Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
1 dalam 10 orang memakan makanan yang tercemar.

Antara faktor penyebab keracunan makanan adalah pencemaran silang, menyediakan makanan terlalu awal, mendedahkan makanan dalam suhu bilik lebih dari 4 jam dan pengendalian makanan yang tidak bersih.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
PEMAKANAN VEGETARIAN SEIMBANG

Amalan pemakanan vegetarian semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai sebab dikaitkan dengan amalan pemakanan vegetarian termasuk atas sebab kesihatan, kepercayaan, dan juga rasa sayang kepada alam dan haiwan.

Bagi pengamal vegetarian, terutamanya vegan, sangat penting untuk memastikan diet seimbang dan kepelbagaian jenis makanan bagi mengoptimumkan keperluan zat-zat seperti protein, kalsium, zink dan zat besi.

Jadi, pastikan kepelbagaian dalam pengambilan sumber legum, bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan diet yang seimbang memenuhi semua keperluan zat setiap hari.

Amalkan suku suku separuh dalam perancangan menu harian anda untuk memastikan keseimbangan!

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

“Living With COVID-19”
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
1 daripada 2 dewasa di Malaysia mengamalkan hidup sedentari.

Hasil dapatan NHMS 2023 mendapati rakyat Malaysia berhadapan dengan 3 penyakit utama iaitu kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi serta faktor risiko obesiti.

Ubah gaya hidup anda. Jom amalkan budaya hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan merupakan 'regulatory authority' yang menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang rantaian bekalan makanan, pemantauan di pintu masuk, menjalankan penguatkuasaan di premis makanan, pengawasan di kilang makanan, dan pemantauan di kantin sekolah.

Penyenaraian Pengusaha Makanan untuk home-based adalah fokus kepada industri makanan dari rumah. Mereka juga perlu menjalani latihan pengendali makanan dan pemilik perlu mengambil vaksinasi tifoid.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Musim cuaca panas ☀️ yang melanda negara memberi banyak kesan terhadap kesihatan kita semua.

Jom ikuti tip keselamatan makanan semasa musim panas yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan makanan tercemar dan berlaku keracunan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
JOM BIASAKAN DERIA RASA DGN KURANG MANIS!

Pengambilan gula yang tinggi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan deria rasa kurang sensitif terhadap rasa manis dan menyebabkan pengambilan lebih banyak gula bagi memberi rasa manis.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

#kurangkangula
#kurangmanis
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 ('𝗛𝗼𝗺𝗲 𝗦𝘂𝗿𝘃𝗲𝗶𝗹𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿' - 𝗛𝗦𝗢) serta 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗶𝘁𝘂𝗽 𝗺𝘂𝗸𝗮 yang berkuatkuasa pada 𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya pengusaha home-based tidak mematuhi perundangan yang ditetapkan dan didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM 10,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 ('𝗛𝗼𝗺𝗲 𝗦𝘂𝗿𝘃𝗲𝗶𝗹𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿' - 𝗛𝗦𝗢) serta 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗶𝘁𝘂𝗽 𝗺𝘂𝗸𝗮 yang berkuatkuasa pada 𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian.

Antara gejala keracunan makanan adalah demam, cirit-birit dan muntah.

#MalaysiaSihat

Sumber : Berita RTM
Tikus 🐀 merupakan spesis haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodensia. Kawalan tikus boleh memberi kesan kepada kesihatan awam.

𝗪𝗮𝘀𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀‼️

⚠️ Penyakit bawaan ini boleh dijangkiti melalui kontak dengan air tercemar serta pengambilan air dan makanan tercemar dengan kencing dan najis tikus.

‼️Ambil langkah pencegahan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan anda dan keluarga.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran.

Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda perlu mendapatkan penilaian doktor mata yang profesional untuk diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan yang sesuai.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Anak anda ada bakat dalam nyanyian? 🎤🎤

Serlahkan bakat anak anda dengan menyertai Miri Got Talent dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends di Permaisuri Imperial City Mall Miri pada 19 Julai 2024 hingga 21 Julai ini 🥳

Untuk mendaftarkan nama anak anda, sila imbas QR kod yang tertera. Pastikan anda membaca syarat-syarat penyertaan dengan teliti ya. Jom daftar sekarang! Hora Horey! 🤩

#didiandfriends #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #zonsarawak #hepili