Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Diabetes Kanak-kanak : Jangan Ambil Mudah

Dengarkan di ikimfm pada pukul 8.30 pagi bersama Puan Najwa Munazzah Mohamad Rabeh dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#ANMS
#KekalSihat
##sihatmilikku
Apakah Anda Harus Lakukan Ketika Banjir?

Dengarkan esok di zayanfm pada pukul 9.30 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Sekiranya anda diuji positif COVID-19, laporkan keputusan anda di aplikasi MySejahtera.

Lakukan pengasingan kendiri atau isolasi di rumah supaya tidak merebakkan jangkitan kepada orang lain.

Isi penilaian status kesihatan kendiri dalam MySejahtera setiap hari.

Perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) diberikan selama 7 hari. Namun sekiranya anda sudah sihat dan ujian COVID-19 yang diselia/dilakukan oleh Pengamal Perubatan adalah negatif pada hari keempat dan seterusnya, HSO boleh ditamatkan lebih awal.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan "COVID-19 OMICRON XBB" yang boleh mengundang kepada kekeliruan fakta tanpa pembuktian secara saintifik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik dan kekeliruan dalam kalangan komuniti. Di samping itu, KKM turut menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.
Walaupun Kerajaan telah menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan, ini tidak bermakna kita tidak patut praktikkan pemakaian pelitup muka pada kehidupan harian kita.

Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu, ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.

Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus SARS-CoV-2 terutamanya di dalam kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

#JomPakaiPelitupMuka
#LindungDiriLindungSemua
#KKM
#KekalSihat

Sumber: Protect Health
Hepatitis A adalah penyakit bawaan makanan dan air.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Notifikasi peringatan untuk mendapatkan janji temu saringan kesihatan akan diberikan kepada individu 40 tahun dan ke atas yang belum menjalani saringan kesihatan.

Jangan abaikan notifikasi ini demi kesihatan anda.

--------------------------
Reminder notification of getting health screening appointment wil be given to individuals aged 40 and above who have not undergone a health screening.

Do not ignore this notification, for your own wellbeing.

#MySejahtera2.0
#JomSaring
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Sekiranya anda positif COVID-19, dapatkan penilaian di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) berhampiran jika memerlukan ubat untuk mengurangkan gejala.

Rehat, makan makanan yang berkhasiat, minum air secukupnya dan lakukan senama ringan supaya cepat sembuh.

Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk.

Golongan berisiko tinggi dinasihatkan ke CAC atau fasiliti perubatan berhampiran walaupun bergejala ringan agar dapat dibuat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan antiviral Paxlovid

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser Kolorektal : Pencegahan dan Rawatan

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHEALTKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Lim Ee Keng, Pakar Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi dari Hospital Serdang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Working towards a healthier state of mind takes time, but it is incredibly worth it 🧠 For your efforts to be sustainable, start slow and start small Hopefully these tips can be put to good use ✌🏼.

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Credit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser Kolorektal : Pencegahan dan Rawatan

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSR7jANLu/

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus COVID-19 kerap dan sangat mudah bermutasi. Vaksin masih berkesan membendung gejala teruk akibat jangkitan semua jenis varian virus COVID-19.

Segera dapatkan dos penggalak di klinik kesihatan berhampiran anda atau klinik swasta yang tersenarai di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Varian baru COVID-19, XBB telah dikesan di banyak negara di dunia termasuk Malaysia. Varian ini lebih mudah merebak berbanding varian terdahulu. Terus amalkan kawalan kesihatan kendiri bagi mengekang peningkatan kes COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama