Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mari sertai Jelajah ANMS.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Jom saring kesihatan anda secara percuma!

Apa tunggu lagi.. mari beramai-ramai ke Jelajah ANMS pertama di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka, Bandar Hilir pada 4-5 Jun 2022.

Nantikan siri Jelajah ANMS seterusnya di lokasi berhampiran anda….

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Kes HFMD semakin meningkat kebelakangan ini.

Didik anak-anak anda untuk mengamalkan langkah mencuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tempoh inkubasi Monkeypox adalah 5-21 hari.

Tempoh kebolehjangkitan adalah sepanjang tempoh bergejala. Virus Monkeypox dikesan melalui PCR.

Monkeypox biasanya sembuh dengan sendiri selepas 2 hingga 4 minggu.

Komplikasi penyakit ini adalah seperti radang paru-paru, keradangan pada otak dan lesi pada kornea mata.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah pencapaian MySejahtera sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tahniah dan ribuan terima kasih atas tenaga dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Sila rujuk infografik ini untuk maklumat lanjut.

______________________

Here are the achievements of MySejahtera throughout the National COVID-19 Immunization Program.

Congratulations and many thanks for the efforts and cooperation of all parties who worked hard to make this programme a success.

Please refer to this infographic for more information.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely
Kempen Nafas Baru bermula Ramadan merupakan aktiviti sokongan kepada Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut pada 31 Mei hingga 6 Jun setiap tahun.

Objektif kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan keinginan umat islam yang merokok untuk memasang niat dan mengambil peluang bermula Ramadan untuk berhenti daripada merokok.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perhatikan tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut pada anak anda.

Jika bergejala, pastikan anak terus kekal berada di rumah.

Amalkan mencuci tangan dengan betul dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tanda dan gejala jangkitan Monkeypox

➡️ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan
➡️ Demam
➡️ Sakit Kepala
➡️ Pembengkakan kelenjar limfa

Gejala biasanya bermula dengan demam kemudian muncul ruam di muka, kemudian di tangan dan kaki, diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain dalam tempoh 24 jam.

Ruam lebih banyak tertumpu pada muka, tapak tangan dan tapak kaki .

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Denggi Asean | Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/551832996448771/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes purata mingguan epid minggu ke 22 pada 5 hb Jun 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
MyChampion peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 26 Mac 2022.

MyChampion merupakan satu inisiatif KKM dalam usaha memperluaskan peranan sukarelawan merentasi kementerian, agensi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik pemerkasaan komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Jadilah juara dalam komuniti anda.

Jom daftar sebagai MyChampion hari ini.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama