Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
NAFAS BAHARU BERMULA RAMADHAN

Bersama Panel Jemputan Dr Aizuniza Binti Abdullah,
Pakar Perubatan Kesihatan Awam.
Ketua Unit Kawalan Penyakiot Tidak Berjangkit,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/videos/1166014854113827
Teruja dengan ciri akan datang di MySejahtera iaitu Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian?

Anda boleh imbas kod QR di infografik ini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan fungsi ciri ini.

#AplikasiKesihatanAwam
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#MySejahtera

Sumber: MySejahtera
🥛Susu adalah minuman yang mengandungi zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh manusia terutamanya bagi perkembangan fizikal seseorang.

👨‍👧‍👦Susu yang diperkaya dengan vitamin D dan kalsium ini juga mampu membina tulang, otot dan gigi kanak-kanak untuk pertumbuhan badan yang lebih sempurna.

💪JOM AMALKAN MINUM SUSU BAGI KHASIAT YANG LEBIH MAKSIMUM
Hari Tidur Sedunia 2023

Saksikan dalam berita tamil esok pada pukul 7.30 malam di TV2 bersama Dr. Vickneshwaran Muthu, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Program Bersama-sama Komuniti Sihat MyHealthyMind @ PPR Bukit Jalil

Saksikan dalam Berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam bersama Dr. Manimaran a/l Krishnan Kaundan, Pengarah Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sesi baru persekolahan bakal bermula.
Sebelum itu, pastikan kawasan sekolah bersih daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Periksa dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti di tangki septik, alas pasu bunga dan palong air hujan.

Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi.

#ANMS #KekalSihat #TiadaAedesTiadaDenggi #10minit #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak sertai aktiviti kesihatan serta ingin dapatkan konsultasi berkenaan Intervensi Pengurusan Berat Badan?

Mudah sahaja. Pergi ke WELLNESS HUB yang berdekatan kawasan komuniti anda dan berjumpa dengan konsultan bertugas.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda yakin mempunyai pengetahuan yang sahih tentang glaukoma

💪Mari bezakan antara mitos dan fakta.Pastikan anda mendapat maklumat yang sahih tentang glaukoma.

Elakkan salah faham tentang glaukoma untuk memastikan anda dapat melihat sehingga di akhir usia.
Terdapat juga beberapa faktor yg menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang kronik.

Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang berisiko mendapat buah pinggang kronik
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita amalkan Take 5 bagi mengelakkan tekanan emosi di samping menjaga kesejahteraan fizikal kita.

Layari laman sesawang http://www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Anda mempunyai anak remaja

🤵Pada usia remaja, proses pertumbuhan berlaku dengan pantas. Ini menyebabkan peningkatan keperluan tenaga dan nutrien-nutrien lain.

✌️Oleh itu kami kongsikan amalan pemakanan yang sihat bagi menjamin perkembangan fizikal yang optimum.
👸Senaman Kegel ialah senaman menguatkan otot pelvis. Terdapat banyak manfaat senaman ini jika dilakukan secara konsisten.

📌Kelemahan otot pelvik ini boleh disebabkan oleh melahirkan anak, berat badan berlebihan dan juga pengurangan paras hormon estrogen dalam badan wanita disebabkan peningkatan usia.

Kami kongsikan senaman kegel yang sangat bermanfaat bagi tujuan menguatkan lantai pelvik untuk penjagaan kesihatan rahim wanita.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hai adik-adik. 👋

Minggu depan dah nak mula sekolah. Jom kita berazam untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Tak baru takpe tau, yang penting BERSIH dan KEMAS.

Selamat kembali ke sekolah untuk penggal 2023/2024 😄

#HePiLI
Cegah Leptospirosis semasa banjir.

Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula dengan diri kita sendiri kerana mencegah obesiti daripada melarat demi bagi mendapatkan kesihatan yang terbaik untuk diri kita.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐑𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐓𝐈𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐌

"𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊"

Jangan lupa dengarkan Slot Bicara Prisma menerusi frekuensi 95.7 MHz / 90.9 MHz / 93.9 MHz mengenai topik :

"𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊"

bersama tetamu istimewa iaitu :

YBrs. Encik Mohd. Zaidi bin Abdul Lateh
Pegawai Pendidikan Kesihatan Kanan
Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan
Hospital Pulau Pinang (HPP)
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)

Slot Bicara Prisma akan bersiaran di MUTIARA FM - RTM Pulau Pinang pada ;

Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 3.00 petang

Dengarkan beramai-ramai! Bantu kami kongsikan maklumat ini!

#jknpenang
#cpknpenang
#penangsihat
#bicaraprisma2023
Forum FB Live Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

20/3/2023
10.00 pagi (live)
Lokasi: Studio Kolomposihat, Blok D, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Jln Cenderasari

Moderator:
Dr Muhammad Syazni bin Azmi (Pegawai Perubatan, Caw. NCD JKWPKL&P)

Panel 1:
Dr. Waramlah Binti Ramlan (Pakar Perubatan & Kesihatan Awam,Caw. NCD JKWPKL&P)

Panel 2:
Dr. Takdir Singh Riar a/l Manhore Singh (Pegawai Perubatan, KK Tanglin)

Panel 3:
Dr. Zamihan bin Mat Zin (Penolong Pengarah Kanan, Caw. Pengurusan Sekolah, JAWI Caw. Putrajaya)
👵👴Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan kehidupan di usia emas dalam menentukan kesejahteraan hidup mereka.

❤️Berikan sokongan dan dukungan kepada ibu bapa anda agar usia tua mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi daripada insan yang tersayang.

"Warga Emas Disayangi, Warga Emas Sihat Sejahtera"