Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
❤️ Kesedaran tentang petanda kelahiran awal boleh mengurangkan komplikasi bayi pramatang melalui rawatan antenal.

Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui risikonya dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.
Anda ingin turunkan berat badan?

Jom kunjungi Wellness Hub berdekatan anda untuk sertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IFitEr).

Jurulatih di sana akan membantu anda hingga berjaya!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah Denggi di musim PRU.

Kepada petugas pusat mengundi, sembur aerosol di tempat gelap dan tersembunyi, guna repelan sebelum keluar bertugas, pakai baju lengan panjang dan seluar panjang jika bertugas pada awal pagi dan lewat senja dan buang sampah di tempat yang disediakan.

Kepada pengundi, guna repelan sebelum keluar mengundi terutama di kawasan berwabak. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang jika keluar pada awal pagi dan lewat senja dan buang sampah di tempat yang disediakan.

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊Antibiotik perlu diambil mengikut dos dan jumlah yang dinasihatkan doktor.

‼️Anda tidak digalakkan mengambil antibiotik tanpa nasihat doktor.

Penggunaan antibiotik yang tidak wajar dan berleluasa menyumbang kepada kerintangan antibiotik.

Sempena minggu kesedaran antibiotik sedunia, tingkatkan kesedaran tentang antibiotik dan kerintangan antibiotik.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kesihatan sangat bernilai dan berharga kerana ianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Mengamalkan budaya hidup yang sihat dan berkualiti pasca pandemik dapat mewujudkan masyarakat yang bebas daripada penyakit.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: IG Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💪Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana masih melaksanakan langkah pencegahan kawalan kendiri demi memastikan kita dapat hadir ke PRU-15 dengan sihat dan selamat.

❤️Kesedaran dan keprihatinan anda melindungi diri dan orang tersayang daripada jangkitan COVID-19 amat dihargai.

#PRU15kitajagakita
Cegah Obesiti !

🍱 Amalkan pemakanan secara sihat #sukusukuseparuh
🏃‍♀️ Bersenam secara konsisten
👟 Sasarkan 10,000 langkah setiap hari
🚰 Amalkan minum air kosong
🥗 Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Jom Jana Duit Trash To Cash”!

Jangan buang sampah begitu sahaja. Asingkan barang yang boleh dikitar semula dan jual semula di Pusat Kitar Semula atau vendor bagi mendapat ganjaran.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Sairiya Murugiah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💪Terima kasih dan tahniah kepada anda kerana telah memilih untuk hadir mengundi dengan selamat dan dalam keadaan sihat.

#PRU15KitaJagaKita
Take 5 : Ke Arah Kesejahteraan Mental dan Fizikal

1️⃣ Aktifkan diri
2️⃣ Beri
3️⃣ Teroka Minat
4️⃣ Kekal berhubung
5️⃣ Syukur

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka.

🥚Dikongsikan mitos yang sering dikaitkan dalam penjagaan luka.
Amalkan budaya hidup sihat dengan

Bijak tangani stres
Jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
Amalkan pemakanan yang sihat
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Pastikan tidur yang cukup dan berkualiti

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 19 November 2022 (ME 46/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,965,666;
- Kumulatif kes sembuh: 4,902,284 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,593 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,147 kluster (kluster aktif: 62 kluster).

Perbandingan antara ME 45/2022 dan ME 46/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 46/2022 menurun sebanyak19.6 peratus (28,704 kes kepada 23,089 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 46/2022 menurun sebanyak 17.2 peratus (23,045 kes kepada 19,083 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.2 peratus (23,027 kes kepada 19,068 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 16.7 peratus (18 kes kepada 15 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 46/2022 menurun sebanyak11.3 peratus (53 kes kepada 47 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 46/2022 menurun sebanyak 18.3 peratus (34,033 kes kepada 27,806 kes) berbanding ME 45/2022.

Kenyataan penuh di 😘
https://kpkesihatan.com/2022/11/21/kenyataan-media-kpk-21-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-46-13-19-november-2022/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.

Jom Saring! Ketahui tahap kesihatan kita sekarang dengan kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Thiyagu_b

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👁️‍🗨️Rabun tua atau presbiopia adalah Masalah ini terjadi kerana kanta dan otot mata menjadi kurang anjal hingga menyebabkan penurunan daya memfokus pada objek dekat.
Keadaan ini berlaku kerana perubahan umur atau penuaan.

Dikongsikan simptom dan tanda-tanda rabun tua.
Rabun tua yang tidak dibetulkan boleh menjejaskan tugasan harian seseorang.

✔️Jom! bawa insan tersayang untuk melakukan pemeriksaan mata secara berkala.
Tahan lama Lebih bertenaga
Keras lain macam

Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat kuat sama ada dalam bentuk pil, tablet, gula-gula, jus, kopi, gel, atau apa-apa bentuk

Dapatkan nasihat profesional kesihatan berdaftar sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Bagaimana emosi anda hari ini Positif atau sebaliknya🤔

Keadaan emosi mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Jadi, urus emosi dengan baik❤️

Dikongsikan tip urus emosi menerusi strategi kendurkan emosi. Kekal positif.
Stres yang tidak ditangani dengan baik dan dibiarkan berlarutan, boleh mengganggu kesihatan diri.

🤙 Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi, kongsikan masalah anda ke talian HEAL15555

Pegawai Psikologi (Kaunseling) sedia mendengar dan membantu.

"Help with Empathy and Love"

❤️ Kami sedia membantu.
Degupan Jantung Terjaga, Hidup Indah Bahagia

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama