan 3C bagi memutuskan rantaian COVID-19 di tempat kerja.

𝐂rowded Places
𝐂onfined Spaces
𝐂lose Conversation

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 22nd April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes (62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 22 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,987 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 dan Ramadan.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada pukul 8.50 pagi esok bersama Dr. Azah Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada semua.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 22 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk