Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sektor Entomologi dan Pest, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah inisiatif Short-Term Employment Program (MySTEP) tahun 2022 (Oktober) hingga 2023 (Jun).

Memiliki Diploma dalam bidang Sains Biologi atau Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Oktober 2022 sebelum jam 12.00 tengah hari.

Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected] dan [email protected]
🐕Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dari haiwan seperti anjing, kucing, kelawar atau mamalia lain yang dijangkiti rabies. 🐶🐱🦇

Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan.

❗️Demam
❗️Sakit dan lenguh pada tempat gigitan
❗️Kelesuan otot badan
❗️Sakit kepala

🦠Virus yang telah menyerang sistem saraf pusat boleh menyebabkan menyebabkan pesakit mengalami kecelaruan seterusnya sawan sehingga boleh membawa maut.

Ikuti langkah pencegahan seperti dikongsikan bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Dalam Kapal Terbang
Selamat Hari Jantung Sedunia 2022.

Hargai jantung anda dengan

♥️ Makan secara sihat dan seimbang
♥️ Lakukan aktiviti fizikal
♥️ Kekalkan berat badan ideal
♥️ Tidak merokok
♥️ Hindari alkohol
♥️ Lakukan pemeriksaan kesihatan
♥️ Patuhi rawatan yang ditetapkan
♥️ Kenal pasti tanda-tanda awal

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Buletin Utama TV3, 27 September 2022:

Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) merupakan inisiatif strategik pencegahan dan intervensi merokok dalam kalangan pelajar sekolah yang merupakan kerjasama strategik di antara Program Kesihatan Pergigian KKM , Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program yang berterusan sebegini mampu menyumbang ke arah pembentukan generasi Malaysia bebas tembakau atau Generational End Game (GEG) dan juga bagi menyokong pembentukan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan melindungi generasi masa depan daripada ancaman sebarang produk merokok.

https://www.facebook.com/pergigiankkm/videos/1993245344205716

#kearahpembentukangenerasipenamat2040
#generationalendgame
#GEG
“A smoke-free nation by 2040”
- New Straits Times, 28 September 2022

A snippet of KOTAK programme by Principal Director of Oral Health, Ministry of Health Malaysia.
“Fokus cegah merokok, program KOTAK bendung aktiviti tidak sihat bermula dari sekolah”
-Harian Metro, 28 September 2022
Sambutan Hari Jantung Sedunia 2022.

Hargai Jantung Sayangi Kehidupan.

💓 Makan secara sihat dan seimbang
💓 Lakukan aktiviti fizikal
💓 Kekalkan berat badan ideal
💓 Tidak merokok
💓 Hindari alkohol
💓 Lakukan pemeriksaan kesihatan
💓 Patuhi rawatan yang ditetapkan
💓 kenal pasti tanda-tanda awal

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hahhh… ninggai cium bau mulut ku mpun agik2 bilo make mask 🤣

Mun xmok cmya nak & Mok tauk rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.
Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MYhealthKKM untuk maklumat lanjut .
(Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom semua pakat-pakat hadir dan memeriahkan 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 (𝐀𝐍𝐌𝐒) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

📆 08 Oktober 2022 (Sabtu)
7.30 pagi - 5.00 petang
📍 Taman Kejiranan Desa Mawar, SK Sri Aman, Air Itam

Pelbagai aktiviti menarik disediakan!

#jknpenang #PenangSihat
#ANMS #JelajahANMSPenang #DaerahTimurLaut #SihatMilikku
#PejabatKesihatanDaerahTimurLaut #PKDTL