Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐀𝐙𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑

Apakah azam tahun baharu 2023 anda?

Ayuh semua sempena permulaan tahun ini kita mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Kita akan lebih menjaga kesihatan apabila telah berikrar sebagai penderma organ supaya dapat membantu orang yang memerlukan kelak.

Daftar sebagai pengikrar penderma organ dengan mudah dan cepat sekarang menerusi aplikasi MySejahtera.

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
#sihatmilikku
Kenyataan Media KPK 4 Januari 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

1. Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Flashhskinzz Night Cream
2. Rissa Skin Moisturiser

2. Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
- Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

5. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

7. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Sekian.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Januari 2023

https://kpkesihatan.com/2023/01/04/kenyataan-media-kpk-4-januari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Vaksin COVID-19 : Elakkan Gejala Menjadi Teruk

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Tam Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dah set azam tahun baru anda?

Apa pun, jangan lupa untuk jaga kesihatan, kekal aktif dan amalkan pemakanan sihat.

Bila badan sihat, barulah mudah untuk capai azam anda!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
It's true what they say, old habits die hard. 😧 But once you've had a taste of achievements, it'll get easier to break down the rest! Let's replace the bad with the good, you got this! ✊🏻

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dua subvarian Omicron COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac dan 21 Ogos 2022 lagi.

Sentiasa amalkan kawalan kesihatan kendiri secara berterusan.

▫️Elakkan 3S
▫️Amalkan 3W
▫️Lakukan TRIIS sekiranya bergejala
Pemberitahuan peringatan berkenaan maklumat janji temu yang telah ditempah di MySejahtera akan diberikan 24 jam sebelum sesi janji temu.

Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera

Tepati masa dan jangan lupa tarikh sesi janji temu anda!

#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
Orang ramai boleh menghubungi talian hotline COVID-19 atau emel kepada CPRC sekiranya mempunyai pertanyaan berkenaan COVID-19. Kes positif COVID-19 juga boleh menghubungi talian virtual CAC helpline jika memerlukan bantuan atau khidmat nasihat.

Bermula 1 Januari 2023, waktu operasi saluran-saluran tersebut adalah seperti dikongsikan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Larangan merokok di premis makanan masih terpakai sehingga kini.

Aktiviti penguatkuasaan pematuhan larangan merokok di tempat awam tetap dijalankan. Orang ramai diingatkan agar peraturan ini sentiasa dipatuhi.

Sebarang aduan berkaitan kesalahan merokok di tempat awam juga boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp di talian 010 - 860 8949.

SpeakOut! Suarakan hak anda untuk udara bersih.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di Quitline 03- 8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Anda akan menerima notis pemberitahuan sekiranya sesi janji temu anda terdapat perubahan masa ataupun tarikh.

Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera

#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
Vaksin COVID-19 : Elak Gejala Teruk Dengan Dos Penggalak

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekolah dah buka!

Adik-adik jangan lupa makan sarapan pagi kerana ia penting untuk membekalkan tenaga dan membantu untuk fokus semasa proses pembelajaran.

Bila badan sihat, otak cerdas!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 5 Januari 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kali Ke-380 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang pada hari ini, 5 Januari 2023 telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
5 JANUARI 2023

https://kpkesihatan.com/2023/01/05/kenyataan-media-kpk-5-januari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-380-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Berikut adalah langkah-langkah untuk janji temu perkhidmatan kesihatan primer diaplikasi MySejahtera.

Setakat ini jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:

i) Rawatan Pesakit Luar
ii) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health
Screening Initiative)
iii) Saringan Kesihatan PeKa B40
iv) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
v) Saringan Pra-Perkahwinan
vi) Khidmat Berhenti Merokok
vii) Perkhidmatan Perancang Keluarga
viii) Prosedur

Soalan lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim.

“Gerbang kesejahteraan digital anda."