Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab untuk menyayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHealthKKM untuk maklumat lanjut .

(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Portal #KKMNOW merupakan suatu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan penyampaian data kesihatan yang tepat, terkini dan relevan.

Portal ini dapat memperluaskan akses masyarakat umum kepada data kesihatan melalui infografik-infografik yang mudah difahami.

Layari https://data.moh.gov.my/
Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Pastikan anda yang berada berhampiran Bandar Seri Jempol dapat melapangkan sedikit masa untuk untuk hadir pada

🗓 7 - 9 Oktober 2022
7.30 pagi hingga 6.00 petang (Jumaat - Ahad)
📍Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Pelbagai aktiviti bermanfaat disediakan untuk anda dan seisi keluarga.

Jumpo yo kek sano esok !

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Portal #KKMNOW dilancarkan bertujuan untuk menjadi portal rujukan data oleh pengurusan KKM dan seluruh rakyat Malaysia.

Dikongsikan data-data yang boleh diperolehi melalui Portal #KKMNOW.

Dapatkan data dan fakta sahih dari Portal #KKMNOW dengan melayari https://data.moh.gov.my/
Pada masa akan datang, Portal #KKMNOW akan dilengkapi pelbagai data lain seperti dikongsikan.

Ini bagi memastikan:
data dan maklumat kesihatan dapat dikongsi secara meluas memberi peluang kepada komuniti professional dan rakyat untuk meningkatkan pemahaman serta peluang menganalisis situasi semasa berkaitan status kesihatan negara.

Layari https://data.moh.gov.my/
Antara cara mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu memerlukan bantuan kesihatan mental adalah

❗️ Individu berasa sedih berpanjangan
❗️ Individu merancang atau cuba
❗️ mencederakan diri atau orang lain
❗️ Corak pemakanan seseorang tidak teratur
❗️ Individu sukar untuk kekal fokus
❗️ Individu mengalami gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐭𝐢𝐭𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐭𝐢𝐤?

Pembentukan darah beku atau trombus boleh menyebabkan pengaliran darah terganggu. Individu yang mempunyai faktor risiko seperti pesakit hiperkolesterolemia atau perokok tegar mungkin diberikan ubat antitrombotik untuk mengelakkan komplikasi seperti sakit jantung atau strok.

Jom kenali dua kelas ubat antitrombotik yang biasa digunakan iaitu ubat antikoagulan dan antiplatelet 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Anda kreatif? Jom aktif dengan cetusan kreativiti! Sertai 𝗟𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗳 dan cipta laluan yang paling menarik! 🏃‍♀️🏃

Ikuti langkah mudah ini:

1️⃣ Tetapkan laluan menarik yang anda ingin cipta melalui aplikasi kecergasan [Strava] (minimum 5KM). Pasang GPS sebelum bermula.

2️⃣ Kongsikan ciptaan jalan laluan terbaik anda di Facebook dan/atau Instagram (tetapkan akaun kepada 'public') berserta #sihatsepanjanghayat #bmss #lariankreatif dan tag @MyHealthyKKM.

Sama-sama kita semarakkan lagi #BulanMalaysiaSihatSejahtera 🤾🚴‍ Tak sabar kami nak lihat laluan-laluan kreatif kalian!

Maklumat lanjut mengenai panduan dan syarat penyertaan, layari 🌐 https://bmss.my/#kalendar.

#LarianKreatif #sihatsepanjanghayat
Stress Management

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai Munusamy dari Bahagian Pengurusan Latihan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Adakah jumlah bilangan derma darah yang tertera di MySejahtera anda berlainan dari jumlah yang terdapat di Kad Penderma Darah fizikal anda?

Sila rujuk infografik ini.

____________________________

Is the total number of blood donation displayed on your MySejahtera different from the actual number of donations stated in the physical Blood Donor Card ?

Please refer to this infographic.

#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera
#KadPendermaDarah

Sumber: MySejahtera
Let's play COVID-19 BINGO! 🙌🏼

How many did you guys get? 🤭 Tag your friends so they can play too!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian pada 6 Oktober 2022 bertajuk “66 kanak-kanak maut di Gambia selepas minum ubat batuk” yang merujuk kepada empat (4) produk yang dikilangkan oleh pengilang Maiden Pharmaceuticals, India iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa keempat-empat produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia.

KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin. KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 OKTOBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/10/07/kenyataan-media-kpk-7-oktober-2022-status-empat-produk-sirap-ubat-batuk-dan-selsema-keluaran-syarikat-maiden-pharmaceuticals-india-di-malaysia/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?😁
Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.
Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media social Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth untuk maklumat lanjut

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Penarikan Semula Produk Mi Sedaap Yang Mengandungi Ethylene Oxide