Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sayang Ibu Sayang Ayah - Menua Dengan Sihat

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Pn. Nor Hasimawati binti Shaari, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
BERAPA LAMA BOLEH SIMPAN UBAT?

💊Tabiat tidak menghabiskan ubat yang diberikan sering kali dipandang ringan oleh kebanyakan masyarakat dan segelintir mereka menyimpan baki ubat untuk digunakan kemudian.

💊Namun, berapa lama sebenarnya ubat boleh disimpan?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Sayang Ibu Sayang Ayah - Menua Dengan Sihat

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Pn. Nor Hasimawati binti Shaari, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Kesihatan pergigian yang baik membolehkan anda mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengikuti tip penting pembersihan gigi berkesan bagi memastikan mulut sentiasa bersih.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stres itu adalah biasa tetapi paling penting adalah cara kita mengatasi stres tersebut.

Jom amalkan tip mudah untuk tangani stres

1. Amalkan teknik pernafasan dalam dan relaks
2. Bercakap dengan orang yang anda percaya
3. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti
4. Hindari daripada alkohol, rokok dan vape
5. Lakukan senaman

Hubungi HEAL di talian 15555 jika anda memerlukan khidmat kaunseling dan sokongan sosial.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan!

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sayang Ibu Sayang Ayah - Menua Dengan Sihat

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Pn. Nor Hasimawati binti Shaari, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Korang, jangan lupa buat saringan kesihatan tau! 🩺

Tahu tak, 2 daripada 5 orang dewasa tak buat saringan kesihatan (NHMS 2023). Masa paling baik untuk buat saringan kesihatan adalah masa kita nampak sihat 💪🏻. Saringan kesihatan boleh kesan faktor risiko penyakit sebelum gejala atau tanda penyakit muncul.

Jom budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan! 💪🏻 Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)
💊Uʙᴀᴛ Aᴊᴀɪʙ??

Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat di pasaran❗️

📌Tujuan kawalan iklan perubatan adalah untuk:
✔️ Mengawal selia kandungan pengiklanan
✔️ Melindungi kesihatan awam dengan mengalakkan pengunaan ubat-ubatan yang selamat.

🔎 Pastikan ubat adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.Contohnya: MAL20011234T (ubat)/ NOT123456789K (kosmetik)
Hai semua

Jom sertai Langkah Sihat BMSS HePiLI bersama Didi & Friends

Tarikh : 14 Sept 2024
Tempat : MITC, Melaka
Masa pendaftaran : 6.30 pagi
Masa pelepasan : 7.30 pagi

Program ini adalah program berjalan kaki sempena dengan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua lapisan umur.

Untuk pendaftaran sila scan QR code yang diberikan

Tarikh Tutup Penyertaan : 5 September 2024

Jangan lupa kongsikan hebahan ini dengan semua kawan-kawan dan saudara mara

Kita jalan sama-sama
Kita pilih sihat bersama

#inijamMelakaSihat
#BMSSMelaka

Sunber: FB Melaka Sihat
PROGRAM 10K LANGKAH CERIA MERDEKA @KPDN SIRI 3/2024

PUTRAJAYA, 14 OGOS 2024, RABU- YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meluangkan masa turun padang bersama-sama warga KPDN untuk menyertai Program 10 Ribu Langkah Ceria Merdeka @ KPDN di sekitar Putrajaya.

Beliau turut diiringi oleh YBhg. Dato’ Zakaria Shaaban, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) dan YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa, KPDN

Program ini diadakan bagi menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat KPDN.

Sumber: https://www.facebook.com/share/Da1oawxVdwZ8ZNkG/?mibextid=WC7FNe
Mesti semua tak sabar nak tahu negeri dan sekolah seterusnya team BMSS@HePiLI negeri akan menjelajah kan? 😉

Tiga negeri selanjutnya adalah Sarawak, Sabah dan Pahang.

Adik-adik yang berada di sekolah yang terpilih di negeri-negeri ini tunggu kedatangan kami ya 😃

Jumpa nanti...

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL.

💊Saban tahun keracunan ubat-ubatan merupakan kes tertinggi dalam senarai keracunan bahan kimia.

💊Kanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko tinggi 'termakan' ubat yang tidak disimpan dengan betul.

💊Anda nak tahu bagaimana caranya untuk menyimpan ubat-ubatan dengan betul bagi mengelakkan insiden ini?

𝑱𝒐𝒎 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒕𝒐𝒏𝒕𝒐𝒏 𝒗𝒊𝒅𝒆𝒐 𝒊𝒏𝒊 😉

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Penularan penyakit cacar monyet berpunca daripada sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek yang tercemar seperti tuala dan pakaian.

Gejala akan bermula antara 5 - 21 hari selepas jangkitan.

Jika anda menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet, pantau gejala, elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bumi dah banyak sampah ni, so don't be a sampah masyarakat and create more waste. Reduce, reuse and recycle today so we can minimize waste.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani