Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Amalan rumah terbuka 🏠 menjadi satu kelaziman bagi masyarakat Malaysia untuk mengeratkan silaturahim semasa musim perayaan 🌙. Pelbagai juadah 🍲 akan disediakan bagi menjamu para tetamu.

⚠️ Tetapi jangan lupa, semasa anda menyediakan makanan bagi hidangan rumah terbuka, sila pastikan makanan mentah sentiasa diasingkan dengan makanan yang telah dimasak. Ini bagi mengelakkan berlaku pencemaran silang 🦠 pada makanan yang telah dimasak.
Ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi serta agensinya yang terlibat! Terus menyokong KKM dalam menyebarluaskan mesej pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

#ANMS #sihatmilikku
Hai semua, sekarang tengah berlangsung aktiviti kesejahteraan kesihatan Wellness on Wheels (WOW) di Tzu Chi Foundation, Kepong. Sambil kita berhari raya, eloklah juga kita kekal aktif dan cergas di musim perayaan ni.

Bahagian Pendidikan Kesihatan bersama dengan Tzu Chi Foundation meraikan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana namun tetap meriah dengan hampir 200 keluarga berbangsa Melayu dan para sukarelawan Tzu Chi Foundation hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya;
1. Basikal Jus 🚴🏻- ayuh bakar kalori anda untuk nikmati jus tembikai segar tanpa gula
2. Wellness Crossword 📃- mari cabar minda untuk selesaikan silang kata kesihatan
3. Soft Dart 🎯 - uji fokus mata anda dengan dart
4. Hopscotch 🏃🏻‍♂️- ayuh putar roda, melompat sambil pilih apa yang sihat

Yang paling best, anda layak untuk tebus hadiah menarik dengan melengkapkan semua empat aktiviti di atas. Ini baru WOW!

#Wellnessonwheels

https://www.facebook.com/share/p/D2mHhRcf6N3iXr7x/?mibextid=oFDknk
‼️Mungkin ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.👍🏻

Ini kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat.

⚠️ Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal. Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang 🥗 bagi mengelakkan masalah penghadaman.
Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
World Malaria Day 2024

Tune in to Traxxfm at 11.15 am with Dr. Sukhvinder Singh Sandhu, Public Health Specialist from State Health Department of Selangor.

#ANMS #sihatmilikku
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan 🍲 atau minuman🥤yang tercemar.

‼️Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Anda mungkin sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.

🦠 Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. ⚠️ Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan 🩺 sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ingin kekal aktif? Mudah je. Segalanya ada di sekeliling kita secara percuma!

Nikmati gaya hidup aktif dan sihat sejahtera.

#sihatmilikku #anms

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Masalah pendengaran👂🏻 yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising 🔊 pada jangka masa dan tahap bunyi berlebihan.

⚠️ Jika anda mengalami tanda-tanda masalah pendengaran, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai audiologi atau doktor bertauliah.
Kepentingan Perlindungan Kulit Di Musim Panas

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 23 April 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Moonyza Akmal binti Ahmad Kamil
Pakar Perunding Dermatologi
Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #sihatmilikku
Amalan pemakanan sihat 🥗 adalah penting untuk kesihatan diri.

Pengambilan makanan seharian juga bergantung kepada kesesuaian individu mengikut perubahan usia.

Perubahan fisiologi 👴🏻👵🏻merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi corak pemakanan anda apabila semakin menginjak usia. Sebagai contoh, keupayaan untuk mengunyah dan sistem penghadaman yang semakin berkurang akan menyebabkan nutrien daripada makanan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. Oleh itu, sedikit pengubahsuaian tekstur semasa penyediaan makanan 🍚 dapat membantu anda untuk menikmati makanan seterusnya mendapat nutrien secara optimum.

Selain itu, anda hendaklah mengambil makanan daripada pelbagai sumber iaitu 🍊🍎 buah-buahan, 🥦🥬🥕sayur-sayuran, karbohidrat, protein serta lemak seperti yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020. Hal ini kerana setiap makanan memberi khasiat yang berbeza untuk setiap fungsi tubuh badan anda.

‼️Jangan lupa untuk mengambil air kosong 🥛sekurang-kurangnya 8️⃣ gelas sehari bagi membantu meningkatkan proses metabolisme dalam badan anda.
Secara umumnya, penyakit imunodefisiensi primer tiada penawar namun kebanyakan masalah yang berpunca daripada penyakit ini ada jalan penyelesaiannya.

Jom baca buku ini di https://bit.ly/3Utnpw7 dan ketahui cadangan yang berguna bagi pesakit mengharungi hidup yang lebih baik.

#ANMS #sihatmilikku
Bebas Malaria untuk Semua

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Hafizi bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bebas Malaria untuk Semua

Jangan Lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Hafizi bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
3 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama