Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahniah kepada anda yang berjaya melakukan cabaran perut cantik 7 hari. Perut yang bulat tu dah makin mengecilkan?

Teruskan mencabar diri anda untuk kekalkan perut cantik !

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Esok puasa!

Pasti para ibu dah mula berfikir apa menu yang hendak dihidangkan semasa sahur nanti.

Pastikan pemilihan makanan untuk sahur adalah makanan yang sihat dan tinggi serat kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicerna.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
#SukuSukuSeparuh
Peperangan melawan nafsu bakal tiba bermula pada 1 Ramadan.

Bersediakah kita untuk berhenti merokok?

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Tips penjagaan kesihatan mulut di rumah untuk pemakai gigi palsu

https://www.facebook.com/274376222695360/posts/1953294631470169/
Esok umat Islam akan mula berpuasa. Pasti ada yang rasa gian untuk merokok selepas berbuka kerana seharian tidak merokok.

Berdoa!

Mintalah kepada Yang Maha Esa agar diberikan kekuatan untuk melupakan rokok. Jangan pernah berhenti berdoa!

Mulakan nafas baru bermula Ramadan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Tempahan Slot Temujanji di Klinik Kesihatan KKM bagi klinik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kini boleh dibuat secara dalam talian.

Pemilihan slot temujanji adalah paling lewat 1 hari sebelum tarikh temujanji yang dipilih.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 23rd April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes (63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 23 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 42 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Makluman Terkini COVID-19.

Dengarkan di minnalfm bersama Dr. Vickneshwaran Muthu pada pukul 9.20 pagi.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Bermula 24 April 2020, Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan COVID-19, anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID 19 : Lalui Ramadan

Saksikan dalam rancangan Borak Kopitiam di TV3 bersama Dr. Siti Sara Yaacob, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada pukul 8.40 pagi esok.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Pickup Line Challenge ni kan?

Sabar ye... 28 April 2020 nanti kami akan umumkan pemenang.

Selamat berpuasa!

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 23 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Minggu Imunisasi Sedunia (World Immunization Week) disambut pada 24 – 30 April setiap tahun.

Tema oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) bagi tahun 2020 ialah #VaccinesWork for All” atau “Vaksin berkesan untuk semua” yang bertujuan untuk mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur dari penyakit cegahan vaksin. Tema ini juga memberi fokus kepada organisasi termasuk anggota kesihatan yang terlibat dalam pelaksanaan Program Imunisasi walau di mana pun mereka berkhidmat, dengan tujuan untuk melindungi kesihatan masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan agama.

WHO juga mengiktiraf tahun 2020 sebagai International Year of the Nurse and Midwife; di mana ianya sangat bertepatan dengan peranan mereka sebagai anggota barisan hadapan yang menyumbang kepada kejayaan Program Imunisasi Kebangsaan. Mereka adalah Vaccine Champions yang menjuarai program imunisasi untuk kesejahteraan ibubapa, masyarakat dan negara. Mereka menjadi nadi kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi.

https://kpkesihatan.com/2020/04/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-april-2020-minggu-imunisasi-kebangsaan-24-30-april-2020-world-immunization-week-2020/
Hari ini, berbuka nanti nak pesan makanan dari kedai A lah. Teringin pula nak makan makanan dari situ. Biasanya setiap tahun akan berbuka beramai-ramai di kedai A tapi oleh kerana PKP dan COVID-19 ni, pesan online je la.

Pastikan memesan makanan yang seimbang
Kurangkan pembelian makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula
Tidak memesan makanan secara berlebihan

Elakkan pembaziran makanan!

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk