Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.

Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.

Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa #CERDIK!
Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊
Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI). Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak.

Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif yang tinggi kepada sistem perkhidmatan kesihatan melalui pengesanan dan perawatan awal dan pencegahan komplikasi akibat hipertensi.
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐦𝐮𝐫𝐧𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.

Ia amat penting supaya waris mengetahuinya dan dapat menunaikan hasrat berkenaan jika anda layak apabila tiba masanya.

Berdasarkan laporan National Transplant Procurement Management (NTPM) mendapati alasan tidak tahu hajat si mati merupakan alasan kedua tertinggi diterima daripada waris untuk sebab penolakkan (refusal) menjadi penderma organ kardaverik bagi kes rujukan berpotensi menjadi penderma bagi tempoh 2001 hingga 24 Mei 2023.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ menerusi aplikasi MySejahtera.

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
Kekal sihat semasa jerebu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti
👉🏼 Minum air kosong secukupnya
👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah
👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah
👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah Anda?

Penanaman tembakau menggunakan air yang sama banyak dengan keperluan individu setahun.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🌞Cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah.

🌞Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang.

Terdapat 2 jenis krim pelindung yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia.

📌 ‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit.

📌 Manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit.

Oleh itu, orang ramai perlu menyapu krim pelindung matahari atau 'sunscreen' untuk melindungi kulit daripada sinar UV sebelum keluar rumah.
Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok.

Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau.

Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah Anda?

Membaik pulih tanah selepas penanaman tembakau memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih tanah yang rosak.

Menanam tanaman makanan adakah pilihan yang lebih baik.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku.

Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rokok memusnahkan sumber makanan kita!

Penanaman tembakau mengakibatkan kemerosotan kesuburan tanah akibat penggunaan racun perosak dan baja berlebihan.Tanah yang digunakan untuk menanam tembakau mempunyai kemampuan lebih rendah untuk tanaman lain termasuk untuk makanan.

Selain daripada memberi kesan kepada tanah, rokok turut memberi kesan kepada udara dan air.

Selamatkan generasi muda kita daripada sebarang kontak tabiat merokok dan pusakakan dunia yang sejahtera kepada mereka.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
😴🛏️Tidur sangat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu berada pada tahap yang optimum .

📌Tidur yang cukup dapat memberikan tenaga serta membantu kita untuk fokus dan kekal cergas sepanjang hari.

Oleh itu, untuk mendapat tidur yang cukup, lakukan perkara berikut;

1️⃣ Tetapkan masa tidur

2️⃣. Elakkan melihat skrin televisyen/telefon

3️⃣ Elakkan ambil makanan dan minuman berkafein atau bergula
Aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Ia juga merupakan kaedah yang berkesan untuk melawan kesan negatif cara hidup yang sedentari.

Antara manfaat aktif fizikal adalah mengurangkan risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit, meningkatkan mood dan meningkatkan kualiti tidur.

Terdapat banyak cara kreatif dan efektif untuk memulakan azam aktif aktiviti fizikal. Mengemas rumah pada hujung minggu bersama keluarga juga satu aktiviti fizikal tau!

Jom jadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada rutin harian anda.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama